? ??????????????Red? ????? ?? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??2048 Grabs Today. 26157 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????Emo Letter? ????? ?? ???Rating: 4.6 (60 Ratings)??1683 Grabs Today. 21614 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Cherry Blosso BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Pages

Friday, December 31, 2010

KATA ABAH

1 JANUARI 2011
SABTU..
DI RUANG TAMU..

Salam Tahun Baru..sinar mentari memancarkan kebahagiaan..InsyaAllah..

Bila dah masuk tahun baru ni harapan pun kena la baru kan..
insyaAllah..yg lama di perelokkan kembali..ape pn yg terjadi semuanya adalah kehendak Illahi..
sebagai manusia kita hanya mampu merancang., selebihnya Allah yg menentukan.

Kata abah: " Hidup itu indah, kerana jaluran warna pelangi itulah yg memberikan kita harapan..
mungkin ada sinar kebahagiaan dan juga mungkin ada redup kesedihan.."

Kata abah: " bila dah masuk degree tak boleh hidup macam diploma lagi..semuanya harus berdiri di atas kaki sendir.." kawan boleh jadi lawan.., begitulah sebaliknya..
doa, usaha, harus sentiasa ada..jangan kerana nila setitik , rosak susu sebelanga..
jangan kerana bencikan seseorang, satu kerja pun tak tersisa..

Kata abah lagi: " "Kesedihan boleh membunuh impian" kerana kekuatan itulah tali kepada perjuangan..perjalanan menuju perjuangan memang sangat payah dan pahit..namun harus di ingat, syurga itu tersangatlah manis buat mereka yg sabar dalam menuju jalan mujahadah.

Aku berdiri di atas kata-kata abah..yang indah itu adalah jatuh bangunnya dalam kehidupan..
aku harus belajar menjadi insan yg tabah dan sabar dlm perjuangan ini..
kejayaan itu manis apabila kepayahan mengiringi..
sungguh aku perlu untuk bertahan..
pertaruhan itu belum selesai...

                                                            SALAM PERJUANGAN...
    SALAM KASIH SAYANG..

SELAMAT TINGGAL 2010

8.37 malam
di rumah..

selamat malam..
hmm..fuhh3..dah berhabuk matahariku ne..meh lap-lap sikit..
haaa..baru lah cerah berseri..heE..

2010 bakal melabuhkan tirainya tepat 12 mlm ne..
2011 bakal menjelma membuka lebaran baru buat semua..

azam yg dahulu belum di capai harus di gapai menjelang tahun baru..
semoga tahun baru ini lebih baik lagi dari sebelumnya..
semangat dan impian masih kuat utk di harungi..
walau terpaksa menempuh kepahitan perjuangan itu..

aku ingin berubah menjadi insan yg lebih tabah dlm mengharungi cabaraan dan dugaan kehidupan.
aku ingin memperkemaskan lagi diri menjadi insan yg kamil dalam meniti usia..
semangat itu harus ada bagi merealisasikan impian..
semoga aku dapat menggapai kejayaan..

Selamat Tinggal 2010..
Mentari kan hadir Sebagai Permulaan 2011..

Wednesday, December 29, 2010

KESEMPATAN

30 HB DISEMBER 2010
11.23 MINIT PAGI



Selamat pagi Matahariku..

Tahniah Skuad Malaysia atas kemenangan malam td!! usaha dan dorongan daripada semua akhirnya terubat..Alhamdulillah..amin..
Pagi tadi terdengar pakar motivasi berbicara, " Musibah itu penghapus dosa"
aku tertarik dengan kata-katanya. Benar apa yg di katakan, musibah itu hadir untuk mengingatkan hamba-NYA bahawa nikmat akan hilang dengan derita..
kadang kala manusia alpa akan nikmat yg telah di kurniakan oleh Illahi..
malahan langsung tidak bersyukur..
oleh itu, Allah datangkan musibah dan penderitaan supaya manusia kembali mengingati-NYA.
Sesungguhnya yg baik datang daripada Allah..segala kelemahan dtgnya dari diri kita sendiri..
namun jangan dilupa kelemahan itu juga dtgnya dari Allah..
demi sesungguhnya, Allah tidak akan menguji hamba-NYA melebihi kemampuan hamba-NYA sendiri.,

Setiap hari aku terpanggil untuk menulis sesuatu di ruangan ini kerana aku tahu di kesempatan yg ada aku harus menghargainya..belum terlewat lagi..
aku harus menulis setiap hari kerana aku takut tiada kesempatan lagi nanti..
siapa tahu, ajal maut, pertemuan , jodoh di tangan tuhan..
aku akan pulang jua akhirnya..

Aku gembira dengan apa yg aku miliki sekarang..
keluarga, sahabat, teman-teman seperjuangan, dan juga insan tersayang..
walau terkadang aku di uji tepat di hatiku, namun aku tahu itu ujian Allah buat aku..
aku harus bersabar..aku harus bertahan..aku tak ingin terus bersedih..
untuk apa? kerana aku masih punya keluarga yg amat aku cintai sampai mati..

Aku bukanlah malaikat utk tidak tercalar oleh cakar dan calar insan..
aku hanya manusia biasa yg rapuh hatinya..
namun aku tahu Allah menguji tepat di hatiku bagi mengukur sejauh mana tahap keimananku kepadanya..
biarlah mereka hendak berdusta dengan kata-kata.
aku tidak kisah..kebenaran pastinya akan tiba jua
AKU PASTI..


Tuesday, December 28, 2010

MIMPI VS KENYATAAN

10.24 pagi
29hb Disember 2010
ruang tamu..

