12.08 minit tengahari
-kampung-
Bismillah..
Assalamualaikum sahabat semua..semoga berbahagia hendaknya..
InsyaAllah.
Sabar itu indahkan?
jika kita tahu betapa besarnya ganjaran Allah buat mereka yang bersabar,pastinya kita akan terus bertahan menghadapi ujian. Sebenarnya percaturan Allah itu sangat baik..dia menguji dengan sesuatu perkara. Dan perkara itu adalah penyebab segala kejadian. Kerana sememangnya kejadian Allah itu bersebab.
Terkadang saya melihat dan memerhati, ramai di kalangan kita yang mengatakan bahawa semua itu takdir. dan kita tidak mampu mengubahnya. Betul..takdir itu rahsia Allah..kita tidak mengetahui..tetapi bukankah telah di sebut dalam al-quran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.. sudah tertulis bahawa usaha itu perlu, dan selebihnya hanya Allah yang menentukan..kita memang boleh berharap, tetapi terkadang pengharapan yang berlebihan akan menyebabkan kita lalai dan leka .
InsyaAllah.., saya akan terus bersabar menjalani semuanya. bertolak ansur sesama insan dan saling memaafkan..semoga Allah merahmati perjalanan hamba ini.
Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment