? ??????????????Red? ????? ?? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??2048 Grabs Today. 26157 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????Emo Letter? ????? ?? ???Rating: 4.6 (60 Ratings)??1683 Grabs Today. 21614 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Cherry Blosso BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Pages

Friday, December 31, 2010

KATA ABAH

1 JANUARI 2011
SABTU..
DI RUANG TAMU..

Salam Tahun Baru..sinar mentari memancarkan kebahagiaan..InsyaAllah..

Bila dah masuk tahun baru ni harapan pun kena la baru kan..
insyaAllah..yg lama di perelokkan kembali..ape pn yg terjadi semuanya adalah kehendak Illahi..
sebagai manusia kita hanya mampu merancang., selebihnya Allah yg menentukan.

Kata abah: " Hidup itu indah, kerana jaluran warna pelangi itulah yg memberikan kita harapan..
mungkin ada sinar kebahagiaan dan juga mungkin ada redup kesedihan.."

Kata abah: " bila dah masuk degree tak boleh hidup macam diploma lagi..semuanya harus berdiri di atas kaki sendir.." kawan boleh jadi lawan.., begitulah sebaliknya..
doa, usaha, harus sentiasa ada..jangan kerana nila setitik , rosak susu sebelanga..
jangan kerana bencikan seseorang, satu kerja pun tak tersisa..

Kata abah lagi: " "Kesedihan boleh membunuh impian" kerana kekuatan itulah tali kepada perjuangan..perjalanan menuju perjuangan memang sangat payah dan pahit..namun harus di ingat, syurga itu tersangatlah manis buat mereka yg sabar dalam menuju jalan mujahadah.

Aku berdiri di atas kata-kata abah..yang indah itu adalah jatuh bangunnya dalam kehidupan..
aku harus belajar menjadi insan yg tabah dan sabar dlm perjuangan ini..
kejayaan itu manis apabila kepayahan mengiringi..
sungguh aku perlu untuk bertahan..
pertaruhan itu belum selesai...

                                                            SALAM PERJUANGAN...
    SALAM KASIH SAYANG..

SELAMAT TINGGAL 2010

8.37 malam
di rumah..

selamat malam..
hmm..fuhh3..dah berhabuk matahariku ne..meh lap-lap sikit..
haaa..baru lah cerah berseri..heE..

2010 bakal melabuhkan tirainya tepat 12 mlm ne..
2011 bakal menjelma membuka lebaran baru buat semua..

azam yg dahulu belum di capai harus di gapai menjelang tahun baru..
semoga tahun baru ini lebih baik lagi dari sebelumnya..
semangat dan impian masih kuat utk di harungi..
walau terpaksa menempuh kepahitan perjuangan itu..

aku ingin berubah menjadi insan yg lebih tabah dlm mengharungi cabaraan dan dugaan kehidupan.
aku ingin memperkemaskan lagi diri menjadi insan yg kamil dalam meniti usia..
semangat itu harus ada bagi merealisasikan impian..
semoga aku dapat menggapai kejayaan..

Selamat Tinggal 2010..
Mentari kan hadir Sebagai Permulaan 2011..

Wednesday, December 29, 2010

KESEMPATAN

30 HB DISEMBER 2010
11.23 MINIT PAGI



Selamat pagi Matahariku..

Tahniah Skuad Malaysia atas kemenangan malam td!! usaha dan dorongan daripada semua akhirnya terubat..Alhamdulillah..amin..
Pagi tadi terdengar pakar motivasi berbicara, " Musibah itu penghapus dosa"
aku tertarik dengan kata-katanya. Benar apa yg di katakan, musibah itu hadir untuk mengingatkan hamba-NYA bahawa nikmat akan hilang dengan derita..
kadang kala manusia alpa akan nikmat yg telah di kurniakan oleh Illahi..
malahan langsung tidak bersyukur..
oleh itu, Allah datangkan musibah dan penderitaan supaya manusia kembali mengingati-NYA.
Sesungguhnya yg baik datang daripada Allah..segala kelemahan dtgnya dari diri kita sendiri..
namun jangan dilupa kelemahan itu juga dtgnya dari Allah..
demi sesungguhnya, Allah tidak akan menguji hamba-NYA melebihi kemampuan hamba-NYA sendiri.,

Setiap hari aku terpanggil untuk menulis sesuatu di ruangan ini kerana aku tahu di kesempatan yg ada aku harus menghargainya..belum terlewat lagi..
aku harus menulis setiap hari kerana aku takut tiada kesempatan lagi nanti..
siapa tahu, ajal maut, pertemuan , jodoh di tangan tuhan..
aku akan pulang jua akhirnya..

