? ??????????????Red? ????? ?? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??2048 Grabs Today. 26157 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????Emo Letter? ????? ?? ???Rating: 4.6 (60 Ratings)??1683 Grabs Today. 21614 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Cherry Blosso BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Pages

Sunday, January 29, 2012

HARGA SETITIS KERINGAT

9.32 minit pagi

-kampung-

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum sahabat yang berkunjung di ruangan ini.
syukran atas masa yang terluang..

Alhamdulillah, masih lagi diberi pinjaman nafas untuk terus bertahan hingga ke hari ini..
semoga dalam batasan masa yang ada, Allah mempermudahkan segala urusan di dunia sebagai bekalan di sana.
mudah-mudahan. 

Sebagai manusia, saya juga tak lepas dari berbagai rasa..terkadang kecewa dengan perihal manusia, terkadang bahagia dengan gelak tawa, terkadang suram oleh rasa yang melanda jiwa..
bagi saya itu semua lumrah..saya hanya hamba, yang kurang dari serba serbi..
saya punya kelemahan, namun itu semua ujian.

Sesungguhnya Allah sudah aturkan yang terbaik buat kita semua..setiap perancangannya pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Terkadang kita merasakan bahawa amat payah untuk melalui denai waktu yang seakan segan untuk terhenti. Sebenarnya, jika manusia itu faham akan konsep kehidupan pastinya apa saja yang berlaku ke atasnya mesti di syukuri..kerana kita tak tahu apa yg bakal terjadi selepas ini.

Dalam sehari ada 24 jam. Jadi, tiada istilah tidak cukup masa utk berbuat sesuatu yang lebih baik utk diri sendiri dan orang lain. Harga setitis keringat, bukanlah untuk di sanjung tinggi..
tetapi cukuplah sekadar mengingati setiap pengorbanan. bukan senang untuk berlaku adil dan ikhlas dlm berbuat sesuatu melainkan dengan fikiran waras dan iman yang kukuh. 
Saya sentiasa mengingatkan diri supaya tidak terpesona oleh mulut yang berkata, kerana semuanya datang dari Allah..

Pesan saya,
Tidak perlu menyembunyikan kekurangan, kerana terkadang itulah kelebihan.

Wasalam..
Salam Kasih Sayang..

Wednesday, January 25, 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA...

11.09 minit pagi

-kampung-

Ku pinang kau dengan Bismillah..

Pasti seronokkan jika bertemu jodoh yang di kurniakan Allah buat kita?
sudah tertulis di luh mahfuz soal rezeki, jodoh, ajal dan pertemuan buat setiap insan.
namun sebagai manusia Allah memberikan tulang 4 kerat supaya kita berusaha untuk mendapat dan mengubahnya..

Perancangan Allah itu sangat hebat..
kita di beri sesuatu , dan akhirnya di ambil semula..
semuanya demi untuk mengingatkan bahawa tiada sesuatu pun yang abadi melainkan takdir yang pasti.
pernah tak kita terfikir, mengapa Allah menguji tepat di hati?

kerana Allah tahu hamba-NYA sungguh rapuh hatinya..
dan Allah takkan menguji melebihi kemampuan hamba-NYA sendiri.

insyaAllah..waktu semakin ke penghujungnya..
saya yakin Allah sudah menetapkan sesuatu yang baik buat saya..
berdoa semoga pelengkap hidup saya menjadi tambatan hingga ke syurga..
semoga aku terima nikahnya..........

Wasalam, Haniz.

Monday, January 23, 2012

REZEKI ADALAH APA YANG TERMILIKI

11.51 minit pagi
-kampung-

Assalamualaikum sahabat haniz yang di rahmati Allah..
Salam pembukaan di pagi hari semoga rahmat Allah sentiasa melimpahi kita semua..

Alhamdulillah atas nikmat hidup yang tidak terhingga.
di beri sedikit rezeki, haruslah di syukuri..
di beri sedikit ujian, harungilah dengan kesabaran..
setiap sesuatu yang Allah beri semuanya adalah rezeki..

terkadang manusia penuh dengan pengharapan bahawa rezeki akan datang setelah penat berusaha..
jerih perih berbayar dengan hasil yang terolehi..
namun, jangan di lupa..janji Allah.
walau sekuat mana usaha , jika Allah sudah menentukan bahawa semua itu bukan rezeki kita pastinya takkan termiliki.

Haniz percaya perancangan Allah sangat hebat..
setiap yang di atur adalah yang terbaik..
bukan sengaja DIA tidak memberi hasil kepada titik peluh kita..
tetapi mungkin dengan rezeki yang kita perolehi membuatkan kita alpa terhadap-NYA..
tak pernah di syukuri dengan nikmat yang di beri..
sengaja DIA menguji untuk melihat bagaimana kita sanggup bertahan dari tewas di medan perjuangan..
hidup ini bukanlah sia-sia..
kerana Allah telah menjanjikan kehidupan yang lebih kekal di akhirat sana..

di dunia tempat kita menyemai, akhirat tempat kita menuai..
semoga kita semua istiqamah dalam mencari cinta-NYA..
insyaAllah..

Salam sayang dari Haniz, 
Wasalam.

Sunday, January 22, 2012

JANJI KEKASIH

22hb Januari 2012

-kampung-

Assalamualaikum..selamat sejahtera sahabat haniz semua..
semoga semuanya di bawah lindungan Allah hendaknya. amin.
Alhamdulillah..masih lagi di beri waktu untuk menulis di ruangan hari ini.

Setiap yang bermula pasti akan ada akhirnya..
setiap pertemuan pastinya akan di akhiri perpisahan..
hari ini mungkin kita masih bersama, esok lusa mungkin kita akan terpisah..
dan suatu saat saya pasti pergi..
pergi meninggalkan orang-orang yang saya cintai.

Sesungguhnya janji Allah itu benar..
Janji pada kekasih yang di kasihi-NYA..
kita hanya hamba, menumpang buat sementara..
yang kurang elok kita perbaiki, dan yang lebih di syukuri..

terkadang kita terlupa yang kesenangan membuatkan manusia alpa..
di beri kegembiraan, di beri kita juga sedikit ujian..
itu semua demi untuk mengingatkan ..

Semoga bertemu lagi di lain waktu., insyaAllah..
Salam cinta dari Haniz buat semua..

Wasalam.

Wednesday, January 11, 2012

KENAPA MEMBERI JIKA SEKADAR MELUPAI

6.19 minit petang
-puncak alam-

Bismillah..
Assalamualaikum semua..
semoga sentiasa sihat hendaknya..terima ksh kerana menjenguk ruangan ini..:)

manusia mudah lupa pada janji..betul x?
kenapa senang untuk memberi jika hanya untuk melupai,
kenapa mudah untuk menerima jika tidak menghargai? 

namun itulah lumrah kehidupan..
manusia memang mudah untuk berkata-kata, namun tak semua mampu melakukan apa yang dia kata..
sememangnya kata-kata yang keluar dari mulut manusia adalah dusta..
menurut kajian hanya 7% saja perkataan boleh di percayai..x sangka kan?

Dulu kata sayang, tapi sekarang semua melayang..
dulu kata rindu, tapi sekarang penuh sendu..
wahh..bijak kan??
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa..

marah ker?? 
-------> for sure as a human ..
kadang-kadang di sebabkan kesabaran jelah yang membuatkan manusia ni bertahan..
but 1 thing haniz nak kongsi dengan semua..

walau apa pun orang buat kat kita, jgn lupa untuk berdoa..
kerana doa saja yang mampu mengubah segalanya..
sesungguhnya Allah Maha Adil..
Wallahualam...


Nota Kecik : 2nd paper for final exam tomorrow..hopefully everything is going fine..insyaAllah.@_@

Friday, January 6, 2012

PENGHUJUNG CINTAKU

12.49 minit tengahari
-puncak alam-

Bismillah ..
Assalamualaikum sahabat yang berkunjung di ruangan ini..
syukran atas kesudian singgah menjadi tetamu haniz..
Jazakallah Khairan Kathira..

Hari ini hari sabtu , bersamaan 13 Shafar 1433 Hijrah..
cuaca agak panas bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa di luar sana..
seketika, saya memandang ke jalan berhadapan rumah sewa ini..
melihat gelagat dan teletah insan-insan yang sibuk dengan perihal mereka sendiri..
ada yang saya lihat tersenyum keseorangan sambil memegang telefon bimbit ditangan..
dan seketika saya lihat seorang ayah dengan wajah keletihan menunggang motorsikal membonceng anak kecil di belakang..tersenyum saya sendirian.

Saya di sini seperti selalu, meneruskan saki baki waktu yang tamatnya masih menunggu..
saya suka untuk berbicara soal kematian, bukan mengharap untuk pergi tetapi itu memang pasti..
menunggu dan terus menunggu bilakah akan tiba di penhujung cerita..
realitinya, saya mahu pergi..pergi meninggalkan semua yang ada di belakang ini..
namun saya tidak hidup sendirian, saya masih punya keluarga, teman-teman, insan tersayang yang sentiasa ada di saat jatuh bangunnya saya..maknanya, ada tanggungjawab yang harus di tunaikan untuk meneruskan pinjaman Allah ini..alhamdulillah..

