? ??????????????Red? ????? ?? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??2048 Grabs Today. 26157 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????Emo Letter? ????? ?? ???Rating: 4.6 (60 Ratings)??1683 Grabs Today. 21614 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Cherry Blosso BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Pages

Thursday, December 29, 2011

~TAKDIR ITU PASTI~

11.39 minit pagi
-kampung-


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua..alhamdulillah, masih lagi bertemu Jumaat penghulu segala hari..
berkesempatan sebentar haniz singgah di ruangan hari ini..
tergerak hati untuk menulis sesuatu buat tatapan sahabat yang berkunjung..
terima ksh haniz ucapkan..Jazakallah Khairan Kathira..

Hari akan terus berganti..
masa terus berjalan tanpa menanti..
sesiapa pun yang tertinggal, aku terus menuju ke hadapan..
hidup ini bukanlah suatu yang sia-sia..kerana Allah telah menjanjikan yang terbaik buat hamba-NYA.
kita takkan tahu bilakah pinjaman nafas ini akan di ambil kembali..
kita juga takkan tahu apakah mungkin insan yang kita sayangi akan pergi mendahului..
sesungguhnya semua itu rahsia Allah..
Subahanallah..takdir itu pasti teman-temanku..

Seketika haniz berfikir sejenak..
merenung kembali, menginsafi diri..
kebahagiaan yang termiliki bukanlah selamanya..
namun hanyalah sementara..
begitu naifnya kita ini, sering alpa dan terlupa.
hakikatnya semuanya adalah pinjaman..

hari ini kita tersenyum gembira..kebahagiaan, gelak tawa membuatkan kita terlupa..
dan hari ini Allah ambil kembali dan sangat menusuk di hati bukan pergi seketika, namun buat selamanya..
nafas yang terhembus akhirnya terhenti kerana Allah ingin mengingatkan kembali..
walau apa jua keadaan kita semuanya milik Allah..
tiada yang abadi, melainkan takdir yang pasti..
Allahuakhbar..

buat teman-teman yang telah kehilangan mereka yang tersayang, insan yang di cinta dan semua yang di kasihi..
hidup ini memang pasti, tetapi takdir itu lebih menepati..
haniz turut bersedih atas pemergian teman, insan, sahabat perjuangan dan yang telah lama pergi meninggalkan kehidupan ini..
Al-fatihah buat semua yang telah kembali menemui Illahi..
semoga tenang di sana dan di tempatkan di kalangan insan yang beriman, beramal soleh..
insyaAllah..amin.
sesungguhnya kami pasti akan menyusul kalian..
salam di kejauhan..hanya doa yang mampu di titipkan.



Haniz, 
-Penghujung 2011-

Wednesday, December 28, 2011

KASIH ITU TIADA BERTEPI, SAMPAI SYURGA SETIA MENANTI..

7.49 minit malam

-kampung-


Alhamdulillah..Assalamualaikum..
semoga semua dlm keadaan sihat sejahtera hendaknya..

pernah tak kita terfikir,suatu saat orang yg kita sayang hilang dari pandangan..
bukan itu saja bahkan seluruh kehidupan kita..
aku punya teman..berbagai ragam dan perangai..
terkadang sebagai manusia terlepas juga rasa marah, sakit hati dan sebagainya..
bukan mudah utk melangkah dengan kekuatan melainkan ada sokongan dari belakang..

abah pernah berpesan..walau sekuat mana pun kita melawan tetap ada jatuhnya jua..
walau sekuat mana kalipun ketabahan tetap ada peritnya jua..
kerana kita hanya hamba..
kembara jalanan yang sering alpa dan terlupa..
aku jadikan abah sebagai idola aku..
yang bijak berkata-kata, penuh ilmu didada, punya semangat membara., sifat penyayang dan perkasa..
dan paling aku kagumi abah kuat dalam agamanya..
jika di bandingkan aku dengan abah..terasa kerdil diri ini..
abah..puterimu ini perlukan sokonganmu..
puterimu ini sedang menuju utk berubah kearah yg lebih baik..
puterimu ini mendambakan insan seperti abah yang dpt membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah..
mudah2an akan bertemu si dia insan itu..amin.

dlm meniti hidup ini aku terbayang bagaimana jika suatu saat nikmat hidup ini di ambil kembali..
subahanallah..berikanlah kami ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan di redhai-MU ya Allah..
sesungguhnya kami hanyalah hamba yang lemah dari segala-gala..
semoga dalam batasan ilmu yang kami ada dapat memberi kekuatan untuk bertahan menghadapi ujian-MU.
Amin..


Wasalam..


PAWANA SORE

Saturday, December 24, 2011

MAWAR ITU WANGI..HARUMNYA PENUH DURI

10.27 minit pagi

-kampung-



Assalamualaikum w.b.t..
selamat sejahtera dan salam berhujung minggu buat semua..
semoga berbahagia hendaknya..:)

pernah lihat mawar??..cantik kan..wangi tetapi perlu berhati-hati dengan durinya..
mawar boleh di ibaratkan seperti wanita yang wangi, cantik, tetapi perlu berhati-hati dengan sifatnya..
di taman larangan mawar di sunting..di jaga dengan penuh kesetiaan..
namun, setiap yang suka pastinya ada duka..
mawar layu walau masih terus mewangi..
panahan sinar mentari tidak bernafas lagi..

terkadang yang cantik itu bukan semestinya sempurna..
dan terkadang yang buruk itulah yang paling mulia..

aku suka mawar..mawar cantik..wangi..
aku suka orkid..orkid setia..warnanya lembut di mata, tenang di hati..
begitu jugalah cinta aku pada Illahi..
kasih aku pada abah dan mummy..
sayang aku pada si dia yang menyayangi..

terkadang, aku berfikir..hidup ini seperti lautan ..
kemudinya atas pelayaran itu kita..
untuk sampai ke destinasi, harus melalui ombak badai yang menghempas..
jika tidak kuat menempuhnya, karamlah bersama lautan sepi..

insyaAllah..aku akan terus kuat untuk melalui saat getir ini..
dengan berbekalkan ilmu dunia dan akhirat..
semakin aku pertahankan , semakin kuat aku punyai kekuatan.

Salam..
-Penghujung 2011-




Friday, December 23, 2011

MELUPAKAN ATAU DILUPAKAN?

12.03 minit tengahari
-puncak alam-

Assalamualaikum semua..
update sat sebelum abah ngn mummy datang ambil..:)
balik kampung..leave for 2 week before final exam begin.wahhh.!! enjoy nya..

pagi tadi bangun awal ..usai solat subuh update status sat kat muka buku..
dok belek2 notification jumpa 1 thing yang buat rasa geram..
iskk..ada-ada je kan..nk marah ke x? atau lupakan..
tp haniz bukan jenis yang suka pendam..mesti kena luahkan jugak..last2 terpaksa ckp..hihi

hmm..teringat kata-kata seorang kawan..
"biar sakit mata, jangan sakit hati"
mak dia pesan.biarlah orang yang sayangkan kita tu buruk rupa..jangan buruk perangai..
kita tak boleh terlalu memilih, kadang yang pahit itulah yang terbaik..

seketika haniz terfikir..pahit itu sememangnya amat menyakitkan tetapi terkadang itulah jalan penyelesaian..
melupakan atau di lupakan? mungkin haniz akan melupakan..lebih baik fikir tentang something yang boleh buat kita rasa happy..sebenarnya saat yang paling indah dalam hidup adalah bahagia di samping keluarga tercinta..susah dan senang mereka tetap bersama kita..alhamdulillah..bahagia rasanya..<3

beberapa minggu lepas, ada seseorang menghantar pesanan di muka buku haniz..
dia yang ku kenali sebagai "Ummi"  menceritakan tentang perasaannya apabila fitnah mendekatinya..
Ummi meminta nasihat dan pandangan dari haniz..
walau haniz masih lagi muda dan baru mengenal erti dunia yg penuh dengan ranjau durinya namun haniz belajar dari setiap sudut dan banyak perkara..

hari ini haniz belajar bagaimana untuk megawal perasaan..
hari itu haniz memberi nasihat, tapi hari ini haniz terjatuh..
biarlah tiada istilah melupakan atau di lupakan..
lebih baik mengingati setiap kejadian Allah itu ada sebabnya..
insyaAllah..

Selamat berhujung minggu semua..amin..
Wasalam.


UNGU ITU WANGI..

Wednesday, December 21, 2011

MENITI MINGGU TERAKHIR

7.32 minit malam, Rabu

-puncak alam-

Assalamualaikum semua..
alhamdulillah masih dapat lagi haniz menulis di ruangan ini..
semoga selesai menunaikan solat maghrib semua..:)

meniti minggu terakhir ni rasa penat sikit ..
sibuk baca buku, sibuk menyiapkan assignment + persentation lagi..
wuaaa..letih sangat haniz rasanya..

tak sabar nak tunggu hari esok..
after test, nk keluar dengan kawan2..seronoknya..^_^
ok, nak sambung study..doakan haniz ye..
bye..




nah, muka penat setelah seharian study..T_T

WASALAM..

Tuesday, December 6, 2011

ANDAI ITU TAKDIRNYA

9.00 malam

-puncak alam-

Bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah..berkesempatan utk menulis di ruangan hari ini..

Tanggal 2hb Nov 2011, Jam 2
-Dia di sorong ke bilik pembedahan, dan aku mengiringinya dengan penuh kesayuan..
doa ku titipkan buatnya semoga segala urusan di permudahakan..

Jam 3
-dia masih belum keluar lagi..dengan penuh sabar aku menunggu..
mundar mandir sambil melihat jam dan mereka di sekeliling..

Jam 4
-sebentar lagi masuk waktu asar, dalam kesayupan suara muazin melaungkan azan aku berdoa semoga dia selamat menjalani saat getir itu..

Jam 5
-aku terlihat bilik ruangan di buka..seseorang di sorong ke luar..alhamdulillah..dia memandang ku dengan penuh kesayuan, kepiluan di seraut wajah, kegetaran pada seulas bibirnya..Allah mempermudahkan segala urusan..amin

SELEPAS BEBERAPA JAM OPERATION

HARI KEDUA



Alhamdulillah..dia beransur sembuh..dan semalam baru di keluarkan dari wad..
Doa hani semoga abg sihat seperti sedia kala dan sabar menghadapi ujian Allah..

-Jadilah lelaki yang baik-
bukan mencintai sejuta wanita tetapi mencintai seorang wanita dengan berbagai cara


Wallahualam