? ??????????????Red? ????? ?? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??2048 Grabs Today. 26157 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????Emo Letter? ????? ?? ???Rating: 4.6 (60 Ratings)??1683 Grabs Today. 21614 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Cherry Blosso BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Pages

Friday, May 27, 2011

BERHENTI BERHARAP

7.26 minit malam
-kampung-


Assalamualaikum ..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
alhamdulillah atas rahmat -NYA bersua kembali..

Pengharapan itu terkadang mengecewakan..begitulah lumrah kehidupan..
terkadang betul apa yg dikatakan , yg tersurat bukanlah lagi suatu kebetulan..
sememangnya manusia hanya mampu merancang., selebihnya Allah yg menentukan.

mulai detik ini, aku berhenti berharap terhadap janji-janji atau kata-kata yg telah di lafazkan oleh insan-insan.
kerana aku percaya apabila pengharapan tidak lagi terjadi, akan membibitkan rasa kecewa..
jika aku berdoa pada Allah, pastinya aku akan mendapatkan sesuatu yg berbeza..

hanya kepada Allah aku mengadu ..
biarlah malam - malam menjadi mimpi..
semoga esok pagi membawa suatu sinar yg pasti ..
insyaAllah...

WALLAHUALAM..




Kata-kataku: aku tak percaya lagi , dengan apa yg kau janji..aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati...:'((

Thursday, May 26, 2011

AKHIRNYA..

11.43 pagi
-kampung-


Alhamdulillah..akhirnya boleh berblog kembali..
punya la dah berapa hari tak boleh nak berblogging..huhu

aku dpt info nak buka ni pun dari blog en.ben ashaari..
pada kawan-kawan yg xdapat nak buka blog, leh la guna google chrome..

eh,ok2..bai.:)

Sunday, May 22, 2011

SEBENTUK CINCIN KEKAL SELAMANYA

2.06 minit petang
-kampung-


Assalamualaikum..
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

dalam dunia yg serba moden ni, pernah tak kita terfikir mengapa suatu perhubungan mudah
saja goyah dan berantakan...aku cuba menyingkap dan menilai dari sudut tertentu..
aku bukanlah bijak pandai, buka juga seorang sasterawan..aku cuma seorang gadis yg mula kenal akan hakikat kehidupan..mungkin msh blm cukup utk membicarakan tentang perhubungan, tp aku ingin berbicara sesuatu mengenainya...

sebuah perhubungan akan menjadi lebih indah apabila ikatan sah menjadi pengikat setia kasih..
sebentuk cincin menjadi lambang tanda setia hingga ke akhirnya..
setiap dari kita mendambakan perkahwinan yg bahagia kekal selamanya..
tetapi rasa itu sudah mati apabila suatu perhubungan tiada tangga setianya..
manakah janji yg di lafaz ,
saat lafaz sakinah itu sudah tidak lagi dipedulikan,
manusia pekak dan tuli dengan tomahan..

ya Allah..
aku inginkan penyatuan hati ini kekal hingga ke pengakhiran jalan..
walau datang silih berganti dugaan, aku mengharapkan sebentuk cincin yg bakal tersarung kekal selamanya dalam ingatan..

WALLAHUALAM...~~


Kata-kataku: Mawar itu setia dengan durinya..hinggakan keharuman melekat pada pemiliknya..;)

Saturday, May 21, 2011

SOMETHING THAT I DON'T LEAVE HOME WITHOUT....

9.58 minit pagi
-kampung-


Assalamualaikum..
al-fatihah buat keluarga dan mangsa-mangsa tanah runtuh hulu langat, selangor..
semoga roh mereka di tempatkann di kalangan insan yg beriman dan beramal soleh..AMIN~~

ok, lets move to my entry for today..
actually, nothing much to say..
just want to have fun..ok! ^_^

i dont leave my home without...

* MONEY*
ha..ne penting woo...
xcukup 10 sen tak dapat aiskrim ..muHAHA

*HANDPHONE*
zaman dulu leh la pakai public phone..
sekarang, nak jumpa pun susah..
so, xda handphone.. sesat jalan, balik jln kaki..keh3

*LIPBALM*
ok,bibirku ini cepat kering..
utk melindungi dari sentiasa lembab, kita gunakan lip ice..^_+

*COLOGNE*
aku tak kata aku busuk..
tp aku suka wangi-wangi..hehe

dan yang paling penting sekali...
CERMIN MATA LA...
aku kan rabun...kang masuk longkang x macho dah...
kehkehkeh...


ok, bai..

