? ??????????????Red? ????? ?? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??2048 Grabs Today. 26157 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????Emo Letter? ????? ?? ???Rating: 4.6 (60 Ratings)??1683 Grabs Today. 21614 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Cherry Blosso BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Pages

Monday, November 15, 2010

8.09 malam
15hb Nov 2010
Di ruang tamu..

Salam terindah buat semua..pada yg menjenguk blogku terima kasih atas kesudian anda singgah sebentar meluangkan sedikit masa..hari ini semua berjalan lancar..alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk melihat kehidupan dan juga ruang utk memperbaiki diri..

Mungkin tiada apa yg ingin ku katakan di saat ini..hanya seuntai kata untuk di rasa dan di kongsi bersama sahabat-sahabat sekalian..hidup ini indah jika kita sentiasa menghargai setiap yg kita punyai dalam hidup kita..hidup ini juga indah jika kita sentiasa bersyukur atas nikmat yg di berikan Allah S.W.T. 

Duhai sahabatku sekalian,
dahulu kita sering kali melihat kanak-kanak berlari riang bermain mesra di halaman rumah..
sambil di lihat ibu ayah, bersantai menikmati kopi panas yg masih lagi berasap di tiup angin petang..
Namun ..sekarang tidak lagi sama..masa itu sudah lama berlalu..kanak-kanak itu sudah pn meningkat dewasa.

Pernahkah kalian terfikir, siapakah kanak-kanak itu...dan semestinya ia adalah aku..
aku adalah seorang aku..seorang gadis yg sangat sayang akan keindahan bahasa..seorang gadis yg amat cintakan kedua orang tuanya..seorang gadis yg mungkin tidaklah ayu di mata manusia, tetapi bersyukur atas kurniaan yg Maha Esa..

Aku adalah aku..dan selamanya akan terus menjadi insan yg terus tabah dalam mengharungi saki baki kehidupan..semoga Allah sentiasa merahmati setiap langkah perjalananku..sesungguhnya hidup matiku hanya kerana Allah..

Salam bersua lagi..

Friday, November 12, 2010

KEHIDUPAN

8.50 p.m.
12hb Nov 2010

Bismillahirahmanirrahim...
Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah ..dengan rahmat-NYA aku masih bisa menatap indahnya ciptaan Allah ini..
malam ini hatiku tergerak untuk menulis sesuatu di ruangan blog ku..
insyaAllah..semangat ku tidak akan luntur dan karya ku tidak akan pernah terhenti hingga akhir nafas ini..

Didalam hidup ini., memang sudah tertulis bahawa kehidupan adalah sesuatu yg penuh dengan onak dan cabaran..bagaimana kita sebagai hamba-NYA ingin mencorakkan...
kita di ciptakan daripada tanah dan akan berakhirnya dengan tanah jua..
sememangnya kematian itu adalah pasti..kerana pengakhiran kisah kehidupan sungguh luar dari pengetahuan kita.
ianya adalah rahsia Allah..bagaimana mungkin kita bisa menidakkan takdir..
kita sebagai hamba-NYA hanya mampu berusaha, bertawakal dan selebihnya berdoa semoga diberi peluang untuk memperbaiki diri..

Aku terpanggil untuk menulis malam ini kerana saban hari berita pemergian insan di sekeliling semakin menerus..bilakah akan tiba giliranku, hanya Allah yg Maha Mengetahui..
aku msh kerdil lg dlm mencari ilmu, sbg manusia x lepas dari dosa..
namun aku msh di beri kesempatan utk bertaubat..Ya Allah..kau panjangkanlah umurku kerana aku msh ingin menambah bekalan ku di akhirat kelak..
aku masih ingin mencari ilmu akhirat..kau kuatkanlah imanku ini Ya Allah..
takdir tidak dapat utk menidakkan..jika suatu saat nanti nyawaku kembali menjadi milikmu..kau ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah..sungguh ..kau peliharalah keluargaku, sahabat-sahabatku , insan yg aku sayangi dari sesuatu yg tidak di ingini..dan limpahkanlah rahmat buat mereka...

semoga kami semua berbahagia di dunia dan di akhirat sana..amin ya rabbal alamin...
salam takziah pada sahabat,ahli keluarga yg terdekat, saudara maraku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat yg telah kembali ke pangkuan-MU..semoga mereka ditempatkan di kalangan insan yg beriman dan beramal soleh..amin....