1.48 minit tengahari
-puncak alam-
Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim.. 
alhamdulillah, semoga rahmat Allah mengiringi perjalanan hamba-MU ini..
Sesuatu yang tak kita sangka , pasti akan terjadi jua..
kepercayaan  ku membawa kemusnahan.. mungkin tiada siapa yang tahu betapa luluh rasa  hati ni apabila mengetahui. Hanya pada Allah aku berserah..tak ku  sangka tak ku duga..yang nyata bukan lagi khayalan, tetapi  kenyataan..Alhamdulillah..kerana Allah Maha Adil dan Maha Menyayangi  hamba-hamba-NYA yang teraniya..
Waktu akan terus berjalan tanpa henti, meninggalkan kita insan yang rugi mencari cinta Illahi..walau takdir Allah itu pasti, aku percaya kebenaran akan jua bersama mereka-mereka yang sabar..mungkin agak susah untuk menerima, namun aku pasti ada hikmah di sebaliknya..ketidakjujuran pastinya akan juga terbongkar suatu saat nanti.. bak kata bidalan, " bangkai gajah mana mungkin dapat di tutup, inikan pula perbuatan manusia".
Alhamdulillah..Allah  masih bersama di kala aku kesusahan dan kesedihan..biarlah manusia  terus dengan permainannya..hanya Allah yang dapat menghakiminya..bukan  aku, bukan mereka atau sesiapa saja..kerana tiada beza kau dan  aku..sampai suatu saat nanti pasti kita semua kembali pada-NYA..
hanya amalan pemisah segala..kembalilah pada fitrah yang Maha Suci..insyaAllah..
Allah sentiasa bersama mereka yang sabar dan ganjaran pasti menunggu kita di sana nanti..
amin..jazakallah khairan katsira..
nota kecik: suatu hari kau kan mengerti, siapa yang paling menyintai..






0 comments:
Post a Comment