11.03 minit pagi
-Puncak Alam-
~Berdebar rasa hati menunggu August menjelang ganti~ <3
KU TUNGGU SENJA MERAH ITU MELABUHKAN TIRAINYA..AGAR DAPAT AKU RASAI DINGINNYA ANGIN MALAM YANG MENGHEMBUS MEMBELAI JIWAKU..DAN MATAHARI KU AKAN MENYINAR BILA MANA KU TERSEDAR DI KEESOKAN HARINYA...
11.03 minit pagi
-Puncak Alam-
Posted by Nur hanani Baharuddin at 8:10 PM 0 comments
Jumaat
-Puncak Alam-
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah..akhirnya setelah beberapa minggu mendiamkan diri saya kembali lagi di sini..
menulis sesuatu buat tatapan sahabat yang singgah di ruangan matahari.
Syukran Jazilan :)
Banyak yang saya nak ceritakan di sini sebenarnya sepanjang beberapa minggu saya meninggalkan teratak ini. Untuk beberapa minggu saya sibuk dengan majlis untuk memenuhi keperluan subjek saya semester ini. Alhamdulillah..semuanya di permudahkan dan berjalan lancar :)
Semalam hari lahir mummy yang ke-45..Pagi-pagi lagi saya dah menghantar pesanan ringkas ucapan buat mummy..saya telefon mummy tak berangkat2..tp saya tahu mummy mesti sibuk pergi pasar cari barang untuk masak tengahri..Jadi, pada petangnya saya ambil kesempatan telefon mummy dan berbual dengannya..
Abah belikan mummy kek ..dan mummy masak lontong kuah kari ayam ..mesti sedap..teringat masakan mummy..;p
Dan pada hari yang semalam, 10 May 2012 di hari kelahiran ibunda tercinta saya mendapat panggilan telefon dari tempat latihan industri yang saya pohon tempoh hari. Dia mengesahkan permohonan saya untuk menjalani latihan industri di syarikatnya di terima.. Alhamdulillah..:)
Urusan saya di permudahkan ..terima kasih ya Allah..
Semoga ketemu lagi di lain waktu..
Wasalam..
Posted by Nur hanani Baharuddin at 4:00 AM 0 comments