? ??????????????Red? ????? ?? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??2048 Grabs Today. 26157 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????Emo Letter? ????? ?? ???Rating: 4.6 (60 Ratings)??1683 Grabs Today. 21614 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Cherry Blosso BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Pages

Friday, April 29, 2011

HARI INI, HARI SABTU

Selamat pagi matahariku..
alhamdulillah, cerah mentari hari ni..
harapnya tak hujan hingga ke malam..

hari ini dah hari sabtu..
malam semalam pesan kt MY INCIK tolong kejutkan pagi tadi..
konon-konon nak bangun beli sarapan..semangat baru neh..^-^

tetiba lagu 6ixth sense memecah halwa telingaku..
MY INCIK kejut suh bangun..
emmm..malasnya..
ape pun , bangun-bangun bersihkan diri..
siap-siap terus g kedai depan beli sarapan...

hehe..seronok la hari ini..
untuk pertama kalinya aku bangun beli sarapan..
kalau tak mesti makan tengahari terus..:)

ok2..tak mo bebel panjang-panjang..
nak sambung study ..bai.

Kata-kataku: Semoga hari ini lebih baik dari semalam..amin..;p

HANIZ BAHAR

Salam sejahtera matahariku..
alhamdulillah..hari ne selasai satu paper final..alhamdulillah, dapat buat yang terbaik..:)

masa nak balik tadi, nak elak daripada kesesakan lalu lintas akibat banjir di puncak alam..kami pergi ke kfc kt setia alam..wah, dlm perjalanan menuju ke meru, banyak kereta tersadai..rupanya, banjir lagi teruk kt depan tu..ya Allah, kami tak boleh patah balik sebab air dah makin naik dan separuh dari kete tenggelam...nak nangis aku rasanya tadi..=_='.alhamdulillah, akhirnya selamat sampai ke rumah setelah melalui beberapa ujian.

eh, jap2..nak citer ne pasal tajuk entri kali ini..
HANIZ BAHAR??
sape tu..ehee..
aku la tu..hmm..,nama baru kt mukabuku aku..terpaksa tukar ..
tu la..susah la , orang kacau2 ne..aku tak suka..so, utk mengelak dari semua yg menggangu aku terus tukar nama dan private my account..huh!

sebenarnya aku segan guna nama tu..cm pelik je..huhu..
tp kata incik abg saya comel..eleh..yeke?..^-^
hani stand for what? itu singkatan nama aku..hanani..so, amik pendek jadi hani..
"Z" is for my incik la..hehe..zainal..
bahar pulak singkatan dari nama my daddy..abah jgn mara ye..:))

ok2..penat sangat la..nak rehatkan otak jap..
rinduk kt my incik..<3 <3

nota kecik: tak sabar nak topi pink..:)))))


Monday, April 25, 2011

BERKATA BUKAN PADA LISAN, TAPI PAHAT TERUS DI HATI

Assalamualaikum..
salam sejahtera matahariku..
semoga sihat selalu...

pagi ni bangun agak lewat..mungkin kepenatan semalam..:)
xpe..apa-apa pun, tanggungjawab harus di tunaikan ..
emm..pagi-pagi dah buka muka buku..
apa yg menarik eh hari ni..
ok..first komen kt status rakan..
hmm..jom tengok apa yg aku cuba nak sampaikan..


orang yg bernama en.ngasri tu tak paham-paham apa yg aku cuba sampaikan..
boleh dia siap tanya nak cari nasi lemak la..isk..malas nak layan..orang macam ne mmg nak kena basuh ne..=_="

ok..xpela, anyway first paper nak dekat dah..
hari jumaat ne..doakan nani ye supaya dapat buat yg terbaik..:))))

Wednesday, April 20, 2011

FITNAH DUNIA

Assalamualaikum..
salam sejahtera buat semua..

alhamdulillah..aku bersyukur atas segala yg telah di berikan padaku..
apabila aku menyentuh soal kehidupan, rasa di hati cukup sayu dan menikam kalbu..
mengapa perasaan hasad dengki, cemburu dan ada sahaja fitnah yg melanda kami..
ya Allah, kau bukakanlah pintu hati mereka supaya tidak terus mengadu domba, membuat cerita , mengata yg tidak benar kesahihannya..

aku ingin mereka membuka mata bahawa segalanya adalah fitnah jika tidak benar kesahihan suatu perkhabaran..ianya tidak dtg dari mulut ku, atau dari keluargaku..namun, daripada mulut orang di sekeliling. tidakkah mereka takut azab di neraka.menyakiti hati jiran tetangga., membuat cerita, sehingga kami merasa tidak enak dan bersedih atas segalanya..

hanya pada Allah tempat kami mengadu..kami memohon supaya di berikan rahmat dan kebahagiaan di akhirat kelak..dan jauhkan kami dari fitnah dunia ini..sesungguhnya, amat payah untuk kami bertahan tanpa tongkat doa dan kekuatan..tak tertahan utk kami menidakkan air mata supaya tidak jatuh menyembah bumi..

Allah Maha Besar, Allah Maha Mengetahui segalanya..
berikan lah kami keampunan..kurniakna rahmat dan hidayah-MU buat kami..
amin..mudah-mudahan kami mendapat keberkatan dari-MU..

Lalu mereka berkata: “Kepada Allahlah kami bertawakkal! Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim,(10:85)

Tuesday, April 19, 2011

WHEN PEOPLE TALK ABOUT ME

Bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah..dapat kembali menatap fananya alam ini..
assalamualaikum matahariku dan sahabat-sahabatku yg sudi menjenguk seketika blog ini..

aku pun tak tahu bila, bagaimana, masa dan tempat berlakunya peristiwa itu..
tiba-tiba tak ada angin, tak ada ribut,, pokok boleh bergoyang. pelik x?
kalau dalam situasi aku pulak, tak ada cerita, tak ada khabar, tiba-tiba orang sibuk bercakap dan bercerita tentang aku dan pasangan..hmmm..musykil2..=_="

biasa la bila dah makin meningkat dewasa, orang sibuk bertanya tentang jodoh..
aku seperti biasa, hanya tersenyum..dan mengatakan aku msh belajar..
ye..aku takkan mengikat sebarang ikatan apabila aku sedang belajar..
i want to focus on my study first.
it is important for me and also my future career..

kalau korang nak tahu, mak dan abah dah jenuh menjawab pertanyaan dari kawan-kawan, jiran-jiran dan orang sekeliling ..mereka kata bila aku nk kahwin? ewahhh..bila masa pulak diorg dengar ne?
mak ngn abah pulak yg musykil..xda pun ura-ura yg aku cakap apa-apa kat diroang..hehe..
mcm ne la, mungkin hanya salah faham..biasa la bila bercerita tentang laman web sosial ne agak susah ..ada sahaja komen , berita yg tak patut ada..mungkin mereka hanya bergurau.tp ada yg menganggap aku serius..aku tak nafikan , sebagai manusia biasa dan seorang gadis yg sedang meningkat dewasa aku tak lepas dari rasa ingin hidup bersama pasangan..namun, aku ada cita-cita sendiri.

di lahirkan dlm sebuah keluarga yg sederhana, aku belajar bagaimana caranya utk hidup dengan mempunyai pegangan dan jati diri . mungkin ada segelintir yg kurang senang dengan caraku. namun, mereka tak pernah mengenaliku., mereka tak tahu siapa aku ..jadi , aku kurang berkenan dengan sesetengah manusia yg hanya pandai menunding jari, tanpa mengenali siapa diriku ini. aku harap lepas ne , tak ada lagi isu yg membabitkan cemburu, iri hati atau hasad dengki.aku cukup tak suka. ok?

next, aku harap isu tentang soal jodoh sume tak ada lagi..aku msh belajar..aku ada arah tujuan..biarlah soal jodoh , rezeki dan pertemuan Allah yg tentukan..aku hanya mampu berusaha ke arahnya..selebihnya , aku serahkan pada yg Maha Esa..hanya ku mohon doa dari kalian semua..:)

ok..the end.

bai..

Kata-kataku: i believe that everybody have their own perception toward others..just be yourself and always think positive..