Kata-kataku: mengidam kopok lekor ...hmmm...T_T

Thursday, May 19, 2011

KEMAAFAN DAN TERIMA KASIH

11.05 pagi
Jumaat
-kampung-


Alhamdulillah..
selamat pagi matahariku..
baru selesai masak..
menu hari ini: Tom yam campur, sambal goreng kentang, ikan goreng tepung..^_^
kalau sedap, bagitau..tak sedap diam2 je tau..:))
adik aku tu , cakap je tak sedap..tapi tambah 2 kali..wekk2..hehe

ok..hari ini tergerak nak bebicara tentag kemaafan dan terima kasih..
hmm..pada aku, kemaafan adalah lebih baik apabila seseorang melakukan kesalahan...
kadang-kadang susah utk memaafkan..
namun itulah yg lebih baik..
suatu hari nanti si pemaaf akan menerima kata terima daripada si pelaku..

aku selalu berhadapan dengan situasi yg sukar di mana sahabat atau rakanku sendiri membuat kesalahan..
mungkin agak sukar utk memaafkan,,tapi manusia tak lepas dari melakukannya..
berkali2 di ulang, aku rasa dah tak bermakna kata2 maaf utk di ucapkan..
terkadang sebgai syarat apabila melakukan kesalahan..

sebenarnya diorang faham tak apa yg diorang ucapkan?
atau sekadar ucapan di bibir?

kita tak perlu membalas apa yg telah di lakukan..
kita ucapkan terima kasih pada Allah kerana telah memberikan kita satu hati utk sentiasa mengingati-NYA..
Allah telah membuat perancangan yg baik.
setiap sesuatu yg di rencanakan hanya DIA yang mengetahui..
Wallahualam...

Kata-kataku: memaafkan dan memberi maaf kepada orang lain adalah indah..






Monday, May 16, 2011

KAWAN KU RACUN YG MEMBUNUH

9.31 minit pagi
Selasa
-kampung-


Bismillah..dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
alhamdulillah..semoga hari ini , lebih baik hendaknya..

agak sayu hati terkenang..
sungguh berat mulut utk meluahkan..
hanya tulisan tangan yg masih mampu ku berikan..

mengapa begini jadinya..
sesungguhnya perancangan Allah lebih baik..
aku telah di pilih utk di uji..
mereka telah menabur racun dalam hidupku..
mereka telah memilih utk berdusta, sedangkan aku yg terkena..

lupakah kau pada perjanjian..
perjanjian dengan yg Maha Pencipta?
lupakah kau pada dosa dan pahala..
lupakah kau pada pencatat segala..

tersenyum kalian melihat aku rebah,
rebah di atas lantai dunia yg penuh pepasir kepalsuan,
menyembah bumi dan menangisi nasib diri..

kalian sungguh bijak berkata-kata, 
sungguh pandai mengadu domba..
teruskan dengan ketidakjujuran itu..
dan aku bakal merungkainya satu persatu..
walau bukan aku, pasti ada yg memberitahu..

bukan ku pinta, 
tetapi mereka lebih arif dari kalian..
mereka yg kalian mainkan, dan akhirnya kalian yg kecundang...
tertawalah sepuasnya..
walau kami membisu seribu bahasa..
hanya pada YANG BERKUASA kami memohon segalanya..

sesungguhnya , setiap perbuatan pasti ada balasan...

WALLAHUALAM... 


Saturday, May 14, 2011

JIKA DI TANYA AKU

14hb Mei 2011
10.57 minit malam
- kampung-

Selamat malam matahariku..
tidurlah di buai kegelapan mimpi indah berselimutkan gemerlapan bintang..
alhamdulillah..bersua kembali ke dalam dakapan mentari..
aku sangat merindui detik ini..

jika di tanya aku..
aku bersyukur di kala ini..
aku mula menerima hakikat kehidupan..
perasaan itu mula menjauh..
alhamdulillah ya Allah..kau berikan aku kekuatan utk menghadapinya..

biarlah..
aku sudah lali akan perihal dan tingkah laku manusia..
biarlah..
biarkan mereka dengan kata-kata dusta,
biarkan mereka mengadu domba..

jika di tanya aku ..
aku hanya akan berdiam..
aku tak ingin terus bersuara..
biarlah ku simpan di sudut hati ini, semoga Illahi sentiasa memayungi..
aku hanya mampu bermohon pada-NYA..

jika di tanya aku sedang bersedih..
jawabku .."TIDAK"
jika di tanya adakah aku sedang bergembira..
akan ku jawab.."TIDAK"
hanya 1 yang mampu ku katakan..
aku bahagia di saat ini...
terima kasih ya Allah..hanya pada-MU ku berserah...

