? ??????????????Red? ????? ?? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??2048 Grabs Today. 26157 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????Emo Letter? ????? ?? ???Rating: 4.6 (60 Ratings)??1683 Grabs Today. 21614 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Cherry Blosso BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Pages

Sunday, December 16, 2012

Langkah Pertama


Ahad - 16 Dec 2012
-Puncak Alam-

Bismillah..
Alhamdulillah..

Semalam bersamaan hari sabtu, Encik Ph da rancang utk persiapan langkah pertama ini cari kain untuk nikah nanti. So semalam kami pergi ke bandar Klang utk mencari kain nikah dan tunang. Kali ni aku rancang nk buat sendiri je baju tunang dan nikah..maklumlah bajet ciput je..hehe. 

Aku rancang nk cari dekat kedai kain kamdar, murah dan harganya amat berpatutan. Sampai je kt klang, rupa-rupanya dah tak ada gedung kamdar kt situ..hmm..dengan perasaan yg hampa kami terus google search mencari gedung kamdar yg berdekatan. Cari punya cari, jumpa kt petaling jaya. tp Encik Ph x tau jalan. 

Akhirnya, sampai juga ke gedung kamdar.. cari punya cari kami berdua decide utk kain nikah, tak nak warna putih..cari kelainan sikit, pilih warna krim .. beli 5 meter utk Encik Ph, dan 4 meter utk sy..kain satin warna krim kuning menjadi pilihan kami. 

Lepas tu , sibuk aku cari kain utk tunang nanti. Akhirnya, berkenaan dekat kain jenis chiffon warna torquoise.Da design nk buat kain jenis flowy ckt..hehe..ala-ala duyung gitu..InsyaAllah..
selesai sudah utk kain. 

Selesai solat , cari pula barang hantaran..akhirnya dapat beli beg tangan je pas kasut En. Ph semua tak berkenan.
Langkah pertama cari brg2 sikit..next step will be after dpt duit bulan depan. :)
doakan kami ye...semoga di permudahkan segala urusan.


Friday, November 30, 2012

Jumaat Ini

1 Dec 2012
-kampung-

Assalamualaikum semua..
ada ke yg baca blog saya senyap2 ni? whatever it is,, terima ksh sudi membaca :)

Jumaat ..
aku di kejutkan lagi..terima ksh mr. ph atas pemberian ini..
almost 5 month aku tunggu rupanya dia nk bg kejutan pd aku..
thanks..terharu..

ape pun..aku tau tak semua orang sempurna.
just remind myself..




Thursday, November 29, 2012

KEBAHAGIAAN PASTI MENYUSUL

5.45 petang
-office-

Assalamualaikum..
selamat petang reader's silent  in my blog..

Quit touching for 2 days ..tak tau la kenapa kebelakangan ni asyik terasa je dgn mr. PH. Macam-macam yang bermain di fikiran. Semalam aku terasa lagi buat sekian kalinya. hmm..

menunggu hari esok bagaimana bertahun penantiannya. entah apa yg bakal menyusul esok. aku pn tak pasti..mr. PH just said that wait for tomorrow and i will know all those things. Hmmm...(mengeluh lagi).
nothing to say..just short update.

Bye. 
-manusia..manalah tahu makna kejujuran-

Friday, November 23, 2012

PERKAHWINAN=TANGGUNGJAWAB

24 November 2012
-office-

Assalamualaikum..
selamat petang sabtu..
hari ni turn aku kerja. alternate dgn officemate and today my turn to working..huhu. so sad :(

Anyway..harini just nk santai je.
pejam celik pejam celik, only 1 month left before end of my practical training session. 
cepat je masa berlalu rasanya. and for sure da nk masuk tahun baru..

Perancangan?
macam2 perancangan terlintas di fikiran menjelang tahun baru nnt..
pastinya, viva my thesis , graduation day, and insyaAllah my e-day. 
but now still looking for a job..hmm..too hard actually.

Preparation for my e-day still running..pening kepala nk fikir..keje pn x lagi..
but i believe bila niat kita baik, insyaAllah akan di permudahkan dan ada rezekinya .
En. PH da sibuk2 minta aku listkan brg2 hantaran..cuma msh belum berkesempatan utk mencari.
bukan senang sebenarnya bila perhubungan di peringkat ini,,banyak dugaan ,cabaran..
kesabaran itu penting ..yg penting keikhlasan kita..btl x? :)

InsyaAllah..aku cuma berharap segala yg kami rancang akan di permudahkan. bukan senang nk senang , dan bukan susah nk susah. Perkahwinan ini merupakan tanggungjawab yg perlu di galas..jika di ucap pada mulut mmg mudah..tp besar sebenarnya bahagian cinta dlm kerukunan rumahtangga. Bersediakah aku?
insyaAllah..mengharapkan yg terbaik utk itu. 

In my head now:
-Submit report practical.
-viva and present my thesis.
-looking for a job.
-preparation for e-day.

Semoga di permudahkan. Aamin.

Monday, November 5, 2012

Jodoh di tangan Tuhan..

November, -Office-


Bismillahirrahmanirrahim..

Perjalanan hidup ini memang sukar untuk di jangka.
Ada ketika kita mengharapkan sesuatu yang berterusan bahagianya..
Namun benar, bahtera kehidupan itu takkan mungkin ada layarnya tanpa angin mengemudi. 

6 tahun yang lalu, dia yang pertama ku kenali..mungkin dia cinta pertamaku. Andai ada yang kata cinta monyet, pada ku aku ikhlas menyayanginya..namun, sejak mula belajar aku jarang menghubunginya. Dari situ, aku sering mengabaikannya kerana sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar. Namun, dia yang ku kenali hari ini, sudah bertemu jodohnya. Semoga berbahagia Mohd Khairul Amar bin Sulaiman..

2007..Aku mengenali lelaki ini. Sangat pandai mengambil hati, bijak, matang dan jujur. Sifatku yang keanak-anakan dan kuat merajuk langsung tidak pernah membuatkan dia lelah memujukku.1 perkara yg membuat aku jatuh hati padanya, adalah kesabarannya. Namun, hubungan yg tidak di restui ibu bapa tidak mungkin dapat utk aku meneruskannya atas dasar perbezaan umur. Mohd Fahmi bin Abdulllah, semoga Allah mempermudahkan jalan utk bertemu jodohmu.

Penghujung 2009,, aku mengenali lelaki ini. Waktu itu aku ramai kawan..ada yang cuba untuk mendekati, namun aku berusaha utk menjauhi..Lantas aku cuba buka pintu hati utk mengenali lelaki ini. Berbagai dugaan, cubaan, ujian yang Allah turunkan dlm aku mengenalinya. Namun, 1 episod telah mengubah semuanya..Alhamdulillah..setiap manusia sememangnya tidak sempurna. Doaku semoga dia terus menjadi seperti hari ini. Dan dia bukan lagi lelaki yg ku kenali 3 tahun dahulu. Doaku tidak pernah padam untukknya. Penghujung 2012, perbincangan telah di lakukan antara dua belah pihak..dan dia telah merisikku. Alhamdulillah..Zainal bin Sadari, semoga awak menjadi lelaki yang terakhir dlm hidup saya. Aamin...


Sesungguhnya jodoh itu di tangan Allah..
dan setiap pertemuan itu bukannya satu kebetulan, tetapi takdir. 
Wasalam.

Monday, October 1, 2012

September

8.08 minit malam
Puncak Alam.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..lama rasanya tidak update blog ni..
kesibukan membatasi segalanya. Dapat juga malam ni utk menulis ..

31 Ogos lalu..Alhamdulillah, selamat di risik oleh seorang adam..
InsyaAllah..setiap perancangan itu adalah rahsia Allah.
mendoakan yang terbaik.

Awal September, bermulanya latihan industri di Pantai Bharu Klang..
sedikit tertekan pada mulanya dengan keadaan sekeliling, faktor persekitaran dan juga kerja.
Alhamdulillah..da msuk minggu yang ke -4 , sudah boleh menyesuaikan diri.
Bermacam ragam, perihal manusia sy jumpa. Namun itu semua sy anggap sebagai dugaan utk mematangkan diri. InsyaAllah..

Just short update..
Ada masa jumpa lagi.
InsyaAllah..Wasalam ..:)

Monday, September 3, 2012

Jika dia tahu

Jika dia tahu betapa aku amat menyintainya..'
jika dia tahu betapa aku tulus menerimanya..
jika dia tahu betapa aku jujur dalam perhubungan ini..
dan jika dia tahu betapa kasihnya aku pada pertemuan kami...

Ya Allah..bantulah kami..
semoga niat kami mendapat redha-MU ya Allah..

Wednesday, August 29, 2012

ATURAN MASA

7.55 minit malam
-kampung-


Assalamualaikum semua..
terima ksh pada yang sudi berkunjung secara langsung atau tidak langsung..:)

Pejam celik pejam celik..da masuk minggu ke 2 raya..sekejap je rasanya. Another 2 weeks , da nk mula praktikal kt pantai bharu..hopefully semuanya berjalan lancar. InsyaAllah..

Kehidupan saya seperti biasa..alhamdulillah..sedikit batuk dan selsema mungkin akibat pemakanan dan juga faktor cuaca di musim perayaan ini. Apa pun harap kesihatan ini semakin pulih..

Aturan masa memungkinkan segalanya berlaku..berharap segala yang di rancang berjalan dengan baiknya..
Semoga di permudahkan segala urusan kami berdua dunia dan akhirat..amin..

Family si dia dan saya..

saya dan dia..

family saya..


Sebaik-baik aturan manusia, hebat lagi aturan Allah...
Wasalam..

Monday, August 20, 2012

Berjalan lancar..

2 Syawal 1433H.
Isnin
Kampung..

Alhamdulillah..
selesai sudah niat dan hajat ..
Allah mempermudahkan segala urusan ..terima ksh ya Allah.

Segala perbincangan telah di lakukan dan restu dari kedua keluarga memudahkan segalanya..
InsyaAllah..

Semoga segala apa yg di rancang berjalan lancar..Amin..

Wednesday, July 11, 2012

Ada sebab sesuatu terjadi..


Patutkah kebahagiaan di saat ini, atau apakah kekecewaan harus di perhati?

begitulah manusia..ada saja yg tidak di fahami..
seketika saya menulis, bersandarkan sesuatu yg tidak pasti..
entah kenapa rasa sedih betandang di hati..

Semoga Allah Redha..
Salam Iman..

Thursday, June 14, 2012

Assalamualaikum Cinta..

June 14, 2012
-Puncak Alam-

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..rasanya dah lama sangat tak update blog ni..
meniti minggu-minggu terakhir sebelum peperiksaan akhir bermula adalah sangat memenatkan.
curi sedikit kesempatan yg ada..:)

Alhamdulillah..kehidupan saya seperti biasa..semuanya baik-baik saja. Walau ada saja halangan dan rintangan insyaAllah saya cuba untuk menghadapinya sebaik mungkin. Maklumlah sebagai seorang insan yg bergelar manusia saya tidaklah sekuat mana. Adakalanya mengalir juga air mata dek kata-kata dan perbuatan insan sekeliling. Namun, saya tanamkan jua rasa azam di hati bahawa biarkan semua berlalu pergi..jika di kenang hanya menyakitkan hati. huhu.

InsyaAllah..minggu depan adalah minggu terakhir class..rasa sayu di hati menjengah, baru teringat ni adalah final year sem saya kt Uitm PUncak Alam..rasanya baru semalam masuk belajar..itulah perjalanan hidup kan..bermula dengan kepayahan berserta tangisan..dan benar pengakhiran itu juga adalah satu yg memilukan. Jika kita berfikir sejenak, semua perjalanan kehidupan kita sama dengan kematian. Kita di lahirkan dengan tangisan..dan pengakhiran juga akhirnya di tangisi. Semuanya adalah lumrah kehidupan yang sangat indah aturannya..Subahanallah :)

Semoga semuanya berlalu dengan baik sekali..InsyaAllahu Taala..
Wasalam ..

Keindahan tasik itu sangat rupawan di mataku..

Friday, May 18, 2012

Temanku, Kekasihku, Syurgaku

11.03 minit pagi
-Puncak Alam-

Assalamualaikum semua..
Saya kembali menulis buat seketika..rindu rasanya :)

Alhamdulillah..hujung minggu kembali lagi. Semoga di permudahkan segala urusan hari ni..
Pernah tak tonton filem sepi? saya sedikit terkesan menonton filem ini. Ini satu-satunya filem yang telah menambat hati dan perasaan saya. (:

Malam jangan biar siang..
biar alam ini kelam sesepi hatiku..
Temanku, kekasihku, syurgaku ... ^sweet sangat kan skrip dia^

ok bai..Sekian~~~

~Berdebar rasa hati menunggu August menjelang ganti~ <3


Friday, May 11, 2012

Kembali Lagi

 Jumaat
-Puncak Alam-

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah..akhirnya setelah beberapa minggu mendiamkan diri saya kembali lagi di sini..
menulis sesuatu buat tatapan sahabat yang singgah di ruangan matahari.
Syukran Jazilan :)

Banyak yang saya nak ceritakan di sini sebenarnya sepanjang beberapa minggu saya meninggalkan teratak ini. Untuk beberapa minggu saya sibuk dengan majlis untuk memenuhi keperluan subjek saya semester ini. Alhamdulillah..semuanya di permudahkan dan berjalan lancar :)

Semalam hari lahir mummy yang ke-45..Pagi-pagi lagi saya dah menghantar pesanan ringkas ucapan buat mummy..saya telefon mummy tak berangkat2..tp saya tahu mummy mesti sibuk pergi pasar cari barang untuk masak tengahri..Jadi, pada petangnya saya ambil kesempatan telefon mummy dan berbual dengannya..
Abah belikan mummy kek ..dan mummy masak lontong kuah kari ayam ..mesti sedap..teringat masakan mummy..;p

Dan pada hari yang semalam, 10 May 2012 di hari kelahiran ibunda tercinta saya mendapat panggilan telefon dari tempat latihan industri yang saya pohon tempoh hari. Dia mengesahkan permohonan saya untuk menjalani latihan industri di syarikatnya di terima.. Alhamdulillah..:)

Urusan saya di permudahkan ..terima kasih ya Allah.. Semoga ketemu lagi di lain waktu.. Wasalam..

Monday, April 23, 2012

Rezeki itu rahsia Allah

23 April 2012
-kampung-

Alhamdulillah..
saya panjatkan syukur pada Allah kerana segala urusan kami di permudahkan..

InsyaAllah..saya percaya setiap usaha , pasti akan ada hasilnya..
cuma kesabaran yang di perlukan.. Semoga segala perancangan ini mendapat redha dari semua dan yg penting sekali redha Allah..amin ya rabb~~

Doa itu pengikat hati..
Barakallahu feekum...

wasalam..

Thursday, March 29, 2012

MALAM JUMAAT YANG HENING

9.23 minit malam
-puncak alam-

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum sahabat yang di kasihi. Semoga di rahmati hendaknya..

Tergerak di hati tiba-tiba untuk menulis malam ni..atas kekangan masa dan waktu , saya tidak berkesempatan untuk menjenguk..agak lama rasanya tidak singgah di ruangan. Alhamdulillah , masih di beri peluang.

Malam ini agak hening saya rasakan. Suara hati menyatakan sesuatu yang tidak bisa untuk di ungkapkan. Saya cuba untuk menafsir apakah yang berlaku. Namun masih tidak tahu. Allah...

Lapangkan hati hamba ini ya Allah..
ada sesuatu yang membelenggu jiwa hamba saat ini..
Semoga di permudahkan segala urusan. InsyaAllah...


Wasalam.

Friday, March 16, 2012

AKHIRNYA SAYA GAGAL DALAM TARBIAH INI..

6.14 minit petang
-puncak alam-

Assalamualaikum..selamat petang jumaat sahabat ..
semoga kalian di bawah redha dan rahmat Allah hendaknya..amin.

Meniti minggu ini adalah hari-hari yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang terpaksa saya lalui. 
Pada mulanya saya dapat bertahan , namun akhirnya dua hari ini saya gagal untuk bertahan dalam tarbiah ini..
Allahu rabbi..

Sebak rasa hati , hanya Allah yang mengetahui.Kuatkanlah hati hamba ya Allah dalam ujian ini..
Saya percaya semua ini untuk menguji sejauh mana tahap kesyukuran hamba pada-MU.
alhamdulillah ..amin.

Wallahualam..

Sunday, March 4, 2012

SAYA SUKA MENULIS

10.04 minit pagi
-puncak alam-

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
alhamdulillah..berkesempatan untuk menulis sesuatu di sini..:)

Saya suka menulis..apa saja yang berkaitan dengan bahasa, puisi, sajak, cerpen atau penulisan novel adalah jiwa saya..saya selalu mengimpikan suatu hari nanti akan menjadi seorang penulis yang berjaya. Setakat ini, saya belum berkesempatan untuk menulis atas kekangan masa.Mungkin suatu hari nanti jika di izinkan. InsyaAllah..:)

Genap sebulan setengah di rumah, akhirnya saya kembali menyambung pengajian di semester ke-5. InsyaAllah , tahun akhir saya di UITM Puncak Alam. Moga di permudahkan segala urusan.

2hb March genap 3 bulan SI DIA berehat selepas menjalani pembedahan. Doa saya semoga DIA di beri kesihatan yang baik dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Mudah-mudahan . Amin.

Segala yang telah terjadi, semuanya sudah di tentukan..
Semoga Allah memberkati perjalanan kita ini. Barakallahu feekum..

Wasalam.

Sunday, February 26, 2012

PERCUBAAN PERTAMA

11.05 minit pagi
-kampung-

Done!!! hehe..
yes, siap masak 1 lauk favorite saya hari ni..
not bad rasanya..agak-agaknya dah leh kawin x? :))

tarraaaaaa....
AYAM MASAK MERAH MADU


lepas ni boleh dah masak sendiri..x payah nk suruh abah p beli kat kedai mamak lagi..
nanti nak belajar wt nasi beriani, boleh makan dgn ayam masak merah madu ni..::)))

ok, bai. 

Thursday, February 23, 2012

INDAHNYA JADI ORANG BAIK

9.36 minit malam
-kampung-

Assalamualaikum sahabat semua..
Alhamdulillah atas kesempatan waktu yang di beri.

Setiap manusia sememangnya ada sifat dan tingkah laku yang tersendiri dan berbeza. Alangkah beruntungnya orang yang baik..iaitu mereka yang beriman dan taat akan perintah Allah. Setiap masa, setiap saat apa saja yang di lakukan dengan penuh ikhlas dan redha. Bahagianya..duhai hati, hamba ini sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. KUatkanlah iman dan cekalkanlah hati ini dalam menempuh segala dugaan yang di beri oleh Maha Pencipta.

Kehidupan ini ada pasang surutnya. seperti juga air laut yang mengalir..
terkadang ombak hadir seketika melepaskan rindu pada pantai..
seperti manusia itu adalah kebahagiaan.
tetapi hadirnya bukan selalu, seketika lama menghilang di telan mentari sinar..
seperti juga manusia itu adalah kesedihan.

apa pun yang hadir dalam hidup, hadapilah dengan tenang dan sabar.
hamba Allah yang baik adalah yang sentiasa tabah dengan apa juga keadaan yang di terima dlm hidupnya.
insyaAllah..

Salam Kasih Sayang,
Wasalam.