Salam sejahtera..
selamat pagi matahariku..

mengapa terus mengharap..hanya mampu mendoakan yg terbaik..
jangan biarkan aku terluka..aku sudah bahagia sekarang..

subuh tadi aku mimpi..
bertemu arwah wak ti..aku salam , aku cium dia..wangi sangat..
dia ajak aku ikut dia pergi, tapi embah x bagi..dalam mimpi tu embah kata jangan cium bau dia..
tapi aku cium juga..
wangi sangat bau bunga itu..bunga kemboja..

selepas itu dia tersenyum lalu pergi..
aku terus mencari..namun aku terus di ganggu oleh ansir yg entah mengapa ingin aku di buai rasa gusah dan gundah..sungguh apabila tersedar, jam menunjukkan angka 6.37 minit pagi..aku terlewat untuk menunaikan solat subuh..
emak yg mengejutkan aku pagi ini..
sambil duduk aku berisgtifar dan seusai solat aku menghadiahkan al-fatihah buat arwah dan mendoakan semoga rohnya di tempatkan dikalangan insan yg beriman dan beramal soleh..amin...

aKU merinduinya..aku tak sempat untuk bertemu dengannya di saat akhir..
salam terakhir buat mu...

Hormat..

8.22 malam
28hb disember 2010
ruang tamu

salam sayang..
tiada apa yg ingin di perkatakan saat ini..
hanya ingin ku nyatakan bahawa manusia biasa itu bukanlah insan yg sempurna..
hanya yg terpilih sahaja di kalangan Nabi..

untuk apa di bahaskan isu tentang kesempurnaan dan ketidaksempurnaan manusia ..
lebih baik mencari di mana kesilapan diri..usah terus menunding jari mencari kesalahan org lain,,
cuba perbetulkan kembali niat anda..
jika hendak mengajak berbuat kebaikan, hendaklah melalui keikhlasan..
yg penting sentiasa menginsafi kelemahan diri dan cuba memperbaiki kesilapan diri..
mudah2an niat yg baik pastinya diterima Allah..amin

Salam Ukhwah..
Salam PErjuangan...

Sunday, December 26, 2010

Di Cinta AKan Pergi..Di DamBa akAN hILang

11.29 minit pagi
Isnin..

Alhamdulillah..
baru selesai memasak..
mak ..kalau tak sedap sorry tau...hehe
maklum la anak mak baru nak belajar masak...
cyg mak..;)

Orang kata hari isnin hari yg membosankan..
sebenarnya bukan hari yg membosankan, cuma kita ne je yg malas nk memulakan hari pertama minggu..
ape pun, semoga semuanya bergembira..

tiba-tiba rasa sedih sgt..dari semalam sebenarnya perasaan itu ada..
cepat je masa berlalu..rupa-rupanya da lebih sebulan aku dok umah bercuti..
aku tak nak balik sana..aku sedih tgk rumah tu...
semuanya kosong pada aku..tak ada apa2 lagi kat sana..
aku sgt takut akan perpisahan..tapi itu jugalah yg berlaku..
aku dah xda tempat nak mengadu lagi..
siapa nak pujuk aku nanti kalau aku nangis..
siapa yg nak jadi kawan teman aku tido..
siapa lagi yg nk jd tempat aku bermanja dan bergembira..
apa yg ada hanyalah jasad aku utk terus berjuang menghabiskan perjuanganku menuntut ilmu ..
tiada lain lagi ..hanya itu..
aku ke sana, hanya menuntut ilmu..
tiada lagi derai tawa suka duka air mata..
betul apa yg di kata ..perjuangan itu memang terlalu pahit..

tapi aku sgt sedih..sedih yg amat sgt..dan x terluah oleh kata2..
aku xnk tunjuk kt org kesedihan itu, tapi mana mungkin..
Ya Allah..sedihnya..
Ya Allah.................dukanya..

Cepatlah masa berlalu...

Saturday, December 25, 2010

UsaH di HiNa MeReka iTu

11.49 minit pagi
ahad
ruang tamu

Salam TErindah..
Apa khabar matahariku..
pada yg singgah sebentar, penghargaan buat diri anda..

Hari ini tergerak untuk bercerita tentang apa yg berlaku lewat petang semalam..
petang itu , aku keluar hendak membeli barang..dan kami singgah sebentar di restoran yg terdekat untuk menikmati minum petang..
kami memesan chicken chop dan limau ais..hmm..sedap..
tp dia kata chicken chop tu kurang sedap..xpe..yg pntg rezeki ada depan mata..

sedang kami menikmati makanan tu, ada seorang tua yg mungkin tiada daya dari segi ingatan..
mungkin kekurangan nya membuat banyak mata yg kurang senang melihatnya..
dalam hati aku sayu melihat apabila dia dihalau oleh si pemilik restoren kerana menganggu pelanggan2nya..
pada aku mungkin dia sedang kelaparan dan ingin meminta sejumlah wang utk membeli makanan..

aku kasihan melihatnya, namun aku hanya dapat memandang di kejauhan..
bukan simpati yg di pinta , air mata mengalir di pipinya..
mungkin tiada sape tahu kehendak takdir yg menentukan..
dia tidak dipinta utk dilahirkan seperti itu..
namun apa dayanya..

Thursday, December 23, 2010

Zikir Rindu

1.50 petang
Jumaat


Suara hati perindu
Mengalunkan gemersik kata
sungguh mendayu 
sungguh syahdu

Di sujud sejadah cinta
beralun zikir rindu
di iringi tasbih kasih
sungguh pilu hati sang pujangga

benar ..
yang di cinta kan pergi
yang di damba kan hilang
hidup itu kan terus berjalan
berteman tawa dan tangisan

namun zikir rindu ini akan terus berjalan
tanpa henti , tanpa gundah , tanpa gelisah
pasrah, akur dan alah..
menyerah pada yg Maha Esa..
Hidup Mati hanya untuk-NYA..


Malam

9.58 malam
ruang tamu

Malam telah datang menunaikan janjinya..
Mentari telah pergi buat seketika..
Entah ke mana menghilang , namun dia bukanlah kejam..
Mentari yg tidak pernah mungkir akan janjinya..
Selalu ada memancarkan kebahagiaan..

Malam bukanlah kejam..
Malam adalah peneman sepi..
kadang kala kegelapan itu penenang jiwa..
walau aku sentiasa mengharap Matahari akan cepat hadir di kala aku memerlukan..

Malam adalah sepi..
sepi seorang perindu seperti aku..
sepi tatkala sang pencinta kehilangan kata..
aku tetap aku..
Matahari tetapi dalam sanubariku..