Aku gembira dengan apa yg aku miliki sekarang..
keluarga, sahabat, teman-teman seperjuangan, dan juga insan tersayang..
walau terkadang aku di uji tepat di hatiku, namun aku tahu itu ujian Allah buat aku..
aku harus bersabar..aku harus bertahan..aku tak ingin terus bersedih..
untuk apa? kerana aku masih punya keluarga yg amat aku cintai sampai mati..

Aku bukanlah malaikat utk tidak tercalar oleh cakar dan calar insan..
aku hanya manusia biasa yg rapuh hatinya..
namun aku tahu Allah menguji tepat di hatiku bagi mengukur sejauh mana tahap keimananku kepadanya..
biarlah mereka hendak berdusta dengan kata-kata.
aku tidak kisah..kebenaran pastinya akan tiba jua
AKU PASTI..


Tuesday, December 28, 2010

MIMPI VS KENYATAAN

10.24 pagi
29hb Disember 2010
ruang tamu..

Salam sejahtera..
selamat pagi matahariku..

mengapa terus mengharap..hanya mampu mendoakan yg terbaik..
jangan biarkan aku terluka..aku sudah bahagia sekarang..

subuh tadi aku mimpi..
bertemu arwah wak ti..aku salam , aku cium dia..wangi sangat..
dia ajak aku ikut dia pergi, tapi embah x bagi..dalam mimpi tu embah kata jangan cium bau dia..
tapi aku cium juga..
wangi sangat bau bunga itu..bunga kemboja..

selepas itu dia tersenyum lalu pergi..
aku terus mencari..namun aku terus di ganggu oleh ansir yg entah mengapa ingin aku di buai rasa gusah dan gundah..sungguh apabila tersedar, jam menunjukkan angka 6.37 minit pagi..aku terlewat untuk menunaikan solat subuh..
emak yg mengejutkan aku pagi ini..
sambil duduk aku berisgtifar dan seusai solat aku menghadiahkan al-fatihah buat arwah dan mendoakan semoga rohnya di tempatkan dikalangan insan yg beriman dan beramal soleh..amin...

aKU merinduinya..aku tak sempat untuk bertemu dengannya di saat akhir..
salam terakhir buat mu...

Hormat..

8.22 malam
28hb disember 2010
ruang tamu

salam sayang..
tiada apa yg ingin di perkatakan saat ini..
hanya ingin ku nyatakan bahawa manusia biasa itu bukanlah insan yg sempurna..
hanya yg terpilih sahaja di kalangan Nabi..

untuk apa di bahaskan isu tentang kesempurnaan dan ketidaksempurnaan manusia ..
lebih baik mencari di mana kesilapan diri..usah terus menunding jari mencari kesalahan org lain,,
cuba perbetulkan kembali niat anda..
jika hendak mengajak berbuat kebaikan, hendaklah melalui keikhlasan..
yg penting sentiasa menginsafi kelemahan diri dan cuba memperbaiki kesilapan diri..
mudah2an niat yg baik pastinya diterima Allah..amin

Salam Ukhwah..
Salam PErjuangan...

Sunday, December 26, 2010

Di Cinta AKan Pergi..Di DamBa akAN hILang

11.29 minit pagi
Isnin..