Monday, February 13, 2012

ALLAH MAHA MENGETAHUI

8.05 minit malam

-kampung-

Bismillahirrahmanirrahim..
sesungguhnya tidak akan di uji seorang hamba melainkan Allah amat mencintainya..
Allahu Rabbi..begitu khilafnya saya dalam meniti kehidupan yang penuh ranjau ini. 
Adakalanya saya terjatuh oleh kata-kata dan perilaku manusia..
hanya pada Allah tempat untuk mengadu..

Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi..
saya hanya hamba yang hina dan lemah dari segala2..
kembalikanlah senyumku ya Allah..
hanya pada-MU hamba ini mengadu..Allah...


Sunday, February 12, 2012

APABILA NIAT DI SALAH ERTI

9.06 minit malam
-kampung-

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi. Semoga rahmat Allah melimpahi semua.
Amin ya rabbal alamin..

Bukan mudah untuk memberi fahaman kepada orang lain kerana setiap orang berbeza-beza pendapat dan akal fikiran.. tetapi seharusnya sesuatu yang terlahir dari kata-kata di ambil dari sudut yg positif. Menunding jari ke arah orang lain, sama halnya seperti menunding jari kepada kesalahan diri..

Saya bukanlah bijak pandai yang arif dalam ilmu agama, tetapi saya bukanlah jahil tentang ini. Adakalanya, mereka tersalah erti terus menghakimi. Jangan berlagak pandai tanpa pernah mengambil kira kata2 dari bijak pandai yang lebih arif.. jika kita blm tahu sendiri kebenarannya..

Sesetengah kata2 bukanlah utk menunding kesalahan orang lain,tetapi dia menyuruh kita mengambil iktibar darinya..http://www.facebook.com/profile.php?id=100000278077222

Subahanallah..hanya Allah Maha Mengetahui segalanya..Buruk baik seseorang hanya Allah yang berhak mengadili..semoga Allah memberkati..amin ya Rabbal Alamin..

Wasalam..

Thursday, February 9, 2012

CINCIN TANDA

7.55 minit malam
-kampung-

Assalamualaikum semua.
Hopefully everything was going fine..:)

Kadang-kadang, lain yang kita rancang lain yang terjadi..
sememangnya kita hanya mampu untuk merancang, tapi rezeki itu semua milik Allah.
Alhamdulillah, saya panjantkan kesyukuran pada Illahi kerana dengan limpah dan rahmat-NYA segalanya berjalan lancar.

Mungkin berdiam lebih baik..segalanya berjalan lancar dan mengharapkan semoga Allah mempermudahkan jalan menuju ke sana. Saya hanya mampu untuk berdoa dan bermohon agar semua urusan di permudahkan. Mudah-mudahan, fasa pertama yang di lalui berjalan dengan baik. InsyaAllah..

Salam Sayang, 
Haniz.

Saturday, February 4, 2012

KEHIDUPAN ITU PENUH RANJAUNYA

11.31 minit malam
-kampung-

Assalamualaikum..selamat malam sahabat semua.
tergerak hati saya untuk menulis malam ni berikutan beberapa kejadian yg berlaku kebelakangan ini.

Kebelakangan ini, orang terdekat sering saja berbicara soal jodoh pada saya. Tentang persiapan, tentang perhubungan saya dengan si dia. 1 ayat yang membuat saya terkesima hingga kini embah ( nenek) menyatakan hasrat untuk melihat rumah si dia. Embah ingin melihat saya bersanding dengan si dia. Terkedu saya dengan permintaan dan hasrat embah. Sebagai seorang wanita, tentunya saya tidak punya hak apa-apa untuk bertanya lebih lanjut tentang soal perkahwinan dengan seorang lelaki. Saya tak mahu membebankan sesiapa. Tesepit dengan keadaan antara keluarga dan si dia, tentunya saya mengharapkan yang terbaik untuk hal ini. Semoga di permudahkan segala urusan ya Allah..InsyaAllah.

Petang tadi , seusai solat asar saya keluar ke pasar untuk membeli juadah bersama sahabat-sahabat saya. Keinginan untuk memakan pau membuak-buak dari semalam. Dan setibanya destinasi yg di tuju, seorang sahabat menyatakan bahawa si penjual pau itu telah kembali ke rahmatullah sebulan yang lalu. Sedikit terkejut dan terkilan saya mendengar berita itu. Setahu saya, arwah seorang yg baik, dan pemurah. Di sepanjang saya menjadi pelangganya, dia pernah tidak mengambil baki wang nya dan hanya menghalalkan buat saya. Di akhir kali saya membeli, dia ada membuat 1 pau yg saya kira sangat membuatkan hati sesiapa teruja. Pau bertulis I love U sangat menjadi ingatan saya sampai bila-bila. Dia ada memberitahu, pau itu tidak di jual, tetapi hanya mengambil tempahan utk sesiapa yg menginginkan. Berita yang saya tahu, dia dan 2 lagi sahabatnya meninggal dunia dalam perjalanan untuk menjual pau. Innalillah..Dari Allah kita datang, pada-NYA jua kita kembali. Al-fatihah..

