30 HB DISEMBER 2010
11.23 MINIT PAGI
Selamat pagi Matahariku..
Tahniah Skuad Malaysia atas kemenangan malam td!! usaha dan dorongan daripada semua akhirnya terubat..Alhamdulillah..amin..
Pagi tadi terdengar pakar motivasi berbicara, " Musibah itu penghapus dosa"
aku tertarik dengan kata-katanya. Benar apa yg di katakan, musibah itu hadir untuk mengingatkan hamba-NYA bahawa nikmat akan hilang dengan derita..
kadang kala manusia alpa akan nikmat yg telah di kurniakan oleh Illahi..
malahan langsung tidak bersyukur..
oleh itu, Allah datangkan musibah dan penderitaan supaya manusia kembali mengingati-NYA.
Sesungguhnya yg baik datang daripada Allah..segala kelemahan dtgnya dari diri kita sendiri..
namun jangan dilupa kelemahan itu juga dtgnya dari Allah..
demi sesungguhnya, Allah tidak akan menguji hamba-NYA melebihi kemampuan hamba-NYA sendiri.,
Setiap hari aku terpanggil untuk menulis sesuatu di ruangan ini kerana aku tahu di kesempatan yg ada aku harus menghargainya..belum terlewat lagi..
aku harus menulis setiap hari kerana aku takut tiada kesempatan lagi nanti..
siapa tahu, ajal maut, pertemuan , jodoh di tangan tuhan..
aku akan pulang jua akhirnya..
Aku gembira dengan apa yg aku miliki sekarang..
keluarga, sahabat, teman-teman seperjuangan, dan juga insan tersayang..
walau terkadang aku di uji tepat di hatiku, namun aku tahu itu ujian Allah buat aku..
aku harus bersabar..aku harus bertahan..aku tak ingin terus bersedih..
untuk apa? kerana aku masih punya keluarga yg amat aku cintai sampai mati..
Aku bukanlah malaikat utk tidak tercalar oleh cakar dan calar insan..
aku hanya manusia biasa yg rapuh hatinya..
namun aku tahu Allah menguji tepat di hatiku bagi mengukur sejauh mana tahap keimananku kepadanya..
biarlah mereka hendak berdusta dengan kata-kata.
aku tidak kisah..kebenaran pastinya akan tiba jua
aku tidak kisah..kebenaran pastinya akan tiba jua
AKU PASTI..
0 comments:
Post a Comment