Malam akan menjadi semakin kelam..
Sekelam kegelapan yg akan terus menghilang..
Selamat tidur duhai Malam...
Esok Mentari kan muncul menerangi kegelapan...




Wednesday, December 22, 2010

Salam Barakah

23hb DIsember 2010
9.46 pagi
ruang tamu

Salam Barakah, Salam KEberkatan..

Selamat pagi matahariku..
semoga baik-baik sahaja hari ini..
Hari khamis hari yg penuh barakah..pagi-pagi lagi dah hujan..
hujan rahmat buat diri saya..

Matahari..
saya suka awak..
awk pelengkap hidup..
tanpa matahari tiada siang dan malam..
mentari yg menyinar memberi seribu pengharapan dan juga mengembalikan kegembiraan..
kegelapan yg bertandang dengan kesedihan mesti berakhir dengan sinarnya mentari pagi..
Matahari yg memberi sejuta warna pelangi pengharapan...

Ada orang bertanya, awk suka apa?
saya selalu menjawab, saya suka matahari...
biarlah apa pun yg mereka fikir atau berkata saya xkisah..
xpernah pun terkesan di hati saya...
kerana satu-satunya matahari yang akan menemani adalah MATAHARIKU..

disinilah tempat meluahkan rasa, di sinilah tempat ku bermanja, disini jugalah tempatku bergembira..
segala2nya disini..ku hadiahkan penghargaan buat matahari dengan memberi teman baru untukmu iaitu MATAHARIKU..dia juga adalah temanku..cinta hatiku yg aku sayang hingga ke akhir hayat...

Salam Kasih Sayang ...

Tuesday, December 21, 2010

Memori Luka

11.15 pagi
22 Disember 2010
Ruang Tamu..

Bismillah Pembuka Bicara hari ini..
Alhamdulillah Menemani di saat ini..

Pagi ne patutnya aku pergi ke kalumpang resort..makcik ajak mandi manda..tp aku batalkan niat utk pergi atas sebab2 tertentu..xmengapalah..apa perancangan hari ini?
macam biasa la, aku x suka merancang ..biarlah berjalan seperti biasa dan dalam keadaan yg terkawal..

Hari ini agak lewat aku bangun, pas je siap2 kemas katil aku pun g la bersihkan diri..
dah siap semua, mula aktiviti biasa tgk Mhi..rancangan kegemaran ku ..sembang pagi..hee
sambil tu sarapan bersama mak dan amar..kami makan kuih je pagi ne..antara kuihnye isabella, sardin roll, lepat pisang, popia goreng ngn kuih lapis..





  sedap-sedap kuih yg mak beli ne..hehe

sebenarnya yg aku nak cerita bukan tentang ne..tp tentang lagu yg aku dengar pagi tadi..lagu yg amat menyentuh sanubariku..MEMORI LUKA DARI SONS OF ADAM..sedap sangat lagu tu..
ada makna yg mendalam dan lirik kata yg baik..ape pun semoga hari ini lebih baik dari semalam..
harapnya..amin...

Salam Bersua Kembali..

KOnvokesYEN..

21 hb Disember 2010
8.20 malam
Ruang tamu

Salam bicara..
apa khabar semua ?
semoga kalian berada dalam lindungan Allah hendaknya..

Malam ne hati tergerak nak bercerita tentang konvokesyenku bulan yg lepas..
walau agak terlewat tapi masih ada semangat lagi nk bercerita..

Disubuh hening, kami da mulakan perjalanan menuju ke uitm shah alam..aku menaiki kereta bersama abah dan mak..si dia berseorangan mengekori rapat kereta abah..kesian kt dia..xdapat nak temankan..
tapi apa-apa pun sy tau dia berani kan..hehe

Biasa la nak di jadikan cerita., sampai2 je ramai da beratur panjang menunggu giliran..aku ni agak kelam kabut ckt..nasib baik la ada yang tolong cover..xdala aku nampak gabra sgt...
iskk..menunggu ne la bab paling x suka ..penat sgt..dengan kasut hill , ala2 stelletto tu nk patah kaki aku..huhu

          mcm ne la rupa kasut yg aku pakai..seksi dan menyeksakan..

akhirnya masa yg ditunggu2 tiba jua..penantian ku selama 3 tahun akhirnya berbalas apabila aku dapat naik ke pentas menerima segulung ijazah..wahhh! best btl rasanya..terharu sgt, mengalir jugak air mata ne..:(
tp yg penting aku gembira sgt hari tu..keluarga dan insan tersayang menyaksikan kejayaanku..alhamdulillah..

Nak di jadikan cerita lepas je selesai sesi pagi istiadat konvokesyen tu..aku pn keluar la dari dewan..dok sibuk pandang kiri kanan cari mak, cari abah, cari abg syg, cari adik..hehe..tetiba dapat call mengatakan adik aku yg si kiki tu hilang..aisyeh..aku mula la gelabah,.macam mane pulak boleh hilang..dengan manusia yg bersesak-sesak aku xtau la nak cari kat mane adik aku tu..lastly sedang mata dok sibuk mencari, aku ternampak la seorang lelaki yg penuh dengan peluh meleleh..alahai..adikku rupanya..syukur, ketemu jua akhirnya..mak la org yg paling gembira bila dapat tau..

Bila da jumpa ni kita orang pun mencari la mak dan abah..dan sesi bergambar pn bermula..ne jela gambar2 yg dapat aku ambil ketika majlis konvokesyen ku selesai..semoga kenangan ini abadi selamanya di hati..



abah dan mak..

                                                          


Bersama tersayang..
TAHNIAH BUAT DIRI SAYA...TERIMA KASIH BUAT SEMUA..SALAM SAYANG..:)


Sunday, December 19, 2010

Hari Ini

9.49 a.m
20hb Disember 2010
di ruang tamu..

Salam Kebahagiaan..
Alhamdulillah..masih lagi berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di ruangan blogku..
pada yg hampir..terima kasih kerana sudi menjengah seketika ..
pada yg menjauh ..semoga doanya sentiasa mengiringi..mudah2an..