Kehidupan itu terkadang dapat di klasifikasikan sebagai sebuah cerita. Ada gelak tawa, suka duka, dan terkadang kita tidak tahu apakah yang akan berlaku di akhir cerita. Sesungguhnya, tiada apa yang dapat di sembunyi, kerana Allah lebih Mengetahui. Apa pun yang berlaku semuanya adalah pengajaran buat kita semua. May Barakah from Allah bless all of us. InsyaAllah. 

Wasalam, Haniz.

Wednesday, February 1, 2012

SABAR ITU INDAH

12.08 minit tengahari
-kampung-


Bismillah..
Assalamualaikum sahabat semua..semoga berbahagia hendaknya..
InsyaAllah.

Sabar itu indahkan?
jika kita tahu betapa besarnya ganjaran Allah buat mereka yang bersabar,pastinya kita akan terus bertahan menghadapi ujian. Sebenarnya percaturan Allah itu sangat baik..dia menguji dengan sesuatu perkara. Dan perkara itu adalah penyebab segala kejadian. Kerana sememangnya kejadian Allah itu bersebab.

Terkadang saya melihat dan memerhati, ramai di kalangan kita yang mengatakan bahawa semua itu takdir. dan kita tidak mampu mengubahnya. Betul..takdir itu rahsia Allah..kita tidak mengetahui..tetapi bukankah telah di sebut dalam al-quran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.. sudah tertulis bahawa usaha itu perlu, dan selebihnya hanya Allah yang menentukan..kita memang boleh berharap, tetapi terkadang pengharapan yang berlebihan akan menyebabkan kita lalai dan leka .


InsyaAllah.., saya akan terus bersabar menjalani semuanya. bertolak ansur sesama insan dan saling memaafkan..semoga Allah merahmati perjalanan hamba ini.

Wallahualam.

Sunday, January 29, 2012

HARGA SETITIS KERINGAT

9.32 minit pagi

-kampung-

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum sahabat yang berkunjung di ruangan ini.
syukran atas masa yang terluang..

Alhamdulillah, masih lagi diberi pinjaman nafas untuk terus bertahan hingga ke hari ini..
semoga dalam batasan masa yang ada, Allah mempermudahkan segala urusan di dunia sebagai bekalan di sana.
mudah-mudahan. 

Sebagai manusia, saya juga tak lepas dari berbagai rasa..terkadang kecewa dengan perihal manusia, terkadang bahagia dengan gelak tawa, terkadang suram oleh rasa yang melanda jiwa..
bagi saya itu semua lumrah..saya hanya hamba, yang kurang dari serba serbi..
saya punya kelemahan, namun itu semua ujian.

Sesungguhnya Allah sudah aturkan yang terbaik buat kita semua..setiap perancangannya pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Terkadang kita merasakan bahawa amat payah untuk melalui denai waktu yang seakan segan untuk terhenti. Sebenarnya, jika manusia itu faham akan konsep kehidupan pastinya apa saja yang berlaku ke atasnya mesti di syukuri..kerana kita tak tahu apa yg bakal terjadi selepas ini.

Dalam sehari ada 24 jam. Jadi, tiada istilah tidak cukup masa utk berbuat sesuatu yang lebih baik utk diri sendiri dan orang lain. Harga setitis keringat, bukanlah untuk di sanjung tinggi..
tetapi cukuplah sekadar mengingati setiap pengorbanan. bukan senang untuk berlaku adil dan ikhlas dlm berbuat sesuatu melainkan dengan fikiran waras dan iman yang kukuh. 
Saya sentiasa mengingatkan diri supaya tidak terpesona oleh mulut yang berkata, kerana semuanya datang dari Allah..

Pesan saya,
Tidak perlu menyembunyikan kekurangan, kerana terkadang itulah kelebihan.

Wasalam..
Salam Kasih Sayang..

Wednesday, January 25, 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA...

11.09 minit pagi

-kampung-

Ku pinang kau dengan Bismillah..

Pasti seronokkan jika bertemu jodoh yang di kurniakan Allah buat kita?
sudah tertulis di luh mahfuz soal rezeki, jodoh, ajal dan pertemuan buat setiap insan.
namun sebagai manusia Allah memberikan tulang 4 kerat supaya kita berusaha untuk mendapat dan mengubahnya..

Perancangan Allah itu sangat hebat..
kita di beri sesuatu , dan akhirnya di ambil semula..
semuanya demi untuk mengingatkan bahawa tiada sesuatu pun yang abadi melainkan takdir yang pasti.
pernah tak kita terfikir, mengapa Allah menguji tepat di hati?

kerana Allah tahu hamba-NYA sungguh rapuh hatinya..
dan Allah takkan menguji melebihi kemampuan hamba-NYA sendiri.

insyaAllah..waktu semakin ke penghujungnya..
saya yakin Allah sudah menetapkan sesuatu yang baik buat saya..
berdoa semoga pelengkap hidup saya menjadi tambatan hingga ke syurga..
semoga aku terima nikahnya..........

Wasalam, Haniz.

