? ??????????????Red? ????? ?? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??2048 Grabs Today. 26157 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????Emo Letter? ????? ?? ???Rating: 4.6 (60 Ratings)??1683 Grabs Today. 21614 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Cherry Blosso BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Pages

Tuesday, March 29, 2011

Alhamdulillah..dipermudahkan segala urusan..

11.35 minit pagi
30 hb March 2011
Puncak Alam

Salam sejahtera matahariku..
rindu kt dia..wink2.@_@

dlm hidup ini bermacam-macam dugaan yg kita lalui..
setiap yg Allah berikan itu,selalunya ada hikmah yg tersembunyi,
sang pengembara ini sangat bersyukur dalam kembara yg penuh ranjau berduri namun masih di beri peluang untuk memperbaiki diri.
kehidupan ini takkan indah tanpa rasa duka dan suka..
namun yg pastinya walau kedukaan itu datang bertandang,
lantas berkat kesabaran dan kesyukuran di panjatkan,
di permudahkan segala urusan..alhamdulillah..

sang pengembara ini tersangat bersyukur kepada-NYA..
terima kasih atas setiap dugaan yg di berikan..
walau pahit untuk di telan, namun tongkat semangat dan dorongan kata mampu memecahkan tembok luka..

insyaAllah..langkah akan terus di atur untuk mencari yg hakiki,
kerna sang pengembara ini ingin memiliki kehidupan yg kekal abadi hingga ke akhir nanti..
mudah-mudahan di permudahkan segala yg di ingini...amin...

Kata-Kataku: Allah tidak akan menguji hamba-NYA melebihi kemampuan hamba itu sendiri..

Saturday, March 26, 2011

SAYA TAK SUKA BERURUSAN DENGAN ORANG YG TIDAK SERIUS

27 hb March 2011
Puncak Alam

Salam Ahad ..
salam berhujung minggu..

Tiba-tiba rasa nak marah orang je arini..aku tak akan marah tanpa sebab yg munasabah..
aku ada masa untuk bergurau, tapi bila time aku serius tolong paham..
kenapa susah sangat nak berkorban..
aku mmg selalu rasa susah..
tp orang tak pernah nak paham sebab dia selalu senang..
if 1 day jika Allah berikan kesusahan untuknya baru dia tau nikmat Allah itu tersangat berharga..

nota keciksemoga kita sentiasa mensyukuri nikmat yg Allah berikan..boleh jadi nikmat itu hanya di pinjamkan seketika sementara hidup di dunia..:'(((

Sunday, March 20, 2011

PERMAINAN DUNIA

11.36 minit pagi
Isnin
Puncak Alam..

Salam..apa khabar semua?
harapnye baik2 saje..:)

nape eh kiter post tajuk entri kali ini permainan dunia?
emm..the story begin with..
semalam kawan lama kiter call..lebih kurng sejam lbh ktorg bersembang tntg hal yg berkisar kehidupan, masa depan dan akhirnya dalam syok2 berbual termsuk soal undang-undang dan perihal politik..
ok..as a jurubahasa mahkamah , maybe he is very talented person..
even he is still young, but pemikiran dia tersangat matang..

ok..dlm kami bercerita dan berbicara permasalahan yg berkisarkan tntg dunia politik zaman sekarang , secara tak sengaja aku mengeluarkan satu pendapat bahawa semua masalah yg berlaku dlm dunia msa kini adalah kerana permainan dunia..sebagai seorang yg berdepan dengan undang2 mahkamah dia menyatakan bahawa semua ini adalah sangat tidak relevan dan juga tak berasas..sistem yg dikeluarkan tidak telus dengan apa yg dinyatakan..

satu hal yg membuatkan aku  terfikir mengapa dan kenapa semua ini terjadi , sangatlah complicated..
but how people think, how people do, everything is depends on ourself..ape pun, aku cuma nak bgtau setiap yg Allah ciptakan dalam dunia ini hanyalah pinjaman, dan segala yg terjadi tidak akan kekal selamanya..
hanya amalan yg akan di bawa bersama sebgai bekalan di sana nanti..wasalam..

nota: jangan pelik bila nur hanani berbicara soal politik..:=))

Wednesday, March 16, 2011

MIMPI BURUK

16 hb Mac 2011
PUncak Alam
6.50 minit petang


Assalamualaikum...
alhamdulillah atas rahmat dan kurniaan-NYA masih diberikan rezeki dan kesempatan untuk melihat keindahan ciptaan Allah..

Dah dua kali mimpi benda yg sama..
Ya Allah..kau berikanlah aku kesempatan yg ada ini untuk melakukan yg terbaik ..
aku ingin menjadi lebih baik..
mengapa harus ada untuk kali yg kedua..
jika sudah di tetapkan untukku, aku terima dgn ikhlas dan hati terbuka..
insyaAllah ..aku redha atas segala-galanya..
amin..:'(

Sunday, March 13, 2011

NOTA KECIL BUAT YG TERINDAH

14 March 2011
Isnin
Puncak Alam

Bismillah..
salam sejahtera matahariku..

pagi tadi kul 5 lbh dah terbangun..
sakit sangat perut memulas-mulas..
ne mesti kes mkn mknan kenduri semalam..
aku memang alah makanan atau lauk pauk kenduri..
mst skt perut punya..
dah 2 kali ke tandas ne..xlarat dah rasanya..

tp ape pulak tajuk entry kali ne nota kecil buat yg terindah??
hahaha..xda kena mengena langsung kan?
saje nak wt gempak..sebenarnya nak mengadu tntg ne je..hehe;p

p/s: jangan marah..^_^

Friday, March 11, 2011

DI SEBALIK KESULITAN ADA KEMUDAHAN

12 March 2011
3.15 petang
Puncak Alam

Assalamualaikum matahariku..salam berhujung minggu buat semua..
semoga di beri kesihatan, kekuatan dan kebahagiaan selalu hendaknya..amin..