Hari ini..
semuanya baik-baik sahaja..walau ada yg berlaku sedikit cuma..
biarlah..itu semua bagiku adalah lumrah kehidupan..
dalam meniti usia ini, aku semakin matang menjalani liku-liku perjalanan..
kematangan itu mungkin lebih baik,,

Hari ini..
dunia semakin tua..
manusia semakin alpa..
untuk apa di persoalkan tentang masa dan ketika..
jika diri tidak pernah sedar akan nya..
lebih baik mencari di mana kesilapan diri daripada terus mencari kesilapan dan kelemahan org lain..
mungkin itu lebih baik..

Hari ini..
mungkin tiada apa yg ingin diperkatakan..
secubit yg ku tuliskan , semoga selaut yg dapat dirasai..
apa yg ku harapkan ..
semoga kalian semua berbahagia selalu di dunia dan di akhirat..
terima kasih atas dorongan dan sokongan semua..

Salam Sayang...

Tuesday, December 7, 2010

Salam Bicara

10.49 pagi
8hb Disember 2010
di ruang tamu..

Salam bersua kembali matahariku..
agak lama rasanya ku tinggalkan ruangan ini..
rindu mula menjengah , namun aku ttp mengingatimu wahai matahariku..
tiada apa yg ingin ku katakan di saat dan ketika ini.
cuma mlm kelmarin aku berasa ralat yg teramat sangat..
robeknya jantungku, menyiat-yiat seisi ruang kulitku..
aku terleka oleh keasyikan dunia sehingga aku terlupa yg memberikan ujian semuanya adalah Maha Pencipta..
Namun aku cepat tersedar bahawa aku sedang di uji tepat di hatiku..aku tahu disitulah kelemahan ku..
Ya Allah,,jika ujian ini adalah untuk menghapuskan dosa2 ku kau berikanlah aku kekuatan ..
aku lemah untuk terus bertahan..aku tiada daya..
sungguh.....
Apa pun yg berlaku semuanya pasti ada hikmah di sebaliknya..
Hanya doa yg dapat ku panjatkan pada-NYA..

Wallahualam..

Monday, November 15, 2010

8.09 malam
15hb Nov 2010
Di ruang tamu..

Salam terindah buat semua..pada yg menjenguk blogku terima kasih atas kesudian anda singgah sebentar meluangkan sedikit masa..hari ini semua berjalan lancar..alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk melihat kehidupan dan juga ruang utk memperbaiki diri..

Mungkin tiada apa yg ingin ku katakan di saat ini..hanya seuntai kata untuk di rasa dan di kongsi bersama sahabat-sahabat sekalian..hidup ini indah jika kita sentiasa menghargai setiap yg kita punyai dalam hidup kita..hidup ini juga indah jika kita sentiasa bersyukur atas nikmat yg di berikan Allah S.W.T. 

Duhai sahabatku sekalian,
dahulu kita sering kali melihat kanak-kanak berlari riang bermain mesra di halaman rumah..
sambil di lihat ibu ayah, bersantai menikmati kopi panas yg masih lagi berasap di tiup angin petang..
Namun ..sekarang tidak lagi sama..masa itu sudah lama berlalu..kanak-kanak itu sudah pn meningkat dewasa.

Pernahkah kalian terfikir, siapakah kanak-kanak itu...dan semestinya ia adalah aku..
aku adalah seorang aku..seorang gadis yg sangat sayang akan keindahan bahasa..seorang gadis yg amat cintakan kedua orang tuanya..seorang gadis yg mungkin tidaklah ayu di mata manusia, tetapi bersyukur atas kurniaan yg Maha Esa..

Aku adalah aku..dan selamanya akan terus menjadi insan yg terus tabah dalam mengharungi saki baki kehidupan..semoga Allah sentiasa merahmati setiap langkah perjalananku..sesungguhnya hidup matiku hanya kerana Allah..

Salam bersua lagi..

Friday, November 12, 2010

KEHIDUPAN

8.50 p.m.
12hb Nov 2010

Bismillahirahmanirrahim...
Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah ..dengan rahmat-NYA aku masih bisa menatap indahnya ciptaan Allah ini..
malam ini hatiku tergerak untuk menulis sesuatu di ruangan blog ku..
insyaAllah..semangat ku tidak akan luntur dan karya ku tidak akan pernah terhenti hingga akhir nafas ini..

Didalam hidup ini., memang sudah tertulis bahawa kehidupan adalah sesuatu yg penuh dengan onak dan cabaran..bagaimana kita sebagai hamba-NYA ingin mencorakkan...
kita di ciptakan daripada tanah dan akan berakhirnya dengan tanah jua..
sememangnya kematian itu adalah pasti..kerana pengakhiran kisah kehidupan sungguh luar dari pengetahuan kita.
ianya adalah rahsia Allah..bagaimana mungkin kita bisa menidakkan takdir..
kita sebagai hamba-NYA hanya mampu berusaha, bertawakal dan selebihnya berdoa semoga diberi peluang untuk memperbaiki diri..

Aku terpanggil untuk menulis malam ini kerana saban hari berita pemergian insan di sekeliling semakin menerus..bilakah akan tiba giliranku, hanya Allah yg Maha Mengetahui..
aku msh kerdil lg dlm mencari ilmu, sbg manusia x lepas dari dosa..
namun aku msh di beri kesempatan utk bertaubat..Ya Allah..kau panjangkanlah umurku kerana aku msh ingin menambah bekalan ku di akhirat kelak..
aku masih ingin mencari ilmu akhirat..kau kuatkanlah imanku ini Ya Allah..
takdir tidak dapat utk menidakkan..jika suatu saat nanti nyawaku kembali menjadi milikmu..kau ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah..sungguh ..kau peliharalah keluargaku, sahabat-sahabatku , insan yg aku sayangi dari sesuatu yg tidak di ingini..dan limpahkanlah rahmat buat mereka...

semoga kami semua berbahagia di dunia dan di akhirat sana..amin ya rabbal alamin...
salam takziah pada sahabat,ahli keluarga yg terdekat, saudara maraku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat yg telah kembali ke pangkuan-MU..semoga mereka ditempatkan di kalangan insan yg beriman dan beramal soleh..amin....


