? ??????????????Red? ????? ?? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??2048 Grabs Today. 26157 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????Emo Letter? ????? ?? ???Rating: 4.6 (60 Ratings)??1683 Grabs Today. 21614 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Cherry Blosso BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Pages

Monday, November 5, 2012

Jodoh di tangan Tuhan..

November, -Office-


Bismillahirrahmanirrahim..

Perjalanan hidup ini memang sukar untuk di jangka.
Ada ketika kita mengharapkan sesuatu yang berterusan bahagianya..
Namun benar, bahtera kehidupan itu takkan mungkin ada layarnya tanpa angin mengemudi. 

6 tahun yang lalu, dia yang pertama ku kenali..mungkin dia cinta pertamaku. Andai ada yang kata cinta monyet, pada ku aku ikhlas menyayanginya..namun, sejak mula belajar aku jarang menghubunginya. Dari situ, aku sering mengabaikannya kerana sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar. Namun, dia yang ku kenali hari ini, sudah bertemu jodohnya. Semoga berbahagia Mohd Khairul Amar bin Sulaiman..

2007..Aku mengenali lelaki ini. Sangat pandai mengambil hati, bijak, matang dan jujur. Sifatku yang keanak-anakan dan kuat merajuk langsung tidak pernah membuatkan dia lelah memujukku.1 perkara yg membuat aku jatuh hati padanya, adalah kesabarannya. Namun, hubungan yg tidak di restui ibu bapa tidak mungkin dapat utk aku meneruskannya atas dasar perbezaan umur. Mohd Fahmi bin Abdulllah, semoga Allah mempermudahkan jalan utk bertemu jodohmu.

Penghujung 2009,, aku mengenali lelaki ini. Waktu itu aku ramai kawan..ada yang cuba untuk mendekati, namun aku berusaha utk menjauhi..Lantas aku cuba buka pintu hati utk mengenali lelaki ini. Berbagai dugaan, cubaan, ujian yang Allah turunkan dlm aku mengenalinya. Namun, 1 episod telah mengubah semuanya..Alhamdulillah..setiap manusia sememangnya tidak sempurna. Doaku semoga dia terus menjadi seperti hari ini. Dan dia bukan lagi lelaki yg ku kenali 3 tahun dahulu. Doaku tidak pernah padam untukknya. Penghujung 2012, perbincangan telah di lakukan antara dua belah pihak..dan dia telah merisikku. Alhamdulillah..Zainal bin Sadari, semoga awak menjadi lelaki yang terakhir dlm hidup saya. Aamin...


Sesungguhnya jodoh itu di tangan Allah..
dan setiap pertemuan itu bukannya satu kebetulan, tetapi takdir. 
Wasalam.

0 comments: