11.09 minit pagi
-kampung-
Ku pinang kau dengan Bismillah..
Pasti seronokkan jika bertemu jodoh yang di kurniakan Allah buat kita?
sudah tertulis di luh mahfuz soal rezeki, jodoh, ajal dan pertemuan buat setiap insan.
namun sebagai manusia Allah memberikan tulang 4 kerat supaya kita berusaha untuk mendapat dan mengubahnya..
Perancangan Allah itu sangat hebat..
kita di beri sesuatu , dan akhirnya di ambil semula..
semuanya demi untuk mengingatkan bahawa tiada sesuatu pun yang abadi melainkan takdir yang pasti.
pernah tak kita terfikir, mengapa Allah menguji tepat di hati?
kerana Allah tahu hamba-NYA sungguh rapuh hatinya..
dan Allah takkan menguji melebihi kemampuan hamba-NYA sendiri.
insyaAllah..waktu semakin ke penghujungnya..
saya yakin Allah sudah menetapkan sesuatu yang baik buat saya..
berdoa semoga pelengkap hidup saya menjadi tambatan hingga ke syurga..
semoga aku terima nikahnya..........
Wasalam, Haniz.
0 comments:
Post a Comment