Wednesday, May 19, 2010

20hb May 2010
10.22 pagi...


salam bersua kembali matahariku..
hari ini hatiku gundah...
aku tak tahu kenapa dan mengapa..
aku rasa nak pergi jauh-jauh dari semua orang yang selalu buat aku rasa ralat..
mana mungkin aku pergi kerana mereka adalah orang-orang yang rapat denganku..
untuk kali ini, aku akan menemani kau matahariku..
sekian lama aku menghilang ,, melupakan kau..
untuk itu aku memohon kemaafan atas kekhilafan dan kelupaan terhadapmu..
aku sedih sekarang..
tolong lah matahariku..pancarkan sinaranmu buat aku rasa aman dan tenteram..
mengapa mereka selalu lalai dan selalu alpa terhadap janji-janji mereka..
aku rasa bagai melukut di tepi gantang..
bagai rama-rama yang patah sayap dek kerana angin kencang yang meniup hamparan buih-buih indah..
namun ,,mengapa harus aku yang terjatuh,,,
aku sedar,, aku banyak berubah ..
menjadi lebih diam..dan banyak memendam rasa..
kerana aku tak mahu mereka di sekeliling aku merasa tidak enak denganku..
tidak mengapalah..mungkin sudah suratan takdir menentukan ..
aku pasrah atas kehendak yang Esa..
Maha suci Allah yang telah menciptan langit dan bumi..
yang telah memberi Matahari untuk menyinari bumi ini..
aku bersyukur sentiasa...
Alhamdulillah...

Sunday, May 2, 2010

SEKADAR PERSINGGAHAN...

Salam isnin matahariku...
sudah agak lama tidak menjengukmu..
semoga dirimu terus bersinar menerangi kehidupan kami semua..
xda ape2 yg nak di ucapkan saat dan ketika ini..
semuanya baik2 saja..alhamdulillah..
kdg kala aku rasa lebih mudah menjadi manusia yg hidup dlm kesederhanaan..
tanpa ada keperitan, kepayahan dan
kegembiraan itu juga biarlah berpada-pada...
aku hanya manusia lemah..
namun aku perlu kuat utk terus menjalani liku-liku dan erti kehidupan ini..

semoga ketemu lagi di lain waktu...

Sunday, April 11, 2010

KECEWA..

12 ApRIL 2010
10.02 miNit Pagi

Salam sejahtera..selamat pagi matahariku..
tak tahu bagaimana harus ku mulakan kata hatiku saat ini..
sudah beberapa hari berlalu..namun luka hatiku masih lagi terasa..
aku rasa nak lari jauh2 dari semua ini dan pergi mencari ketenangan..
pedihnya bagai belati yg menghiris ke segenap ruang jantungku..
kenapa semua ini mesti berlaku???
MAAF
untuk ke berapa kalinya di ungkapkan??
manusia mmg tidak lepas dari melakukan kesilapan..
namun, pada aku kemaafan itu sgt berharga..
hnya si pemaaf yg bisa mengungkapkan slm kemaafan..
pada aku ianya tidak bermakna sudah
tdak ada makna lg di situ..
amat mudah utk si pelaku membuat salah jika hanya di bayar dgn kata maaf..
utk itu masih berertikah makna kemaafan di situ??
p/s: annoyed and disappointed

Thursday, April 8, 2010

NOTHING SPECIAL

Jumaat
9.47 minit pagi
-dlm kantor-

assalamualaikum matahariku..
semoga hari ini bersinar dengan cerianya..
jumaat penghulu segala hari, hari yg baik..insyaAllah..
bosan la pulak arini..
emm..cite terbaru?
xda kot...
cuma badan2 aku ne sakit2 , semalam terjatuh lak kat dlm toilet..
cm hampeh je..
gedebuk!!!(sekali cm nangka busuk daaaa)wakaka..kelakar tol..

nothing special?
ye..aku tau aku bkn la insan teristimewa...aku ne biasa2 je..
aku xdala cantik pn, aku pn bukan la baik sgt..
aku xharap pn org hargai aku..cuma aku agak kecewa la bila aku disamakan dgn org len
xpela..even tersentap gak la aku tapi aku try la cover..
aku xsuka cari gaduh..
dlu mmg ye..aku sabar, tp dlm msa yg sama aku bls blek
tapi skng, aku da insaf..
aku rasa xpatut wt mcm 2..lagpn biarla antara dia dgn Allah je..
aku xnak la gaduh2 ne..payah..jap lagi makan dalam
kalau leh nak la dlm hati ada taman..^-^
lg satu aku nak cite ne..
aku amat payah la skg nak percaya ngan org len..
PERCAYA, KEPERCAYAAN???
sorry, bape kali da aku bercakap tntg percaya..
aku mmg sukar da nak caye org lagi skng..
except my family ...
bkn aku x caye kwn2 or org sekeliling aku..
aku beri kepercayaan, tp not 100%..
da selalu sgt kena tipu, org xjjr..
ntah la...up u 2 la kan nak wt pe pn..janji bahagia..
-ANDAI KU TAHU-

Wednesday, April 7, 2010

LELAKI MISTERI

TEMPAT : Kawasan kampung di tepi sawah padi
MASA : Balik keje (semalam 7 april 2010)
WAKTU : Around 5.00-5.15 p.m.

