? ??????????????Red? ????? ?? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??2048 Grabs Today. 26157 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????Emo Letter? ????? ?? ???Rating: 4.6 (60 Ratings)??1683 Grabs Today. 21614 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Cherry Blosso BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Pages

Monday, November 28, 2011

BERPISAH DENGANMU, LULUH HATIKU

28 November 2011
-puncak alam-


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
syukur segala puji ku panjatkan pada Allah kerana masih lagi di beri kesempatan menjalani hidup ini.
alhamdulillah..

setitik demi setitik air mataku jatuh menyembah bumi..
dalam sujudku tak lepas ku panjatkan doa semoga segala perancangan di permudahkan..
derai air mata yang mengalir, jatuh bersama seraup wuduk di wajah..
sebak di dada tak mampu untuk ku bendung lagi..
terpeleku aku di sejadah Illahi..

Ya Allah., hibanya ku rasa di pengakhiran pertemuan..
lafaz yang keluar dari bibir DIA sungguh meruntun hatiku..
Subahanallah..aku cuba utk menahan rasa hati, namun aku tak mampu..
sejak malam kelmarin aku cuba menguatkan hati dan langkah kaki agar terus berpijak di bumi ini..

hari semakin menghampiri penghujungnya..
semakin resah ku rasa..penantian ini sememangnya suatu penyeksaan..
Ya Rahman..aku memohon pada-MU..berikanlah dia kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menjalani ujian-MU..
aku hanya mampu mendoakan yang terbaik..setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya..
mudah2an..amin..
terima ksh yang tidak terhingga buat sahabat handai yang mendoakan..
Jazakumullahu Khairan Kathira..Barakallah..



Semoga Allah mempermudahkan jalan menuju ke sana..amin.

Wasalam...



Saturday, November 26, 2011

HABIT CAN'T BE LOST, BUT IT CAN HANDLED

1 Muharram 1433H 

-puncak alam-

Assalamualaikum w.b.t..
Salam Maal Hijrah..
lembaran lama di tutup, helaian baru di buka..
semoga rahmat dan cinta Illahi sentiasa bersama..amin..

setiap orang mesti ada tabiat yang tak dapat di hindarkan? it is because tabiat itu memang sejak azali lagi..takkan hilang walau mcm mane pun kita cuba hindarkan..but it can be handled..semuanya terpulang pada diri kita sendiri..bukan mudah nk buang tabiat, but for me as a human kita boleh handle benda tu..

malam semalam bersembang dgn si DIA..as usual, aku suka melihat dan memerhatikan cara dan tabiat seseorang..bukan nk jaga tepi kain orang lain, tapi aku nk tgk how people handle their habit..
same like me, si DIA suka perhatikan orang di sekeliling..it can be avoided i know..but i said to him that habit can be handled..and everything depends on himself.  He agree with me but the problem is he said that quit hard to him to handled it. aku tak adalah nak marah, cuma aku nasihatkan supaya kita perlu pandai mengawal nya kerana sometimes kita tak perasan orang lain yang memerhatikan kita..:)

tepuk dada, tanya selera..
yang mana baik jadikan teladan,
buruk jadikan sempadan..insyaAllah..


Salam Berhujung Minggu,
Wasalam..


Thursday, November 17, 2011

APA LAGI YANG HARUS KU KATAKAN..

12.00 minit malam..
-puncak alam-

Assalamualaikum..
Alhamdulillah atas rahmat-NYA..

malam semakin hening di telan deruan angin membelai..
dan hati semakin teringin untuk mencoret sesuatu di ruangan ini..
syukran Ya Allah..masih terus mampu utk berdiri di sini..

apa lagi yang harus ku lakukan..
hati terhiris pilu, 
adakala tak ingin ketemu., kerana masih terasa lagi pedih nya sembilu..
aku cuba untuk mencari kekuatan Ya Allah..
aku cuba untuk lari dari rasa yang membelenggu..
namun mana mungkin aku mampu..
aku hanya manusia biasa, insan yang lemah dari segala-gala..
hanya pada-MU tempat ku mengadu..

apa lagi yang harus ku lakukan..
aku cuba menepis segala gundah,
rasa hati yang kian lama semakin sepi dan suram di tenggelami..
Ya Allah..mohon kekuatan dari-MU..
semoga aku istiqamah dalam pencarian ini..

aku sudah memaafkan dan redha atas segalanya..
hanya itu yg mampu utk ku lakukan..
itu usahaku, itu harapanku..
selebihnya biar dia sendiri yang menentukan..
aku bukan siapa-siapa..
aku hanya seorang wanita yang bergelar hamba..

Wallahualam..

Nota kecik: manusia itu sememangnya tidak sempurna.

Monday, November 14, 2011

Dari Lensa Kamera

10.49 minit pagi
-puncak alam-

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulilah..semoga hari ini lebih baik dari semalam..
setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan..
dan terkadang ketidaksempurnaan mengajar kita erti kesyukuran..
dari sudut lensa kamera ku, serba serbi warna-warni kehidupan...


KETENANGAN




SABAR ITU INDAH
SENYUMAN ITU PENAWAR DUKA

SAAT TERINDAH 
Semoga kita semua istiqamah dalam mencari redha-NYA..
Wasalam..