Monday, January 23, 2012

REZEKI ADALAH APA YANG TERMILIKI

11.51 minit pagi
-kampung-

Assalamualaikum sahabat haniz yang di rahmati Allah..
Salam pembukaan di pagi hari semoga rahmat Allah sentiasa melimpahi kita semua..

Alhamdulillah atas nikmat hidup yang tidak terhingga.
di beri sedikit rezeki, haruslah di syukuri..
di beri sedikit ujian, harungilah dengan kesabaran..
setiap sesuatu yang Allah beri semuanya adalah rezeki..

terkadang manusia penuh dengan pengharapan bahawa rezeki akan datang setelah penat berusaha..
jerih perih berbayar dengan hasil yang terolehi..
namun, jangan di lupa..janji Allah.
walau sekuat mana usaha , jika Allah sudah menentukan bahawa semua itu bukan rezeki kita pastinya takkan termiliki.

Haniz percaya perancangan Allah sangat hebat..
setiap yang di atur adalah yang terbaik..
bukan sengaja DIA tidak memberi hasil kepada titik peluh kita..
tetapi mungkin dengan rezeki yang kita perolehi membuatkan kita alpa terhadap-NYA..
tak pernah di syukuri dengan nikmat yang di beri..
sengaja DIA menguji untuk melihat bagaimana kita sanggup bertahan dari tewas di medan perjuangan..
hidup ini bukanlah sia-sia..
kerana Allah telah menjanjikan kehidupan yang lebih kekal di akhirat sana..

di dunia tempat kita menyemai, akhirat tempat kita menuai..
semoga kita semua istiqamah dalam mencari cinta-NYA..
insyaAllah..

Salam sayang dari Haniz, 
Wasalam.

Sunday, January 22, 2012

JANJI KEKASIH

22hb Januari 2012

-kampung-

Assalamualaikum..selamat sejahtera sahabat haniz semua..
semoga semuanya di bawah lindungan Allah hendaknya. amin.
Alhamdulillah..masih lagi di beri waktu untuk menulis di ruangan hari ini.

Setiap yang bermula pasti akan ada akhirnya..
setiap pertemuan pastinya akan di akhiri perpisahan..
hari ini mungkin kita masih bersama, esok lusa mungkin kita akan terpisah..
dan suatu saat saya pasti pergi..
pergi meninggalkan orang-orang yang saya cintai.

Sesungguhnya janji Allah itu benar..
Janji pada kekasih yang di kasihi-NYA..
kita hanya hamba, menumpang buat sementara..
yang kurang elok kita perbaiki, dan yang lebih di syukuri..

terkadang kita terlupa yang kesenangan membuatkan manusia alpa..
di beri kegembiraan, di beri kita juga sedikit ujian..
itu semua demi untuk mengingatkan ..

Semoga bertemu lagi di lain waktu., insyaAllah..
Salam cinta dari Haniz buat semua..

Wasalam.

Wednesday, January 11, 2012

KENAPA MEMBERI JIKA SEKADAR MELUPAI

6.19 minit petang
-puncak alam-

Bismillah..
Assalamualaikum semua..
semoga sentiasa sihat hendaknya..terima ksh kerana menjenguk ruangan ini..:)

manusia mudah lupa pada janji..betul x?
kenapa senang untuk memberi jika hanya untuk melupai,
kenapa mudah untuk menerima jika tidak menghargai? 

namun itulah lumrah kehidupan..
manusia memang mudah untuk berkata-kata, namun tak semua mampu melakukan apa yang dia kata..
sememangnya kata-kata yang keluar dari mulut manusia adalah dusta..
menurut kajian hanya 7% saja perkataan boleh di percayai..x sangka kan?

Dulu kata sayang, tapi sekarang semua melayang..
dulu kata rindu, tapi sekarang penuh sendu..
wahh..bijak kan??
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa..

marah ker?? 
-------> for sure as a human ..
kadang-kadang di sebabkan kesabaran jelah yang membuatkan manusia ni bertahan..
but 1 thing haniz nak kongsi dengan semua..

walau apa pun orang buat kat kita, jgn lupa untuk berdoa..
kerana doa saja yang mampu mengubah segalanya..
sesungguhnya Allah Maha Adil..
Wallahualam...


Nota Kecik : 2nd paper for final exam tomorrow..hopefully everything is going fine..insyaAllah.@_@

Friday, January 6, 2012

PENGHUJUNG CINTAKU

12.49 minit tengahari
-puncak alam-

Bismillah ..
Assalamualaikum sahabat yang berkunjung di ruangan ini..
syukran atas kesudian singgah menjadi tetamu haniz..
Jazakallah Khairan Kathira..

Hari ini hari sabtu , bersamaan 13 Shafar 1433 Hijrah..
cuaca agak panas bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa di luar sana..
seketika, saya memandang ke jalan berhadapan rumah sewa ini..
melihat gelagat dan teletah insan-insan yang sibuk dengan perihal mereka sendiri..
ada yang saya lihat tersenyum keseorangan sambil memegang telefon bimbit ditangan..
dan seketika saya lihat seorang ayah dengan wajah keletihan menunggang motorsikal membonceng anak kecil di belakang..tersenyum saya sendirian.