Di sebalik kesulitan ada kemudahan?..
insyaAllah..jika Allah sudah menentukan sesuatu kesulitan buatmu pastinya Allah sudah menjanjikan yg terbaik kepada hamba-NYA..
kita hendaklah sentisa bersangka baik..setiap sesuatu yg Allah datangkan kepada kita itulah yg terbaik buat kita..sebagai hamba-NYA yang lemah, hendaklah redha dan bersyukur atas nikmat yg telah di berikan..

aku sang musafir yg tiada bertepi, selalu sahaja bersedih atas kesulitan yg di berikan..
dan sentiasa redha atas segala dugaan-NYA..terima ksh ya Allah atas segala kesulitan, kedukaan yg telah KAU berikan..alhamdulillah , hari ini kau bayar dengan kemudahan dan kebahagiaan kepada diriku..
aku bersyukur atas rezeki dan nikmat yg telah KAU berikan ini..

setiap sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya..
jika hari ini kau bersedih, insyaAllah..Allah akan berikan ganjaran yg terbaik buatmu..
jika hari ini kau berduka, Allah akan berikan nikmat yg tidak terduga..
dan jika hari in kau bahagia, ingatlah kembali masa lalumu yg penuh ranjau berliku
untuk mendapat kebahagiaan pada hari ini..

p/s:  Allah datangkan pelangi sebagai warna-warni kehidupan yg penuh dengan ranjau dan onak yg berliku..
dan akhirnya hadirnya mentari membawa 1001 harapan sirna kebahagiaan...

Tuesday, March 8, 2011

PABILA PENA MENULIS..

8 Mac 2011
6.35 petang
Puncak Alam

Bismillah..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah..masih mempunyai masa dan kesihatan yg baik utk menulis sesuatu di ruangan matahariku..

mungkin tiada apa yg ingin ku kata kan saat dan ketika ini..
walau apa sahaja perasaan yg terlintas dikala dan waktu ini, aku akan tetap terus bertahan.
biarlah hatiku mengalir hiba, bukan tangisku yg merintih nada..
aku sang pengembara yg tiada bertepi, mengatur langkah, menghayun jemari..
walau terkadang di himpit resah, namun bagiku ketenangan memaku..
insyaAllah..Allah sentiasa bersama mereka-mereka yang sabar..
aku ingin menjadi seorang wanita yg baik..walau tidak sehebat Siti Khadijah,
namun setidak-tidaknya yg terbaik di sisi Allah S.W.T..amin..


Saturday, March 5, 2011

DARI ALLAH KITA DATANG, PADANYA JUA KITA KEMBALI

4.45 Petang
Puncak Alam

Bismillahirrahmanirahim..
Assalamualaikum ..

Innalillah..aku di kejutkan oleh pemergian abang kandung cik abg ke rahmatullah petang tadi..
perkhabaran yg ku terima amat mengejutkan..
salam takziah buat cik abg...air mata abg tak henti mengalir, aku dapat merasai apa yg dia lalui sekarang..
hanya doa dan kata-kata semangat yg dapat aku berikan kepada cik abg..

dengan suara yg sayu dan teresak cik abg menyatakan bahawa dia bermimpi seusai solat zuhur tadi arwah abgnya yg sulung..dan cik abg kata mungkin ini merupakan petanda yg abang keduanya akan meninggal..
aku ikut sama menangis,..walau bkn luaran, hati aku turut menangis..
aku tak mahu abg makin hilang semangat..aku sebagai kekuatan utknya terus bertahan..

kali pertama dan terakhir aku bertemu dengan arwah apabila arwah datang ke rumah ku pada hari raya kedua..aku dapat melihat anak mata dan renungan yg tersangat sayu seolah-olah merupakan yg dia hanya akan dapat melihat ku buat pertama dan teakhir kalinya...Ya Allah..aku bersyukur kehadrat-MU kerana telah menemukan aku dengan arwah walaupun sekali..sudah cukup utk aku melihatnya ...
mungkin suratan takdir telah menentukan yg arwah akan pergi buat selama-lamanya ..
semoga rohnya di tempatkan dikalangan insan yg beriman dan beramal soleh..
alfatihah...amin...

buat cik abg..bersabarlah dalam menghadapi ujian Allah ini...salam takziah dari hani buat abg..
semoga abg sentiasa tabah dlm menjalani liku-liku kehidupan..sesungguhnya dari Allah kita dtg pada-NYA jua kita kembali...hani sentiasa di sisi abg...doa hani sentiasa mengiringi abg..
salam takziah dari hani serta keluarga buat keluarga abg....