Kata-kataku: Ku bersujud hanya pada Allah..di atas sejadah cinta bertasbih kasih..semoga rahmat Allah sentiasa bersamaku..amin...~~

Wednesday, May 11, 2011

PABILA KAWAN MENABUR FITNAH

Assalamualaikum matahariku..
selamat malam..semoga sihat-sihat selalu..

malam ne tergerak nak menulis..
kenapa kawan sendiri tergamak menabur kata-kata yg tak pernah aku lakukan...
ya Allah, kau selalu meminta nasihat dari aku..kau kata aku sahabat kau dunia dan akhirat..
namun sayang, di belakangku kau tabur fitnah berduri..sakitnya hanya aku yg merasai..
kau kata aku sahabat dunia akhirat..selalu ada saat suka dan senang..
tapi kenapa kau tabur kata-kata yg aku tak pernah keluarkan pada kau..

aku bersedih..sedih yg teramat sekali..
kawan dan sahabat yg ku kenali, begini rupanya..
di manakah kau campakkan aku di hatimu..
adakah di tapak kaki , atau di injak2 sampai mati..
luluh hatiku hanya Allah yg mengetahui..

sudahlah..jangan cari ku lagi..
biarlah aku pergi membawa diri ..
aku tak ingin di sakiti lagi..
biarkan aku begini,,utk apa kau cari aku lagi..
jika nanti kata-kata lain pula yg kau taburi..
pendusta..semoga Allah yg dapat membalasnya...


Kata-kataku:  sahabat ku seperti duri yg tajam..darahnya terpalit di sudut hatiku...;"((

Tuesday, May 10, 2011

4 BULAN

Assalamualaikum matahari...
tp matahari mesti dah tido kan?
sebab sekarang dah malam ..^_^

lagi dua hari tinggal nak pulang ke kampung halaman..
selepas ne , 4 bulan aku bercuti di rumah..
hmm..lama sgt rasanya..
jadi , tak tau apa perancangan yg aku nak buat..
aku cdg nak kerja kat tempat AMAR tadika dulu..
tapi, MY INCIK tak bagi..katanya gaji tak berbaloi dgn kerja yg dibuat..
aku tak kisah sangat tentang gaji, yg pntg aku tak minta duit kat orang..
lagipun kalau ada duit sendiri leh shopping..hehe
tak gitu cik abg? ke cik abg nak belanja kiter..^_+

ok, xpelah..aku cuba utk usahakan nanti mcm mane..
ABAH pulak suruh aku belajar menjahit..
aku bukan tak nak..tapi malas..hehe..^_+
jgn marah abah..wink2

nak cerita, hari ini hari jadi mummy..
selamat hari lahir mummy..semoga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan di berkati oleh Allah hendaknya..amin..along sayang mummy sgt2..

buat my INCIK terima kasih bawa pergi pantai..
seronok sgt lihat pantai walau air surut..:)))

Kata-kataku: saya bahagia walau terkadang saya berduka..kata cik abang jgn di ingat benda yg menyakitkan hati..nanti kita juga yg terluka..sentiasa bersangka baik..insyaAllah..






Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU..

Salam kasih..
salam sayang buat semua..
alhamdulillah..masih dapat mengucapkan selamat hari ibu buat ibu ku yg tercinta..
ZAITON BINTI MISRAN..

Duhai bonda , sesungguhnya pengorbananmu sukar untuk ku balas..
terasa kepayahan dan jerihnya sewaktu engkau melahirkan..
masih terdengar suara alunan zikir di cuping telingaku sewaktu engkau mendodoikan...
sungguh syahdu..

Duhai bonda, aku telah meningkat dewasa sekarang..
adakah engkau gembira? atau adakah engkau terluka?..
aku ingin sekali menjadi seorang anak yg solehah yg dapat mendoakan utk kedua orang tua..
semoga doaku dan segala tunjuk ajar, ilmu duniawi dan ukhrawi dapat memberikan bekalan kepada bonda dan ayahanda di sana nanti..

Duhai bonda, aku ingin sekali mengucup pipimu di saat ini..
namun tidak terdaya untuk ku pergi..
aku di sini sedang menyelesaikan satu perjuangan ..
hanya doa yg ku mohon semoga dirimu mendoakan kesejahteraan anakanda di sini..

dengarlah luahan hati anakanda..
yg jauh di mata..
namun kekal terpahat di hati..

selamat hari ibu duhai bonda...
semoga di panjangkan umur, di berikan limpahan rezeki ..
dan berbahagia di dunia mahu pun akhirat..amin..
sayang mak...




Wednesday, May 4, 2011

BANTULAH AKU UNTUK IKHLAS

Bismillah..
Semoga rahmat dari Allah sentiasa bersama kita semua..

Ya Allah..dlm meniti kehidupan ini, acapkali nikmat dan rahmat Allah sentiasa bersama..
ia juga di sertai dengan rantaian duka, pahit manis menitinya..
aku merasa bersyukur apabila di uji..kerana aku pernah mendengar, apabila seorang hamba di uji ia menandakan bahawa Allah menyayangi kita..terima kasih ya Allah atas ujian-MU. walau tidak tertahan untuk air mata ini jatuh menyembah bumi, aku tetap pasrah dan bantulah aku untuk ikhlas menerimanya ..


Kata-kataku: Bertahan dlm redha..semoga Allah membantuku..

Tuesday, May 3, 2011

ANYTIME, ANYWHERE



Bismillah..asssalamualaikum matahariku..
semoga sihat-sihat selalu..:)

rasa gembira..walau ada juga rasa duka.
its ok lah..xmo sedih-sedih..
orang kata , rezeki itu ada bila-bila masa je..kat mana-mana pun leh jadi..
betul ke?

yes, it is true..u can get it anytime and anywhere..selalunya yg tak di jangka itu akan terjadi..
kita tak tahu perancangan Allah ..rahsia Allah tersangat luas..sebagai hambanya , kita hanya mampu merancang dan berusaha..xpela jika kita tak berharta, xperlu untuk menunjuk apa yg kita ada..yang penting ilmu penuh di dada..apa yg di maksudkan ilmu itu mestila meliputi ilmu dunia dan akhirat..harapnya kita sentiasa itiqamah dalam melakukan sesuatu perkara..jgn hanya berharap, namun haruslah berusaha..ok.^_^

anytime , anywhere..
i always feel like sunshine..
always there to accompany..

Kata-kataku: Seronok kan kalau jadi matahari?? <3 <3

Monday, May 2, 2011

WHEN I FEEL SAD

Assalamualaikum matahariku..
alhamdulillah..feel better today..

malam semalam rasa tak berapa sihat..
mungkin akibat kena hujan..
sakit kepala and terus telefon mak..

rasa sedih sangat bila sakit-sakit dengar suara mak..
mengalir juga air mata..tapi tahan je..
mak mesti tau juga tu..tapi aku cover la malu kat mak..
sebenarnya air mata aku dah membuak-buak mengalir..
sampai mak tanya aku ok ke tak..
aku bagitau mak, aku ok..aku minta mak doakan kesejahteraan utk aku..
mohon doa semoga aku di beri kesihatan yg baik..
mak suruh jaga diri baik2, jgn lewatkan waktu makan..
nanti aku sakit kepala..
ye..aku mmg manja dengan family ..
sebab aku sorang je perempuan...
ok, ape pun aku harap kuat untuk bertahan..
time ksh mummy..i love u very much with everything inside of my heart..

aku kadang-kadang sedih bukan sebab ape pun..perasaan tu datang sendiri..
kadang tanpa sebab pun aku leh sedih..tetiba air mata ini mengalir..
aku merasakan semcm satu kehilangan yg besar dlm hidupku..
tapi aku tak tahu apa...i feel like everything was going zero..
hmm..think, think and think.=_="..
no! i can't..enough.

orait,,lets continue..since i knew him, i felt very grateful..
alhamdulillah..he was a good man and responsible..
and the most important thing, pegangan agama yang baik..good.
may Allah bless our relationship and ease our way towards..AMIN..




Kata-kataku: Semoga Allah merahmati jalan hidupku..