Monday, April 18, 2011

REZEKI , JODOH DAN PERTEMUAN

Assalamualaikum..
bismillah ..dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
alhamdulillah..atas nikmat yg Allah kurniakan pada hari ini..

mungkin di ketika ini, ada sedikit kesayuan yg melanda hatiku..
pernah tak kalian terfikir mengenai rezeki, jodoh dan pertemuan yg telah di tentukan oleh Allah?
kerap kali mulut manusia tak pernah berhenti untuk mengucapkan kata-kata syukur atas rahmat yg telah di berikan. namun sebagai hamba Allah yg lemah dan penuh dengan  rasa suka dan duka, acapkali hanya sekadar di bibir sahaja.

bercerita soal rezeki, rezeki bukan dtg bergolek. namun haruslah di sertai dengan usaha, doa dan tawakal..jika di fikir kembali, manusia bukanlah bodoh,namun belum ketemu dengan kebijaksanaan..kerana manusia di lahirkan dengan akal fikiran..aku sangat berduka apabila ada yg mengatakan bahawa rezeki tu hanya ada pada org yg pandai..jika kita hitung balik , bukan lah begitu sebenarnya..
namun semua itu adalah berbalik pada usaha dan kemampuan kita..ok.

ada yg mengatakan bahawa jodoh itu sudah di tentukan. namun pada diriku, kita harus berusaha untuk mencari dan berikhtiar..adakala kita bertemu yg salah sebelum bertemu yg betul..semua itu adalah untuk menguji sejauh mana keimanan dan keyakinan kita terhadap seseorang..aku yakin semua yg Allah berikan adalah yg terbaik buat diriku..aku hanya dapat berusaha untuk menjadi yg lebih baik dan aku berharap semoga di permudahkan segala urusan utk terus ke sana. aku ingin jodoh ini menjadi yg terakhir buat ku..walau cepat atau lambat , semua itu kuasa Allah..yg penting kami sedang berusaha untuk membina istana itu.dan insyaAllah di permudahkan jalan kami ke sana..amin.

Alhamdulillah..pertemuan dan berakhirnya dengan perpisahan itu adalah kepastian..walau terkadang terluka, terkecewa, atau bersedih sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ini. bersyukur atas pertemuan dan perpisahan..insyaAllah pertemuan yg terjalin memberikan satu kebahagiaan hingga ke penghujungnya.mudah-mudahan...

Kata-kataku: Berbahagia atas kebahagiaan orang lain, dan bersedih atas kesedihan mereka..

Sunday, April 17, 2011

BERTEMU SEMULA

Bismillah..
alhamdulillah dengan rahmat-NYA dapat kita bersemua kembali..amin.

inyaAllah..setelah beberapa hari berlalu, seperti biasa harapan dan doanya semoga kita semua msh berada di bawah lindungan Allah sentiasa.bermula dengan yg kurang baik, dan berakhir dengan yg baik adalah permulaan segala sesuatu..kita hanya mengikut arah tuju, namun untuk menuju ke sana usaha, doa dan tawakal di perlukan..

mengenai perihal dan tingkah laku manusia kita tidak dapat untuk menebak.adakalanya kita menyangka seseorang itu cantik pada luaran..namun hakikatnya tiada siapa yg mengetahui secara dalaman. sungguh, semakin lama hidup di sini, aku semakin dapat mengenali tingkah laku manusia yg jarang sekali mengenal erti kehidupan ini. adakah dek kerana sifat iri hati atau takbur diri memungkinkan ianya terjadi?
bagaimana persoalan ini harus terungkai?

dalam mengharungi kembara perjalanan ini, hakikat yg harus kita tempuhi adalah sedalam mana lautan yg harus di renangi, seluas manakah bumi yg harus di jejaki..setajam manakah laluan yg berduri..
biarlah jatuh kerana beralah, bukan jatuh kerna berserah.

aku ini sang pengembara..mencari jalan menuju yg hakiki.
aku ini sang pencinta..yg mencari arah untuk di jejaki.
aku juga sang hamba yg dambakan kasih dan sayang dari Illahi..
semoga rahmat dari Allah merahmati..mudah2an..amin ya rabbal alamin..

Saturday, April 16, 2011

CORETAN KENANGAN

Assalamualaikum matahariku..
alhamdulillah bersua kembali..

semalam dah janji kan tuk entri kali ni nak post gambar..
tak nak ckp banyak-banyak..
ok2..sabar eh, jom kita teropong gambar - gambar time hari lahir cik abg..

senyum cik abg..

blueberry chesse cake..

manis nya cm kek..hek3

jgn pandang2..cepat potong..:)


jumpa lagi lain masa..
ok.bai..

nota kecik: nanti birthday saya, nak minta apa eh? ^_^


Friday, April 15, 2011

JANGAN SEDIH, SAYA NAK TENGOK AWAK SENTIASA TERSENYUM

Salam matahariku..
hari ini dah hari sabtu..
semalam hari lahir cik abg..
alhamdulillah..dapat belikan cik abg blueberry chessecake kegemaran nya.
dan hadiah buat dia..
harapnya cik abg suka..

aku gembira tengok cik abg tersenyum.,
walau aku bersedih, yg penting biarlah cik abg tersenyum bahagia..
jika suatu hari nanti cik abg tak dpt lagi tengok aku tersenyum , biarlah hari2 yg masih ada aku melihat dia tersenyum bahagia..
terkadang tanpa sedar, aku baru tahu ada sesetengah pihak yg tak senang melihat aku bahagia..
aku cuba sedaya upaya memberi senyuman, walau hati tak siapa peduli..
biarlah..aku tak ingin bermusuh dengan sesiapa..
aku ingin menjadi wanita yg tabah dan sabar..
aku tahu Allah sentiasa melindungi hamba-hambanya yg sabar..

terkadang kita tak tahu orang itu bersedih, tapi riak di wajah tak dapat di sembunyi..
aku tahu cik abg sedih bila aku bercerita tentang itu,,
namun aku hanya tersenyum,walau di hati menangis pilu..
buat cik abg..hingga ke akhirat hayat doa dan ksh hani setia buat abg..
selamat hari lahir sekali lagi hani ucapkan..
semoga berbahagia dunia dan akhirat...amin..


NOTA KECIK: gambar belum upload..next entri baru letak..:))))

Thursday, April 14, 2011

TIK TOK TIK TOK

Salam matahariku..
hari ini dah hari khamis..
huh!..nervous pulak tetiba..

nak tau tak kenapa?
ceteka, ceteka? heee..^_^
tepat kul 12 mlm ne genaplah 28 tahun umur cik abg..berdebar pulak rasanya nk wish..
kang takut tak jadi org pertama..yg penting aku nak jadi org pertama yg bagi ucapan utk cik abg nanti..
semalam dah tempah blueberry cheese cake tuk cik abg..
hadiah pun dah ada utk dye..

insyaAllah..hopefully cik abg suka..lagi satu yg penting aku nak ucapkan tuk cik abg semoga sentiasa di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan di berkati Allah selalu..selamat hari lahir abg yg ke 28..dah tua tau..jgn nakal2 lagi..dah leh jadi ayah..hek3..(miang lak tetiba)
semoga berbahagia dunia dan akhirat..terima ksh atas perhatian dan segala yg di beri selama perhubungan ini..hani syg abg..cewahh!!!..;)))

cik abg senyum sokmo pakai spek saya..:p

oopppsss..stop, stop!!..lupa pulak sok ada test database..walah2..
aku nak g sambung study..byk lagi ne..';p
doakn aku tok last day sok tau..hek3..=_="

ok.bai..

Thursday, April 7, 2011

SERIUS..GELI..+_+

2 hari lepas kejadian ini berlaku..
haa..pagi tu aku bangun agak lewat sebab class lambat..
so, bgn2 aku g la mandi , belek2 notes..-ada test la katakan-
klu tak sumpah tak bukak buku..heeee :p

nk di jadikan cerita roti hotdog yg ala2 pizza yg aku beli ngn cik abg kt giant aritu still ada lg..
dok la punggah semua stok makanan dlm bakul tu jumpa la my roti tinggal 1..nsb bek ada lagi..(dlm hati)
leh la sarapan dengan soya sekali..ala2 cm org mata biru gitu..

cm gini la pizza roti tu..terliur beb


air minuman ku setiap pagi

nak di jadikan cerita, ngh syok2 mkn ne..emm..sedapnye roti ne...smbil belek2 notes..tetiba bila suapan terakhir, aku rasa geli2 kt tangan mcm ada benda bergerak..nak tau ape beb..
argggghhhh....ULAT..

dan2 aku g sinki terus muntah kan semua yg aku mkn kt situ jugak..dengan air2 soya aku buang..loya tekak, kembang mmg aku muntah sampai nak demam..isk..;(((

mmg serik sgt la nk mkn roti dah..tgk hotdog pn aku geli..weekkk..msh terbayang2 ulat tu...wuaaa...dah 2 hari tak lalu nk mkn...:((((

nota kecil: mst ulat tengah nyanyi dlm perut saya..+_+