Jujur..saya amat rindukan waktu dulu..zaman di mana saya amat berharap suatu hari akan menaiki pentas itu sambil memakai baju biru ..alangkah bahagianya jika saya dapat membuktikan yang saya akan berdiri di pentas itu..melihat dari jauh dengan penuh kebanggaan di seraut wajah polos mak dan abah..mungkin saya akan tersenyum gembira..alhamdulillah., impian itu telah terlaksana membawa saya ke 1 era kemenangan zaman diploma..saat itu, hanya titisan air mata dan keringat penat lelah yang dapat di gambarkan ceritanya..akhirnya, saya berjaya ! ..:) dan kini saya sedang meniti lagi 1 era untuk menggapai lagi kemenangan yang saya idam-idamkan untuk berdiri buat kali keduanya di pentas itu..insyaAllah..
semoga Allah memudahkan jalan saya untuk ke sana.

Jika ada mesin putaran masa, pastinya akan saya undur hingga ke masa yang indah, saat-saat pemulaan saya mengenal erti usia..alangkah bahagia. 
zaman yang penuh dengan gelak tawa, indah nya dunia..bermacam ragam perihal manusia..kini saya sedang meningkat dewasa..mungkin dalam 2, 3 tahun lagi akan berdua..hehe..

Sesungguhnya tiada apa yang dapat di ulangkan atau mampu di ulang. Hanya tinggal kenangan yang boleh di buat pengajaran..menulis bagaikan kali terakhir, ingin sekali saya memohon kemaafan andainya ada hati nurani yang terusik dek penulisan ini. Ini sajalah kesempatan yang terluang sebelum tibanya saya ke penamat semester ..di penghujung usia, penghujung cinta haniz ..Salam Kebahagiaan buat kalian..


Salam Sayang, Haniz 2012..

KERANA SECEBIS DOA DAN HARAPAN, AKHIRNYA KATA-KATA ITU JADI KENYATAAN..

6.18 minit petang
-puncak alam-

Assalamualaikum semua..alhamdulillah..
salam jumaat penuh barakah buat yang berkunjung di ruangan ini..
terima kasih..:)

ingat tak entri haniz yang lepas, andainya kata-kata bisa menjadi kenyataan?
alhamdulillah..akhirnya, Allah memakbulkan doaku..
walau pembayang sudah di tunjuk beberapa kali namun aku masih belum mampu untuk mengesahkan kerana terkadang pengharapan akan mengecewakan.

setelah beberapa hari aku menunggu, akhirnya dia datang juga..
betapa gembiranya hati aku..dalam rasa tidak percaya dan kurang menyangka dia muncul juga pada petang itu..gembira yang tidak dapat tergambar oleh kata-kata.
hilang rasa rindu yang akhirnya terubat jua..

masa itu terkadang amat bernilai harganya..
kita akan belajar untuk berdiri di atas kaki sendiri apabila dia tiada di sisi..
namun, dia datang tepat pada masanya.
disaat aku memerlukan dan di landa kesedihan oleh perihal manusia di sekeliling dia hadir menghulur bantuan..

terima kasih pada si dia..
walau jarak memisahkan kita, tetapi awak tetap ada di saat saya amat memerlukan..
mungkin tidak terkira rasa di jiwa, kerana kasih itu pengikat segala..
alhamdulillah..
semoga awak cepat sembuh..:) 
Salam...

NOta Kecik : nasi beriani awak belikan tadi sedap sangat..saya sayang awak..:)

Wednesday, January 4, 2012

ANDAINYA KATA-KATA JADI KENYATAAN

6.09 minit petang
-puncak alam-

Assalamualaikum..
Selamat petang semua..

Tiba-tiba rasa sayu hati nie..kadang-kadang aku mengharapkan agar kata-kata yang terkeluar dari mulut itu bisa menjadi kenyataan. tapi aku tahu semua itu pasti tak akan berlaku..
pengharapan itu terkadang sangat mengecewakan..
ya Allah..sedihnya hati ni..rindu sgt masa itu ..berikanlah aku kekuatan utk menghadapinya seorang diri bertemankan rahmat-MU ya Allah..

Semoga bertemu lagi di lain waktu..
Salam semua..


Nota kecik: aku harap sangat esok pagi bangun dia ada bersamaku..T_T