Nasib bek semalam blek keje xujan..huhu
dah 2 ari bturut2 aku kehujanan..
tapi bila je sampai separuh jalan, cuaca jdi terang bederang..wuaaahahaha..
malu tol..cm hampeh..
aku kebasahan org len kekeringan..
cm ape je..sume org tgk aku pelik je..
wuuuuu
ne aku nak cite semalam, time blek keje aku pn lalu la tmpt biasa aku lalu..
tgh merempit ne, tetiba aku xperasan lak ade ular kt depan aku..
maakkkkkkk!!!!!!!!!!! tolong!!!!!!!!!! (aku dok jerit)
gile r ular 2 kepala dah kembang, seb bek aku pnjg umor lagi..alhamdulillah..
tengah dok2 jerit ketakutan 2, baru aku perasan ada sorg mamat ekor aku dari belakang
aku anggp dia org2 biasa jela..
tapi yg aku pelik, bla aku slow , dia pn slow,
bila aku laju, dia pn laju..(sibuk je nak merempit dlm ati aku kta..wkaka)
pas2 bla aku belok kanan, dia pn ikut..senang cite dye ne mcm bayang2 aku lak..
pas2 smpai la aku geram sgt, aku dok belok g kedai..
yang mamat ne dah xtentu arah ak tengok bla dia dok tgk aku lari g kedai..
dia pandang2 aku, wt xtau je..
wah..selamat aku kali ne..
aku harap sok2 jgn la si lelaki misteri ne ada lagi..
da bpe kali berlaku..aku xnak la jd popular lak..
kang xpasal2 sok kuar paper lak muka comel aku ne..hahaha ( terlebey sudeh)

~ok la..smapi cni je nak cite, nant bila senang2 aku sembang lagi~
daaaaa..nak mkn~~~~~~~~~~wheeeeeeeeee

Tuesday, April 6, 2010

DENGAN ATAU TANPAMU..

Tika ku disentuh cinta
Cinta melirihkan lara
Gerah kerinduan sendiri tanpa mu
Kadang mengusutkan jiwa ku

Namun aku tetap tega jua
Lalu ku tempuhi semuanya
Cinta luhur di gelap menjadi cahaya
Dengan mu hidup lebih bermakna
Keyakinan ku pun semakin bertambah
Semakin mudah kaki mengatur langkah
Rasa tepatnya pilih hidup bersama dengan mu...

Sebelum terjatuh sakit yg tak tertanggung
Atau kemungkinan langit esok mendung
Di bawah langit yang terbuka
Ku mohon rahmat Tuhan yang Esa

Kalau ditakdirkan aku harus berhadapan
Berakhirnya suatu ikatan
Akan aku relakan pada perpisahan
Nyawa berpisah dari badan...

Kalau ditakdirkan berakhir di pertengahan
Suratan sebuah percintaan
Sanggup aku menahan
pedih perpisahan
Walau menghiris perasaan
Sakitnya biar aku rasakan...

SINGGAH SEKETIKA..

7 aPriL 2010
-9.28 a.m.-
dlm pejabat

agak lama rasanya x lawat blog ne..
maaf kerana lama meninggalkan matahariku..
aku pergi hanya seketika mencari sedikit ketenangan..
pergiku tanpa nisan, tetapi hanya meninggalkan pesan..
aku amat menyayangi insan2 di sekeliling aku..
minggu lepas ada sesorng yg aku tak sangka tlh msg aku..
aku agak trkjt bila tetiba dia memperkenalkan diri..
sgt aku tak jangka si pemilik diri adalah seorng insan yg sgt tenang, sabar dan menjga tutur bicara..
maaf atas segala silap yg pernah aku lakukan..
aku tersepit di antara keadaan dan ketika..
jika aku tau, demi Allah aku xakan mengutus slam dn perkhabaran..
aku tak tau ada lagi insan yg snggp melukakan hati si pencinta.
satu lagi cerita yang ingin aku kongsi bersama..
aku mmg amat payah utk menceritakan masalh ku kpd org lain..
aku suka memendam rasa, melayan perasaan, dengan menulis sesuatu di atas muka diari
atau pn menulis seperti ini..
aku juga punya hati dan perasaan seperti org lain..
sedih, marah, kecewa, gembira, duka, suka dan macam2 lagi.
tapi aku xtau kenapa org sgt cemburu dengan apa yg aku ada.
xcukup lagi ke mereka ingin menyakiti ,,
aku syg sume. dan ada masanya syg aku menjadi benci..
aku mohon maaf  atas itu..aku x minta..tapi kalian yg membuat perasaan itu tumbuh..

sahabat aku ramai..
macam2 perangai..
aku sayng org yg syang aku..
tapi aku xska org yg aku syg lupakan aku..
aku takut oneday aku terlupa dkt org yang aku syg..
sebab......................................


1. aku terlupa nak tanya khabar
2. aku terlupa nak msg n cal dia
3. aku terlupa nak wish birthday dia
4. aku terlupa nak bagi adiah kat dia
5. aku terlupa muka dia..
6. aku terlupa nak doakan tuk dia
dan last sekali sebab mata aku pun da ttp saat itu...

ramai menghulur slam perkenalan..ramai yg minta "couple" termasuk sahbat2 aku sendiri..
tapi hati aku tuk seseorang ne sahaja..
sebab 2 aku suh dia hargai apa yg ada depan mata..
klu dia sia2kan aku, ramai lagi yg beratur kat luar sana.
aku bkn nak bangga diri , tapi ini hakikatnya..
tapi aku bkn macam 2..
skang ne..aku berserah je..
kalau jodoh aku mmg dgn dia, alhamdulillah..
tapi jika tak, aku redha je..
mgkn Allah da sediakan yg lbh baik tuk aku..
WASSALAM...


Wednesday, March 31, 2010

naNGis laGi..

1 April 2010..
9.51 pagi..
-dlm pejabat-


Salam sejahtera..selamat pagi..apa khabar semua hari ini?
semoga semuanya ceria2 selalu..^_^
pagi ne permulaan hari utk bulan ini..waahhh..bestnye..
semoga bulan ne memberikan aku sejuta kebahagiaan selalu..

APRIL..
~15 aPRIL 2010~
ZaiNal Sadari..selautan kasih sayang dan segunung doa pengharapan
aku alirkan semoga di panjangkan umur,
di murahkan rezeki, dan bahagia selalu..
sejuta pelangi pengharapan dan doa aku kirimkan semoga di rahmati Allah hendaknya..
kadang kala perjalanan hidup ini memang amat meyulitkan..
tiap sesuatu yg berlaku , pasti sudah di tentukan oleh-NYA..
salam perkenalan ku sambut dengan huluran keikhlasan..
di semai dengan benih pertemuan...
semoga ikatan yg terjalin mendapat rahmat dari Illahi..
semoga berbahagia dunia dan akhirat..amin..
sayang selalu..
-salam kasih-

~20 aPRIL 2010~
moHD fAhMi AbdullaH..sekalung doa semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki..
semoga beroleh kebahagiaan selalu..ape yang terjadi sudah tersurat dari Illahi..
walau terkadang cuba utk menidakkan , namun aku pasrah atas kehendak Illahi..
kenangan lalu akan selalu tersemat di sudut hati..
semoga sntsa beroleh kerahmatan dari Illahi di dunia dan akhirat..amin..
-salam bahagia-

AhMad RidzUAn...seutas butiran doa aku titipkan semoga di kau di panjang umur dan di murahkan rezeki..
semoga dlm rahmat dan lindungan Allah selalu...
persahabatan kita tiada bandingnya..kdg kala mungkin ada kesilapan dlm tutur kata, atas itu seribu
kemaafan aku pohon semoga hembusan maaf itu dtg menghapuskan tulisan tersebut..persahabatan ini aku ibaratkan seperti sebuah diari kehidupan .. jika aku coretkan sesuatu, pasti akan terus bergerak pena itu, tanpa henti...hingga ke akhir nafas ini..semoga sentiasa tabah dlm menharungi dugaan Allah ini..
-salam pejuangan-

~23 aPRIL 2010~

Hari ini genaplah 4 bulan perkhidmatan ku di pejabat pelajaran daerah Sabak Bernam..
jutaan terima kasih aku yg tidak terhingga utk Puan Hajah Samsiah bt. Jamaludin kerana memberikan aku peluang utk menjalani latihan industri di sini..special regards also to Haji Mokhtar Manijo as my report evaluator atas tunjuk ajar yg di berikan dan UNIT PENGURUSAN SEKOLAH..haJI ISMAIL SAJat..
terima kasih atas segala nasihat, dorongan, galakan dlm menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar..
dan tidak lupa juga selautan penghargaan kepada CIKGU ABU, PUAN ZAHARAH, CIKGU ABDULLAH, PUAN MOTNGIMAH, PUAN ZULAIDAH DAN RIYANTO atas tunjuk ajar dan nasihat yg di berikan..segala ilmu dan curahan pengalaman yg aku kutip akan aku sematkan di hati ini..
kenangan bersma kalian akan sentiasa tersemat di sudut hati..pahit, manis , suka dan duka bersama akan aku
sisipkan dlm memori ini..secebis doa ku pohon dari kalian agar sntsa mendoakan kejayaanku di dunia dan akhirat...insyaAllah..amin.
-salam memoir-


~29 aPRIL 2010~

NuR husNA Mohamad..sahabatku sayang..semoga di panjangkan umur , di murakan rezeki dan sentiasa mendapat rahmat dari Illahi..kenangan bersama dari sem 1 hingga sem 6 di UITM Lendu , Melaka..diploma PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI PEJABAT sentiasa tersemat di sudut hati...gelak, tawa, gurau , senda, pahit, manis, suka, duka, susah, payah kita kongsi bersama..tangisan kegembiraan dan kesedihan itu sentiasa terngiang-ngiang di cuping telinga ini..maaf atas segala kesalahan dan kesilapan ini..sesungguhnya sahabat yg baik adalah sahabat yg sentiasa menjaga rahsia dan nama baik sahabatnya...semoga beroleh kebahgiaan hendaknya..
-salam rindu-


Lenguh juga rasanya tangan ne dok taip2 ne..
hehe..ape pn , aku puas dapat menulis sesuatu utk tatapan rakan2 yg melawat blog aku ne...
ok la ..cukulah rasanya utk hari ini..nak rehat jap..lapar..wuhahaha...
nyum3...bye sume..=)

Catatan seOrang Wanita...

31 Mac 2010 - 8.44 malam
ruang tamu...

Agak lama ku kira tidak menulis sesuatu di dalam ruangan blog ini..
suramnya warkah ini ku tulis segundah hatiku di saat dan ketika ini..
ingin sekali aku titipkan salam kerinduan bersulamkan kemanisan..
dan ingin aku tutupi kepahitan itu dengan manisan madu keimanan..
acapkali aku di uji dengan sesuatu yang tidak bisa untuk aku ungkapkan..
kebahagiaan seringkali datang menjenguk setiap kali aku memerlukan..dan aku bersyukur ke pada-NYA..
namun ianya seringkali jua pergi ketika aku sedang asyik di belai waktu dan saatnya..
kepahitan datang tanpa salam dan pesan menghulur sebutir hempedu yg amat pahit untuk aku telan..
aku tidak bisa untuk mengungkapkan kata perpisahan kerna aku tahu kepahitan hanya datang sekadar untuk mengujiku.

ADAKAH AKU LAYAK UNTUK MENGHIRUP KEMANISAN MADU ITU?
ADAKAH AKU LAYAK UNTUK MENGHIDU KEHARUMAN BAUAN ITU?

LALU UNTUK APA AKU BICARAKAN KEPAHITAN DAN KEKECEWAAN YANG AKU RASAI?
UNTUK APAKAH AKU MEMBERITAHU DUNIA BAHAWA AKU SEDANG DI LANDA KESEDIHAN DI SAAT INI?
HANYA 1 JAWAPANNYA...

kerana aku hanyalah manusia biasa..yang lemah dari setiap dugaan-NYA..
oleh kerana itu, aku titipkan salam doa berserta butiran tasbih pengharapan semoga Allah sentiasa memberikan aku kesabaran, kekuatan, keimanan dan kesanggupan untuk menghadapi segala ujian yang mendatang..

" Diari hidup seperti sebuah kapal yang sedang belayar..segala badai dan rintangan yang mendatang harus jua di hadapi dengan kekuatan ,,jika tidak hanyutlah bersama2 kekecewaan dan keperitan itu..hanya si pendayung yang akan menentukan arah tujuan mereka"

Tuesday, March 30, 2010

kEMAnisaN hiDUp


glitter-graphics.com


Sunday, March 28, 2010

AYAHANDA

Sedalam lautan, seluas langit..
cinta selalu tak pernah di ukur..
begitulah abah megurai waktu..
menitiskan keringat dan deru nafasnya..

mencari sesuap nasi untuk mak, along dan adik-adik..
perginya di awal  pagi, pulangnya tidak pernah lupa menjinjing pelangi..
lalu dengan sabar menguraikan warnanya..

jejak langkah di atur dengan lafaz bismillah..
setia pada yang Satu , Satu pada yang mengasihimu..
cintanya terhadap bidang seni sastera melayu..
semoga beroleh kebahagiaan selalu..

waktu tidak pernah akrab antara aku dan abah
tapi di dalam buku gambarku,, tidak pernah ada badai
hanya sederet sketsa antara sebuah kisah suka , duka dan perjalanan kehidupan keluarga
ku titipkan coretan ini buat abah..
semoga sentiasa tabah, sabar dlm menghadapi ujian Allah ini..
sesungguhnya, " KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA , KASIH AYAH MEMBAWA BAHAGIA "

Air Mata Ibu..

SERINGKALI HATI TERTANYA-TANYA BETAPA BERNILAINYA SETITIS AIR MATA IBU..IBU YANG MELAHIRKAN AKU DENGAN SEJUTA KEPAYAHAN, BERTARUNG DENGAN KESAKITAN YG TIDAK MAMPU DI UNGKAPKAN,,AIR MATA IBU JATUH TATKALA MENDENGAR BERITA TENTANG KEJAYAANKU, KESAKITANKU, KESEDIHANKU..
IBU..
MAAFKAN ANAKMU ATAS KESILAPAN , KESALAHAN , TINGKAH LAKU YANG KURANG MANIS DI PANDANGANMU...DALAM BAIT SISA NAFAS INI , AKAN AKU BAHAGIAKAN DIRIMU, AKAN AKU CUBA BALAS JASA2MU, DAN SESUNGGUHNYA AKAN KU SEMATKAN SELAMANYA NAMAMU DI HATIKU HINGGA AKHIR NAFASKU....DOAKU SENTIASA UNTUKMU DUNIA DAN AKHIRAT..

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya

Takkan terlerai kasih

Ikatan ini takkan putus
Telah kau telan lara

Dan terima segala

Dugaan dan badai yang melanda...

Duhai ibu

Friday, March 26, 2010

My Story..

Jumaat:10.35 a.m.
dlm pejabat..

Tgh dok2 buka email, tetiba pegawai minta aku telefon semua sek daerah sabak bernam..
64 buah sek aku kena call mengingtkan tntg seminar esok utk guru2..
aku pn wt la ape yang di suruh..
aku ne suka wt keje2 macam ne, coz cita2 aku nak jd customer service bla besar nant..
eh???xcukup besar lagi ke aku ne..huhu
nak di jadikan cerita,,dlm aku tpon sek2 ne..tiba la stu buah sek ne, yg pasti nama terpksa dirahsiakn demi menjga nama baik sek..
yg aku sakit ati ne, aku pnya la senyum manis smbl bercakap , dye leh men2..
x respect aku langsung..yela ,even aku ne bkn pegawai ke ape , tapi aku pn perlu gak di hormat sbg manusia..
aku pn xtau la jenis manusia pe dye ne...
dlm erti kata len , aku xpnh jmpa la spesis mcm ne.
nsb bek la aku ne jenis penyabar, klu x dah lama aku letak je tpon 2..
hmmm...xpela.." SABAR SEPARUH DARIPADA IMAN" ..
stp sesuatu yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya...

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI..ALHAMDULILLAH..

Wednesday, March 24, 2010

POCO-POCO...

Sejak aku kerja kt pej pelajaran daerah ne aku rasa best je..
bkn pe..dapat gak aku timba ilmu walaupun sekejap...
pejam celik, pejam celik rupanya da msuk 3 bulan aku kat sini..sekejap je rasanya..
aku teringat lak time mula2 msuk kerja dlu..aku la org pertama dengan akak2 ne bersemangat nak g poco2...
dlu msa kt uitm aku ada jgak la pernah menari poco2 ne..so, ada la ckt pengalaman ...hehe
xdala aku terkial2 je kan..
tkehel gak kaki aku ne time mula2 menari 2.maklum la da lama x bersenam..blik umah terus skt2 badan..mak aku pun mula la bising bila aku merengek2 minta urut..hehe
tapi da msuk 3 bln ne aku da berbangga la coz xda skt2 lagi bdn...
penat 2 normal la kan...
ad pernah sekali 2 , timbalan suruh aku jadi instructor poco2..alamak!!!
ape aku nak jawab ne..aku pn "ia2" kan jela..padahal dlm hati "mampus aku" haha

Kembara hidupku...

Hari ne macam xpercaya pulak aku dah create satu blog utk tatapan aku dan umum..

hari ne bermula la kembara perjalanan hidupku...
dan di sini ingin aku coretkan bersama bahawa aku ne minat dalam berkarya..'

mula2 tu aku xperasan pun..tapi bila org kata aku ne suka bermadah puisi bila bercakap ngan kawan-kawan baru la aku sedar yang aku ni minat gak berkarya..hehe

xpela..org kata ikut jejak langkah abah la..ape 2 pepatah kata:"bapa borek anak rintik"..huhu


Tadi tu baru opening je...ne bru nak msuk cite tentang hidup aku..

kwn2 panggil aku nani, ade jugak yg pngl aku nan la, nenek la..myb sebab aku ne kuat membebel kot..hehe

aku ne sbnrnya suka bercerita..aku rasa puas bla dapat gembirakan org...

serba sedikit tntg diri aku..aku seorg yg simple je..kdg cerewet jga..tapi yg pasti aku ne sensitif cikit orgnye...bla kena mara je mula la rasa ujan nak turun..tapi da besar2 ne, umur pn da meningkat dewasa kurang la ckt cengengnye..hehe.org jawa kata "cewek"...