? ??????????????Red? ????? ?? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??2048 Grabs Today. 26157 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????Emo Letter? ????? ?? ???Rating: 4.6 (60 Ratings)??1683 Grabs Today. 21614 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Cherry Blosso BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Pages

Tuesday, September 27, 2011

APA YANG DIATUR, ITULAH YANG TERBAIK

5.49 minit petang
- puncak alam -


Bismillah..
Assalamualaikum semua...
alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk bertemu ..

sebagai manusia kita selalu berfikir bahawa hidup ini penuh dengan warna dan warni..
ada warna ceria, suram dan sebagainya..
betul apa yang di kata, hidup ini seperti putaran roda..adakalanya kita di atas dan ada ketikanya di bawah..
mungkin sukar untuk menerima takdir yang tetulis..tetapi sebagai hamba-NYA kita hendaklah meletakkan rasa syukur dan patuh terhadap qada dan qadar yang telah di tentukan oleh Allah.

dalam mencari cinta yang abadi, mungkin agak rumit..kerana pastinya kita akan berhadapan dengan berbagai dugaan..pertemuan yang salah dan pengakhiran yang betul..
sebagai kaum hawa pastinya kita mencari seorang adam sebagai pendamping yang akan menemani dan menjaga kita selamanya..imam dalam solat , ayah yg soleh dan menjaga kebajikan isteri dan menutup segala keaiban keluarga..insyaAllah..

terkadang kita memerlukan, walau itu bukanlah yang kita harapkan..
hidup ini terlalu singkat..mungkin esok, atau lusa akan gugur daun yang tertulis nama ..
subahanallah..dari Allah kita datang , pada-NYA jua kita kembali...
semoga kita semua di lindungi di bawah rahmat dan lindungan Allah S.W.T...
amin..


Nota Kecik : Daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa - 40 HARI SEBELUM KEMATIAN-

Friday, September 23, 2011

MARAH-MARAH TANDA SAYANG

9.14 minit malam
-kampung-


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
alhamdulillah..

Entri kali ini mungkin agak emosional sikit..
sedikit kecewa dan marah dengan perlakuan manusia..
semalam haniz baru sampai dari puncak alam. Itu pun abah yang ambil dengan sahabatnya.
Kawan-kawan kata aku manja,,hmm..bukan manja memang haniz tak ada transport nak gerak ke Klang Sentral..lagi pun tak nak menyusahkan sesiapa..Alhamdulillah , sampai juga di kampung..

Pagi tadi haniz bawa embah (nenek) pergi klinik kerajaan bersama emak dan 2 orang makcik. Minggu lepas 3 hari embah masuk wad. Alhamdulillah, sudah beransur pulih..nk kata betul ke tak?
Klinik Kerajaan ni urusan semua lambat..hmm..pergi kul 7 lbh, dapat masuk bilik doktor 9 lbh..sian embah..

Haniz tunggu embah dalam kereta je..parking penuh, malas nak berebut-rebut..nak di jadikan cerita, ada seorang perempuan ni berlagak hon2 dan kata kereta dia tak muat nak lalu..hey, rasa nk bagi PENAMPAR JEPUN je kan kat muka dia..sombong sangat , dengan muka yang kerek dan ntah apa-apa...haissshhh...
orang lain kereta besar-besar lalu tak ada pun nak bising-bising macam dia..nk kata kereta besar , xdala jugak..KELISA je..apa la..maaf la ye cik kak, haniz bukan tak nak senyum..tapi sakit hati sangat tengok perangai cik kak yang x reti sopan santun..+_+

Nota Kecik :: marah-marah tanda selipar nak melayang..@_@

Wednesday, September 21, 2011

YOU DON'T DESERVE MY TEARS

11.44 minit pagi 
-puncak alam-


Assalamualaikum..
alhamdulillah..terima kasih Allah..

Seketika terlintas di benak fikiran, mereka kata manusia yg kerapa mengalirkan air mata menunjukkan tanda lemahnya dalam menghadapi sesuatu dugaan dan cabaran. 

Apa salahnya menangis? 

------<@ pada haniz, apa pun yg berlaku adalah ketetapan.We have to be grateful to Allah. It does mean that Allah not love us, but it show how care his on us. Manusia tidak layak untuk menilai sejauh mana kelemahan dan kekuatan seseorang. They don't deserve of our tears. Just be the way you really are.

Kadang-kadang manusia bukanlah menangis kerana apa yang telah berlaku ke atasnya. Tetapi air mata adalah sesuatu anugerah yang berharga dari Allah. Ia di gunakan di saat kita memerlukan.  So, we are responsible of that. It is natural as a human.  

Tidak salah untuk menangis..ingatlah ..setiap air mata yang menitis menunjukkan bahawa betapa bernilainya setitis air mata..tanda Allah menyayangi dan merahmati . InsyaAllah....:)




Wallahualam..

Tuesday, September 20, 2011

TERIMA KASIH TELAH MEMBERI HATI SAYA KEMBALI

5.44 minit petang
-puncak alam-


Assalamualaikum w.b.t..
-
-
-
-
doa sentiasa mengiringi hani...
walau hingga ke penghujungnya...


----------------<@


terima kasih telah memberi hati saya kembali...
semoga Allah memberkati...





NOta Kecik: Alhamdulillah...terima kasih Allah...

Wednesday, September 14, 2011

SURAT CINTA BUAT JIWA

11.16 minit pagi
-puncak alam-


Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah...masih dapat bersua dalam lindungan dan rahmat Allah hendak-NYA..

dalam keseronokan menempuhi ranjau duniawi, tatkala itu tersadung oleh tipu daya dan hasutan dunia..
mungkin di ketika ini, kita masih leka dengan kemewahan, limpah ruahnya harta kekayaan..
mungkin juga di saat ini, kita masih alpa dengan kata-kata, bisikan manis sang manusia..
aduhai...jiwa hati..

Ku tulis surat ini buat jiwa yang sedang di mamah oleh kepalsuan dunia..
sibuk sungguh mengejar dunia hingga tergadai akhirat di sana..
ada saja yg mengguris luka..

Ya Allah..aku percaya wanita yang baik adalah utk lelaki yang baik..
begitu jugalah sebaliknya..
cekalkan lah jiwa dan hati ini dalam pengharapan redha-MU..
aku mencari sedikit bekalan kekuatan utk meneruskan kembara ini....
semoga bertemu abadi, dalam kesucian diri..
insyaAllah....


NOTA KECIK:  " Tutur kata melambangkan kesantunan pemiliknya "


Monday, September 12, 2011

DUNIA SEMENTARA, AKHIRAT SELAMANYA

5.53 petang
-puncak alam-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah..bersua kembali dalam rahmat dan limpah kurnia-NYA..
amin..

dalam keseronokan kita menyambut syawal, masih ada lagi yang dalam tangisan..
sememangnya sesuatu yg terjadi amat sukar utk di jangkakan..namun sebagai hamba-NYA kita harus pasrah dan redha..
dunia ini hanyalah sekadar persinggahan..walau sesukar mana halangan, masih ada jalan penyelesaian..

Haniz bukanlah bijak pandai , tetapi sekadar berkongsi apa yg terlintas di hati dan fikiran..
mungkin ada yg kurang senang, namun hanya Allah yang lebih Mengetahui..insyaAllah..

Apabila sesuatu yg kita sayangi di ambil di dunia ini, insyaAllah akan di gantikan dengan syurga di akhirat sana..Subahanallah...

BAGAIMANA UNTUK PASRAH DAN REDHA?
KITA HAMBA YANG LEMAH...

jawapannya terletak dalam diri kita sendiri..oleh itu, selalulah dan sentiasalah memohon kekuatan dan perlindungan dari Allah S.W.T..mudahan2an kita semua dalam keredhaan-NYA..amin..

WALLAHUALAM

NOTA KECIK: Tepuk dada, tanya iman..istiqamah dalam mencari redha-NYA...


Thursday, September 8, 2011

SETELAH SEKIAN LAMA`

10.08 minit pagi
kampung

Salam bersua kembali ...
alhamdulillah..lama rasanya haniz tak menulis...
selesai sudah menjalani ibadah di bulan ramadhan..
selamat hari raya..maaf atas kekhilafan zahir dan batin..
moga-moga kita semua dalam rahmat dan limpah kurnianya...

insyaAllah..sabtu pagi bersamaan esok haniz akan pulang semula ke kampus..
setelah sekian lama di rumah...4 bulan lamanya...hehe
ok, nak cerita apa sepanjang 4 bulan berada di rumah..

kerja, kerja, dan kerja..langsung xda rehat..
after kerja, buat persiapan utk raya, ziarah sana sini, layan tetamu..
alhamdulillah...walau tak rehat, tapi haniz gembira dan seronok..

mesti semua dalam mood raya lagi kan..:)
semoga bersua lagi di lain waktu..
walasam...



Nota kecik: lega dapat update blog...^-^ .thanks pada followers walaupun tak ramai...:)