Saturday, November 12, 2011

Kebenaran membawa Kebaikan, Pembohongan membawa Kemusnahan..

1.48 minit tengahari
-puncak alam-


Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim.. 
alhamdulillah, semoga rahmat Allah mengiringi perjalanan hamba-MU ini..

Sesuatu yang tak kita sangka , pasti akan terjadi jua..
kepercayaan ku membawa kemusnahan.. mungkin tiada siapa yang tahu betapa luluh rasa hati ni apabila mengetahui. Hanya pada Allah aku berserah..tak ku sangka tak ku duga..yang nyata bukan lagi khayalan, tetapi kenyataan..Alhamdulillah..kerana Allah Maha Adil dan Maha Menyayangi hamba-hamba-NYA yang teraniya..

Waktu akan terus berjalan tanpa henti, meninggalkan kita insan yang rugi mencari cinta Illahi..walau takdir Allah itu pasti, aku percaya kebenaran akan jua bersama mereka-mereka yang sabar..mungkin agak susah untuk menerima, namun aku pasti ada hikmah di sebaliknya..ketidakjujuran pastinya akan juga terbongkar suatu saat nanti.. bak kata bidalan, " bangkai gajah mana mungkin dapat di tutup, inikan pula perbuatan manusia".

Alhamdulillah..Allah masih bersama di kala aku kesusahan dan kesedihan..biarlah manusia terus dengan permainannya..hanya Allah yang dapat menghakiminya..bukan aku, bukan mereka atau sesiapa saja..kerana tiada beza kau dan aku..sampai suatu saat nanti pasti kita semua kembali pada-NYA..
hanya amalan pemisah segala..kembalilah pada fitrah yang Maha Suci..insyaAllah..
Allah sentiasa bersama mereka yang sabar dan ganjaran pasti menunggu kita di sana nanti..
amin..jazakallah khairan katsira..


nota kecik: suatu hari kau kan mengerti, siapa yang paling menyintai..

Friday, November 11, 2011

SAYA MAAFKAN KERANA SAYA JUGA TIDAK SEMPURNA

8.17 minit malam
-kampung-

Assalamualaikum w.b.t ..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
alhamdulillah dapat lagi haniz menulis di ruangan ini..
salam jumaat buat semua..
semoga di bawah lindungan dan cinta Illahi..insyaAllah..

Adakalanya walau sesabar mana seorang manusia pasti akan jua rasa tercalar hatinya..
begitu juga haniz..mungkin ada ketikanya haniz terlupa bahawa mereka juga manusia biasa..
alhamdulillah..Allah menguji tanda menyayangi..

terkadang kita tak mampu untuk berselindung rasa amarah di jiwa..
mungkin terkadang insan berbuat khilaf, dan kita merasakan mereka salah..
namun , cuba renung kembali diri kita..
apakah kita layak untuk menilai insan lain..
tiada bezanya antara kita dan dia..
kerana kita juga manusia biasa..
insan yang tidak sempurna..
lemah dari segala-gala..
cuma amalan pemisah raga..

walau sentiasa di ulang kesilapan, mungkin dia terlupa..
pesan haniz, kata maaf itu bicara bermakna..
bukan sekadar pemanis kata di bibir saja..
haniz tetap memaafkan sesiapa saja walau hati terhiris luka..
kerana haniz tahu haniz juga tidak sempurna..

insyaAllah..haniz sentiasa beringat..
janji Allah itu pasti..
walau bukan di dunia pasti di sana nanti..
mudah-mudahan cinta Illahi sentiasa meredhai..amin..
salam cinta buat sahabat-sahabat haniz..
wasalam..


nota kecik: esok kembali ke puncak alam..:)

Monday, November 7, 2011

BAHAGIA DI CARI, PASTI TERUJI

Isnin
10.10 minit malam
-kampung-

Assalamualaikum..
selamat malam ..

alhamdulillah..masih terus di beri peluang untuk bernafas di bumi Allah ini.
mengapa bahagia yang di cari pasti akan di uji?

kerana...
--
---
----
-----

Allah ingin menguji sejauh mana ketaatan kita pada-NYA.
nikmat yang di beri cukup menguji tahap keimanan ..
kita alpa dan lalai dengannya, kita lupa untuk mengucapkan syukur atas kurnia-NYA..
apabila bahagia di uji dengan sesuatu yg cukup menggores hati barulah kesedaran timbul dalam diri..

lalu nikmat apakah yang kita mahukan lagi??
cukuplah untuk terus mengejar kebahagiaan dunia..
cukuplah untuk terus bersandar dengan harapan manusia..
cukuplah....

sematkanlah rasa bersyukurnya dalam diri , kuatkanlah iman dan amalan yang masih belum di kecapi..
mungkin suatu hari nanti ada ganjaran yang menanti..
dan bahagia yang di cari pasti akan terus teruji untuk melihat keikhlasan diri..

semoga kita terus istiqamah dalam mencari cinta Illahi..
insyaAllah..amin..

Nota Kecik: Terima ksh cik abang mengingatkan atas kekhilafan diri..semoga di bawah lindungan dan rahmat Allah hendak-NYA..amin..