11.51 minit pagi
-kampung-
Assalamualaikum sahabat haniz yang di rahmati Allah..
Salam pembukaan di pagi hari semoga rahmat Allah sentiasa melimpahi kita semua..
Alhamdulillah atas nikmat hidup yang tidak terhingga.
di beri sedikit rezeki, haruslah di syukuri..
di beri sedikit ujian, harungilah dengan kesabaran..
setiap sesuatu yang Allah beri semuanya adalah rezeki..
terkadang manusia penuh dengan pengharapan bahawa rezeki akan datang setelah penat berusaha..
jerih perih berbayar dengan hasil yang terolehi..
namun, jangan di lupa..janji Allah.
walau sekuat mana usaha , jika Allah sudah menentukan bahawa semua itu bukan rezeki kita pastinya takkan termiliki.
Haniz percaya perancangan Allah sangat hebat..
setiap yang di atur adalah yang terbaik..
bukan sengaja DIA tidak memberi hasil kepada titik peluh kita..
tetapi mungkin dengan rezeki yang kita perolehi membuatkan kita alpa terhadap-NYA..
tak pernah di syukuri dengan nikmat yang di beri..
sengaja DIA menguji untuk melihat bagaimana kita sanggup bertahan dari tewas di medan perjuangan..
hidup ini bukanlah sia-sia..
kerana Allah telah menjanjikan kehidupan yang lebih kekal di akhirat sana..
di dunia tempat kita menyemai, akhirat tempat kita menuai..
semoga kita semua istiqamah dalam mencari cinta-NYA..
insyaAllah..
Salam sayang dari Haniz,
Wasalam.
0 comments:
Post a Comment