? ??????????????Red? ????? ?? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??2048 Grabs Today. 26157 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????Emo Letter? ????? ?? ???Rating: 4.6 (60 Ratings)??1683 Grabs Today. 21614 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Cherry Blosso BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Pages

Thursday, December 29, 2011

~TAKDIR ITU PASTI~

11.39 minit pagi
-kampung-


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua..alhamdulillah, masih lagi bertemu Jumaat penghulu segala hari..
berkesempatan sebentar haniz singgah di ruangan hari ini..
tergerak hati untuk menulis sesuatu buat tatapan sahabat yang berkunjung..
terima ksh haniz ucapkan..Jazakallah Khairan Kathira..

Hari akan terus berganti..
masa terus berjalan tanpa menanti..
sesiapa pun yang tertinggal, aku terus menuju ke hadapan..
hidup ini bukanlah suatu yang sia-sia..kerana Allah telah menjanjikan yang terbaik buat hamba-NYA.
kita takkan tahu bilakah pinjaman nafas ini akan di ambil kembali..
kita juga takkan tahu apakah mungkin insan yang kita sayangi akan pergi mendahului..
sesungguhnya semua itu rahsia Allah..
Subahanallah..takdir itu pasti teman-temanku..

Seketika haniz berfikir sejenak..
merenung kembali, menginsafi diri..
kebahagiaan yang termiliki bukanlah selamanya..
namun hanyalah sementara..
begitu naifnya kita ini, sering alpa dan terlupa.
hakikatnya semuanya adalah pinjaman..

hari ini kita tersenyum gembira..kebahagiaan, gelak tawa membuatkan kita terlupa..
dan hari ini Allah ambil kembali dan sangat menusuk di hati bukan pergi seketika, namun buat selamanya..
nafas yang terhembus akhirnya terhenti kerana Allah ingin mengingatkan kembali..
walau apa jua keadaan kita semuanya milik Allah..
tiada yang abadi, melainkan takdir yang pasti..
Allahuakhbar..

buat teman-teman yang telah kehilangan mereka yang tersayang, insan yang di cinta dan semua yang di kasihi..
hidup ini memang pasti, tetapi takdir itu lebih menepati..
haniz turut bersedih atas pemergian teman, insan, sahabat perjuangan dan yang telah lama pergi meninggalkan kehidupan ini..
Al-fatihah buat semua yang telah kembali menemui Illahi..
semoga tenang di sana dan di tempatkan di kalangan insan yang beriman, beramal soleh..
insyaAllah..amin.
sesungguhnya kami pasti akan menyusul kalian..
salam di kejauhan..hanya doa yang mampu di titipkan.



Haniz, 
-Penghujung 2011-

0 comments: