11.05 minit pagi
-kampung-
Sunday, February 26, 2012
PERCUBAAN PERTAMA
Done!!! hehe..
yes, siap masak 1 lauk favorite saya hari ni..
not bad rasanya..agak-agaknya dah leh kawin x? :))
tarraaaaaa....
AYAM MASAK MERAH MADU
lepas ni boleh dah masak sendiri..x payah nk suruh abah p beli kat kedai mamak lagi..
nanti nak belajar wt nasi beriani, boleh makan dgn ayam masak merah madu ni..::)))
ok, bai.
Posted by Nur hanani Baharuddin at 7:10 PM 0 comments
Thursday, February 23, 2012
INDAHNYA JADI ORANG BAIK
9.36 minit malam
-kampung-
Assalamualaikum sahabat semua..
Alhamdulillah atas kesempatan waktu yang di beri.
Setiap manusia sememangnya ada sifat dan tingkah laku yang tersendiri dan berbeza. Alangkah beruntungnya orang yang baik..iaitu mereka yang beriman dan taat akan perintah Allah. Setiap masa, setiap saat apa saja yang di lakukan dengan penuh ikhlas dan redha. Bahagianya..duhai hati, hamba ini sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. KUatkanlah iman dan cekalkanlah hati ini dalam menempuh segala dugaan yang di beri oleh Maha Pencipta.
Kehidupan ini ada pasang surutnya. seperti juga air laut yang mengalir..
terkadang ombak hadir seketika melepaskan rindu pada pantai..
seperti manusia itu adalah kebahagiaan.
tetapi hadirnya bukan selalu, seketika lama menghilang di telan mentari sinar..
seperti juga manusia itu adalah kesedihan.
apa pun yang hadir dalam hidup, hadapilah dengan tenang dan sabar.
hamba Allah yang baik adalah yang sentiasa tabah dengan apa juga keadaan yang di terima dlm hidupnya.
insyaAllah..
Salam Kasih Sayang,
Wasalam.
Posted by Nur hanani Baharuddin at 5:52 AM 0 comments
Monday, February 13, 2012
ALLAH MAHA MENGETAHUI
8.05 minit malam
-kampung-
Bismillahirrahmanirrahim..
sesungguhnya tidak akan di uji seorang hamba melainkan Allah amat mencintainya..
Allahu Rabbi..begitu khilafnya saya dalam meniti kehidupan yang penuh ranjau ini.
Adakalanya saya terjatuh oleh kata-kata dan perilaku manusia..
hanya pada Allah tempat untuk mengadu..
Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi..
saya hanya hamba yang hina dan lemah dari segala2..
kembalikanlah senyumku ya Allah..
hanya pada-MU hamba ini mengadu..Allah...
Posted by Nur hanani Baharuddin at 4:25 AM 0 comments
Sunday, February 12, 2012
APABILA NIAT DI SALAH ERTI
9.06 minit malam
-kampung-
Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi. Semoga rahmat Allah melimpahi semua.
Amin ya rabbal alamin..
Bukan mudah untuk memberi fahaman kepada orang lain kerana setiap orang berbeza-beza pendapat dan akal fikiran.. tetapi seharusnya sesuatu yang terlahir dari kata-kata di ambil dari sudut yg positif. Menunding jari ke arah orang lain, sama halnya seperti menunding jari kepada kesalahan diri..
Saya bukanlah bijak pandai yang arif dalam ilmu agama, tetapi saya bukanlah jahil tentang ini. Adakalanya, mereka tersalah erti terus menghakimi. Jangan berlagak pandai tanpa pernah mengambil kira kata2 dari bijak pandai yang lebih arif.. jika kita blm tahu sendiri kebenarannya..
Sesetengah kata2 bukanlah utk menunding kesalahan orang lain,tetapi dia menyuruh kita mengambil iktibar darinya..http://www.facebook.com/profile.php?id=100000278077222
Subahanallah..hanya Allah Maha Mengetahui segalanya..Buruk baik seseorang hanya Allah yang berhak mengadili..semoga Allah memberkati..amin ya Rabbal Alamin..
Wasalam..
Posted by Nur hanani Baharuddin at 5:33 AM 0 comments
Thursday, February 9, 2012
CINCIN TANDA
7.55 minit malam
-kampung-
Assalamualaikum semua.
Hopefully everything was going fine..:)
Kadang-kadang, lain yang kita rancang lain yang terjadi..
sememangnya kita hanya mampu untuk merancang, tapi rezeki itu semua milik Allah.
Alhamdulillah, saya panjantkan kesyukuran pada Illahi kerana dengan limpah dan rahmat-NYA segalanya berjalan lancar.
Mungkin berdiam lebih baik..segalanya berjalan lancar dan mengharapkan semoga Allah mempermudahkan jalan menuju ke sana. Saya hanya mampu untuk berdoa dan bermohon agar semua urusan di permudahkan. Mudah-mudahan, fasa pertama yang di lalui berjalan dengan baik. InsyaAllah..
Salam Sayang,
Haniz.
Posted by Nur hanani Baharuddin at 4:05 AM 0 comments
Saturday, February 4, 2012
KEHIDUPAN ITU PENUH RANJAUNYA
11.31 minit malam
-kampung-
Assalamualaikum..selamat malam sahabat semua.
tergerak hati saya untuk menulis malam ni berikutan beberapa kejadian yg berlaku kebelakangan ini.
Kebelakangan ini, orang terdekat sering saja berbicara soal jodoh pada saya. Tentang persiapan, tentang perhubungan saya dengan si dia. 1 ayat yang membuat saya terkesima hingga kini embah ( nenek) menyatakan hasrat untuk melihat rumah si dia. Embah ingin melihat saya bersanding dengan si dia. Terkedu saya dengan permintaan dan hasrat embah. Sebagai seorang wanita, tentunya saya tidak punya hak apa-apa untuk bertanya lebih lanjut tentang soal perkahwinan dengan seorang lelaki. Saya tak mahu membebankan sesiapa. Tesepit dengan keadaan antara keluarga dan si dia, tentunya saya mengharapkan yang terbaik untuk hal ini. Semoga di permudahkan segala urusan ya Allah..InsyaAllah.
Petang tadi , seusai solat asar saya keluar ke pasar untuk membeli juadah bersama sahabat-sahabat saya. Keinginan untuk memakan pau membuak-buak dari semalam. Dan setibanya destinasi yg di tuju, seorang sahabat menyatakan bahawa si penjual pau itu telah kembali ke rahmatullah sebulan yang lalu. Sedikit terkejut dan terkilan saya mendengar berita itu. Setahu saya, arwah seorang yg baik, dan pemurah. Di sepanjang saya menjadi pelangganya, dia pernah tidak mengambil baki wang nya dan hanya menghalalkan buat saya. Di akhir kali saya membeli, dia ada membuat 1 pau yg saya kira sangat membuatkan hati sesiapa teruja. Pau bertulis I love U sangat menjadi ingatan saya sampai bila-bila. Dia ada memberitahu, pau itu tidak di jual, tetapi hanya mengambil tempahan utk sesiapa yg menginginkan. Berita yang saya tahu, dia dan 2 lagi sahabatnya meninggal dunia dalam perjalanan untuk menjual pau. Innalillah..Dari Allah kita datang, pada-NYA jua kita kembali. Al-fatihah..
Kehidupan itu terkadang dapat di klasifikasikan sebagai sebuah cerita. Ada gelak tawa, suka duka, dan terkadang kita tidak tahu apakah yang akan berlaku di akhir cerita. Sesungguhnya, tiada apa yang dapat di sembunyi, kerana Allah lebih Mengetahui. Apa pun yang berlaku semuanya adalah pengajaran buat kita semua. May Barakah from Allah bless all of us. InsyaAllah.
Wasalam, Haniz.
Posted by Nur hanani Baharuddin at 8:02 AM 0 comments
Wednesday, February 1, 2012
SABAR ITU INDAH
12.08 minit tengahari
-kampung-
Bismillah..
Assalamualaikum sahabat semua..semoga berbahagia hendaknya..
InsyaAllah.
Sabar itu indahkan?
jika kita tahu betapa besarnya ganjaran Allah buat mereka yang bersabar,pastinya kita akan terus bertahan menghadapi ujian. Sebenarnya percaturan Allah itu sangat baik..dia menguji dengan sesuatu perkara. Dan perkara itu adalah penyebab segala kejadian. Kerana sememangnya kejadian Allah itu bersebab.
Terkadang saya melihat dan memerhati, ramai di kalangan kita yang mengatakan bahawa semua itu takdir. dan kita tidak mampu mengubahnya. Betul..takdir itu rahsia Allah..kita tidak mengetahui..tetapi bukankah telah di sebut dalam al-quran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.. sudah tertulis bahawa usaha itu perlu, dan selebihnya hanya Allah yang menentukan..kita memang boleh berharap, tetapi terkadang pengharapan yang berlebihan akan menyebabkan kita lalai dan leka .
InsyaAllah.., saya akan terus bersabar menjalani semuanya. bertolak ansur sesama insan dan saling memaafkan..semoga Allah merahmati perjalanan hamba ini.
Wallahualam.
Posted by Nur hanani Baharuddin at 8:26 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)