Alhamdulillah..
baru selesai memasak..
mak ..kalau tak sedap sorry tau...hehe
maklum la anak mak baru nak belajar masak...
cyg mak..;)

Orang kata hari isnin hari yg membosankan..
sebenarnya bukan hari yg membosankan, cuma kita ne je yg malas nk memulakan hari pertama minggu..
ape pun, semoga semuanya bergembira..

tiba-tiba rasa sedih sgt..dari semalam sebenarnya perasaan itu ada..
cepat je masa berlalu..rupa-rupanya da lebih sebulan aku dok umah bercuti..
aku tak nak balik sana..aku sedih tgk rumah tu...
semuanya kosong pada aku..tak ada apa2 lagi kat sana..
aku sgt takut akan perpisahan..tapi itu jugalah yg berlaku..
aku dah xda tempat nak mengadu lagi..
siapa nak pujuk aku nanti kalau aku nangis..
siapa yg nak jadi kawan teman aku tido..
siapa lagi yg nk jd tempat aku bermanja dan bergembira..
apa yg ada hanyalah jasad aku utk terus berjuang menghabiskan perjuanganku menuntut ilmu ..
tiada lain lagi ..hanya itu..
aku ke sana, hanya menuntut ilmu..
tiada lagi derai tawa suka duka air mata..
betul apa yg di kata ..perjuangan itu memang terlalu pahit..

tapi aku sgt sedih..sedih yg amat sgt..dan x terluah oleh kata2..
aku xnk tunjuk kt org kesedihan itu, tapi mana mungkin..
Ya Allah..sedihnya..
Ya Allah.................dukanya..

Cepatlah masa berlalu...

Saturday, December 25, 2010

UsaH di HiNa MeReka iTu

11.49 minit pagi
ahad
ruang tamu

Salam TErindah..
Apa khabar matahariku..
pada yg singgah sebentar, penghargaan buat diri anda..

Hari ini tergerak untuk bercerita tentang apa yg berlaku lewat petang semalam..
petang itu , aku keluar hendak membeli barang..dan kami singgah sebentar di restoran yg terdekat untuk menikmati minum petang..
kami memesan chicken chop dan limau ais..hmm..sedap..
tp dia kata chicken chop tu kurang sedap..xpe..yg pntg rezeki ada depan mata..

sedang kami menikmati makanan tu, ada seorang tua yg mungkin tiada daya dari segi ingatan..
mungkin kekurangan nya membuat banyak mata yg kurang senang melihatnya..
dalam hati aku sayu melihat apabila dia dihalau oleh si pemilik restoren kerana menganggu pelanggan2nya..
pada aku mungkin dia sedang kelaparan dan ingin meminta sejumlah wang utk membeli makanan..

aku kasihan melihatnya, namun aku hanya dapat memandang di kejauhan..
bukan simpati yg di pinta , air mata mengalir di pipinya..
mungkin tiada sape tahu kehendak takdir yg menentukan..
dia tidak dipinta utk dilahirkan seperti itu..
namun apa dayanya..

Thursday, December 23, 2010

Zikir Rindu

1.50 petang
Jumaat


Suara hati perindu
Mengalunkan gemersik kata
sungguh mendayu 
sungguh syahdu

Di sujud sejadah cinta
beralun zikir rindu
di iringi tasbih kasih
sungguh pilu hati sang pujangga

benar ..
yang di cinta kan pergi
yang di damba kan hilang
hidup itu kan terus berjalan
berteman tawa dan tangisan

namun zikir rindu ini akan terus berjalan
tanpa henti , tanpa gundah , tanpa gelisah
pasrah, akur dan alah..
menyerah pada yg Maha Esa..
Hidup Mati hanya untuk-NYA..


Malam

9.58 malam
ruang tamu

Malam telah datang menunaikan janjinya..
Mentari telah pergi buat seketika..
Entah ke mana menghilang , namun dia bukanlah kejam..
Mentari yg tidak pernah mungkir akan janjinya..
Selalu ada memancarkan kebahagiaan..

Malam bukanlah kejam..
Malam adalah peneman sepi..
kadang kala kegelapan itu penenang jiwa..
walau aku sentiasa mengharap Matahari akan cepat hadir di kala aku memerlukan..

Malam adalah sepi..
sepi seorang perindu seperti aku..
sepi tatkala sang pencinta kehilangan kata..
aku tetap aku..
Matahari tetapi dalam sanubariku..