Saya di sini seperti selalu, meneruskan saki baki waktu yang tamatnya masih menunggu..
saya suka untuk berbicara soal kematian, bukan mengharap untuk pergi tetapi itu memang pasti..
menunggu dan terus menunggu bilakah akan tiba di penhujung cerita..
realitinya, saya mahu pergi..pergi meninggalkan semua yang ada di belakang ini..
namun saya tidak hidup sendirian, saya masih punya keluarga, teman-teman, insan tersayang yang sentiasa ada di saat jatuh bangunnya saya..maknanya, ada tanggungjawab yang harus di tunaikan untuk meneruskan pinjaman Allah ini..alhamdulillah..

Jujur..saya amat rindukan waktu dulu..zaman di mana saya amat berharap suatu hari akan menaiki pentas itu sambil memakai baju biru ..alangkah bahagianya jika saya dapat membuktikan yang saya akan berdiri di pentas itu..melihat dari jauh dengan penuh kebanggaan di seraut wajah polos mak dan abah..mungkin saya akan tersenyum gembira..alhamdulillah., impian itu telah terlaksana membawa saya ke 1 era kemenangan zaman diploma..saat itu, hanya titisan air mata dan keringat penat lelah yang dapat di gambarkan ceritanya..akhirnya, saya berjaya ! ..:) dan kini saya sedang meniti lagi 1 era untuk menggapai lagi kemenangan yang saya idam-idamkan untuk berdiri buat kali keduanya di pentas itu..insyaAllah..
semoga Allah memudahkan jalan saya untuk ke sana.

Jika ada mesin putaran masa, pastinya akan saya undur hingga ke masa yang indah, saat-saat pemulaan saya mengenal erti usia..alangkah bahagia. 
zaman yang penuh dengan gelak tawa, indah nya dunia..bermacam ragam perihal manusia..kini saya sedang meningkat dewasa..mungkin dalam 2, 3 tahun lagi akan berdua..hehe..

Sesungguhnya tiada apa yang dapat di ulangkan atau mampu di ulang. Hanya tinggal kenangan yang boleh di buat pengajaran..menulis bagaikan kali terakhir, ingin sekali saya memohon kemaafan andainya ada hati nurani yang terusik dek penulisan ini. Ini sajalah kesempatan yang terluang sebelum tibanya saya ke penamat semester ..di penghujung usia, penghujung cinta haniz ..Salam Kebahagiaan buat kalian..


Salam Sayang, Haniz 2012..

KERANA SECEBIS DOA DAN HARAPAN, AKHIRNYA KATA-KATA ITU JADI KENYATAAN..

6.18 minit petang
-puncak alam-

Assalamualaikum semua..alhamdulillah..
salam jumaat penuh barakah buat yang berkunjung di ruangan ini..
terima kasih..:)

ingat tak entri haniz yang lepas, andainya kata-kata bisa menjadi kenyataan?
alhamdulillah..akhirnya, Allah memakbulkan doaku..
walau pembayang sudah di tunjuk beberapa kali namun aku masih belum mampu untuk mengesahkan kerana terkadang pengharapan akan mengecewakan.

setelah beberapa hari aku menunggu, akhirnya dia datang juga..
betapa gembiranya hati aku..dalam rasa tidak percaya dan kurang menyangka dia muncul juga pada petang itu..gembira yang tidak dapat tergambar oleh kata-kata.
hilang rasa rindu yang akhirnya terubat jua..

masa itu terkadang amat bernilai harganya..
kita akan belajar untuk berdiri di atas kaki sendiri apabila dia tiada di sisi..
namun, dia datang tepat pada masanya.
disaat aku memerlukan dan di landa kesedihan oleh perihal manusia di sekeliling dia hadir menghulur bantuan..

terima kasih pada si dia..
walau jarak memisahkan kita, tetapi awak tetap ada di saat saya amat memerlukan..
mungkin tidak terkira rasa di jiwa, kerana kasih itu pengikat segala..
alhamdulillah..
semoga awak cepat sembuh..:) 
Salam...

NOta Kecik : nasi beriani awak belikan tadi sedap sangat..saya sayang awak..:)

Wednesday, January 4, 2012

ANDAINYA KATA-KATA JADI KENYATAAN

6.09 minit petang
-puncak alam-

Assalamualaikum..
Selamat petang semua..

Tiba-tiba rasa sayu hati nie..kadang-kadang aku mengharapkan agar kata-kata yang terkeluar dari mulut itu bisa menjadi kenyataan. tapi aku tahu semua itu pasti tak akan berlaku..
pengharapan itu terkadang sangat mengecewakan..
ya Allah..sedihnya hati ni..rindu sgt masa itu ..berikanlah aku kekuatan utk menghadapinya seorang diri bertemankan rahmat-MU ya Allah..

Semoga bertemu lagi di lain waktu..
Salam semua..


Nota kecik: aku harap sangat esok pagi bangun dia ada bersamaku..T_T