Malam akan menjadi semakin kelam..
Sekelam kegelapan yg akan terus menghilang..
Selamat tidur duhai Malam...
Esok Mentari kan muncul menerangi kegelapan...




Wednesday, December 22, 2010

Salam Barakah

23hb DIsember 2010
9.46 pagi
ruang tamu

Salam Barakah, Salam KEberkatan..

Selamat pagi matahariku..
semoga baik-baik sahaja hari ini..
Hari khamis hari yg penuh barakah..pagi-pagi lagi dah hujan..
hujan rahmat buat diri saya..

Matahari..
saya suka awak..
awk pelengkap hidup..
tanpa matahari tiada siang dan malam..
mentari yg menyinar memberi seribu pengharapan dan juga mengembalikan kegembiraan..
kegelapan yg bertandang dengan kesedihan mesti berakhir dengan sinarnya mentari pagi..
Matahari yg memberi sejuta warna pelangi pengharapan...

Ada orang bertanya, awk suka apa?
saya selalu menjawab, saya suka matahari...
biarlah apa pun yg mereka fikir atau berkata saya xkisah..
xpernah pun terkesan di hati saya...
kerana satu-satunya matahari yang akan menemani adalah MATAHARIKU..

disinilah tempat meluahkan rasa, di sinilah tempat ku bermanja, disini jugalah tempatku bergembira..
segala2nya disini..ku hadiahkan penghargaan buat matahari dengan memberi teman baru untukmu iaitu MATAHARIKU..dia juga adalah temanku..cinta hatiku yg aku sayang hingga ke akhir hayat...

Salam Kasih Sayang ...

Tuesday, December 21, 2010

Memori Luka

11.15 pagi
22 Disember 2010
Ruang Tamu..

Bismillah Pembuka Bicara hari ini..
Alhamdulillah Menemani di saat ini..

Pagi ne patutnya aku pergi ke kalumpang resort..makcik ajak mandi manda..tp aku batalkan niat utk pergi atas sebab2 tertentu..xmengapalah..apa perancangan hari ini?
macam biasa la, aku x suka merancang ..biarlah berjalan seperti biasa dan dalam keadaan yg terkawal..

Hari ini agak lewat aku bangun, pas je siap2 kemas katil aku pun g la bersihkan diri..
dah siap semua, mula aktiviti biasa tgk Mhi..rancangan kegemaran ku ..sembang pagi..hee
sambil tu sarapan bersama mak dan amar..kami makan kuih je pagi ne..antara kuihnye isabella, sardin roll, lepat pisang, popia goreng ngn kuih lapis..





  sedap-sedap kuih yg mak beli ne..hehe

sebenarnya yg aku nak cerita bukan tentang ne..tp tentang lagu yg aku dengar pagi tadi..lagu yg amat menyentuh sanubariku..MEMORI LUKA DARI SONS OF ADAM..sedap sangat lagu tu..
ada makna yg mendalam dan lirik kata yg baik..ape pun semoga hari ini lebih baik dari semalam..
harapnya..amin...

Salam Bersua Kembali..

KOnvokesYEN..

21 hb Disember 2010
8.20 malam
Ruang tamu

Salam bicara..
apa khabar semua ?
semoga kalian berada dalam lindungan Allah hendaknya..

Malam ne hati tergerak nak bercerita tentang konvokesyenku bulan yg lepas..
walau agak terlewat tapi masih ada semangat lagi nk bercerita..

Disubuh hening, kami da mulakan perjalanan menuju ke uitm shah alam..aku menaiki kereta bersama abah dan mak..si dia berseorangan mengekori rapat kereta abah..kesian kt dia..xdapat nak temankan..
tapi apa-apa pun sy tau dia berani kan..hehe

Biasa la nak di jadikan cerita., sampai2 je ramai da beratur panjang menunggu giliran..aku ni agak kelam kabut ckt..nasib baik la ada yang tolong cover..xdala aku nampak gabra sgt...
iskk..menunggu ne la bab paling x suka ..penat sgt..dengan kasut hill , ala2 stelletto tu nk patah kaki aku..huhu

          mcm ne la rupa kasut yg aku pakai..seksi dan menyeksakan..

akhirnya masa yg ditunggu2 tiba jua..penantian ku selama 3 tahun akhirnya berbalas apabila aku dapat naik ke pentas menerima segulung ijazah..wahhh! best btl rasanya..terharu sgt, mengalir jugak air mata ne..:(
tp yg penting aku gembira sgt hari tu..keluarga dan insan tersayang menyaksikan kejayaanku..alhamdulillah..

Nak di jadikan cerita lepas je selesai sesi pagi istiadat konvokesyen tu..aku pn keluar la dari dewan..dok sibuk pandang kiri kanan cari mak, cari abah, cari abg syg, cari adik..hehe..tetiba dapat call mengatakan adik aku yg si kiki tu hilang..aisyeh..aku mula la gelabah,.macam mane pulak boleh hilang..dengan manusia yg bersesak-sesak aku xtau la nak cari kat mane adik aku tu..lastly sedang mata dok sibuk mencari, aku ternampak la seorang lelaki yg penuh dengan peluh meleleh..alahai..adikku rupanya..syukur, ketemu jua akhirnya..mak la org yg paling gembira bila dapat tau..

Bila da jumpa ni kita orang pun mencari la mak dan abah..dan sesi bergambar pn bermula..ne jela gambar2 yg dapat aku ambil ketika majlis konvokesyen ku selesai..semoga kenangan ini abadi selamanya di hati..



abah dan mak..

                                                          


Bersama tersayang..
TAHNIAH BUAT DIRI SAYA...TERIMA KASIH BUAT SEMUA..SALAM SAYANG..:)


Sunday, December 19, 2010

Hari Ini

9.49 a.m
20hb Disember 2010
di ruang tamu..

Salam Kebahagiaan..
Alhamdulillah..masih lagi berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di ruangan blogku..
pada yg hampir..terima kasih kerana sudi menjengah seketika ..
pada yg menjauh ..semoga doanya sentiasa mengiringi..mudah2an..

Hari ini..
semuanya baik-baik sahaja..walau ada yg berlaku sedikit cuma..
biarlah..itu semua bagiku adalah lumrah kehidupan..
dalam meniti usia ini, aku semakin matang menjalani liku-liku perjalanan..
kematangan itu mungkin lebih baik,,

Hari ini..
dunia semakin tua..
manusia semakin alpa..
untuk apa di persoalkan tentang masa dan ketika..
jika diri tidak pernah sedar akan nya..
lebih baik mencari di mana kesilapan diri daripada terus mencari kesilapan dan kelemahan org lain..
mungkin itu lebih baik..

Hari ini..
mungkin tiada apa yg ingin diperkatakan..
secubit yg ku tuliskan , semoga selaut yg dapat dirasai..
apa yg ku harapkan ..
semoga kalian semua berbahagia selalu di dunia dan di akhirat..
terima kasih atas dorongan dan sokongan semua..

Salam Sayang...

Tuesday, December 7, 2010

Salam Bicara

10.49 pagi
8hb Disember 2010
di ruang tamu..

Salam bersua kembali matahariku..
agak lama rasanya ku tinggalkan ruangan ini..
rindu mula menjengah , namun aku ttp mengingatimu wahai matahariku..
tiada apa yg ingin ku katakan di saat dan ketika ini.
cuma mlm kelmarin aku berasa ralat yg teramat sangat..
robeknya jantungku, menyiat-yiat seisi ruang kulitku..
aku terleka oleh keasyikan dunia sehingga aku terlupa yg memberikan ujian semuanya adalah Maha Pencipta..
Namun aku cepat tersedar bahawa aku sedang di uji tepat di hatiku..aku tahu disitulah kelemahan ku..
Ya Allah,,jika ujian ini adalah untuk menghapuskan dosa2 ku kau berikanlah aku kekuatan ..
aku lemah untuk terus bertahan..aku tiada daya..
sungguh.....
Apa pun yg berlaku semuanya pasti ada hikmah di sebaliknya..
Hanya doa yg dapat ku panjatkan pada-NYA..

Wallahualam..